28 Jun 2014

POPIA NESTUM

tempahan popia nestum dibuka untuk hari raya. wat regular customer n yg baru serta pada yg berminat untuk merasai kerangupan popia bolehlah order ngan saya k. harga masih cam tahun lepas.
400 gram RM10
sekilo RM23
(tak termasuk pos)

BOWLING

Taraaaa....
Godies untuk team aku malam semalam. JELITA HAVOC GITU. Gedik tak nama team aku? Hahahahaha....
Lane yang bakal kami gegarkan jap lagi. Menang kalah belakang citer. Yang penting kita wat terbaik yer geng
Apa2 sblm start kita snap dulu. Itubyang penting.
Muka2 relaks dalam debaran menanti bermulanyer game
Ni lah markah first game JELITA HAVOC GITU. Cuba tengok yg R tu... kikiki... masing2 masih mencari rentak yg terbaik. 

DEMAM

Semalam lagi aku dah rasa lain macam badan aku ni. Seram sejuk ajer. Cam nak demam. Ni mesti kes berjangkit ngan laki aku. Pagi tadi bangun2 tido jer confirm aku demam ni. Kepala dah pening. Tapi aku lawan juga, kuatkan semangat sebab pagi ni aku kena pergi servis keta. Dah wat appoinment kul 8.30 pagi. Aku pergi jugak. Percaya tak aku bawa keta dengan cermin keta sume tutup dan aku tak pasang aircond. Aku bersauna kat dalam keta tu. Badan aku walau suhu panas, tapi aku rasa sejuk sangat. Sementara menunggu keta di servis aku siap bersila bagai sebab sejuk sangat. Sabar2.. aku kena kuat. Siap servis keta, sempat lg aku ke pasar beli barang dapur. Pening x yah cakaplah. Aku tahan jugak. Siap sume aku balik rumah sekali lg aku bersauna dalam keta. Bestnyer aku rasa. Sampai rumah aku angkat barang2, letak kat dapur terus masuk bilik aku landing baik punya. Percaya tak aku boleh golek2 dari kul 10 pg sampai kul 8.45 mlm. Bangun kul 3 ptg pun sekadar makan biskut n ubat demam. Pastu aku sambung golek2 sampai malam.hari ni dalam sejarah bagi aku. Malam pun bangun makan biskut n makan ubat demam jer. Pening tu masih terasa. Seharian jugak aku tak memasak. Mujur mak aku ada ambil alih tugas aku hari ni. Bukan apa aku nak berdiri lama pun x mampu rasanyer. Takut gak tetiba tumbang kes lain plak jadinyer...

SALAM RAMADHAN

Di kesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan selamat menyambut Ramadhan wat uolls. Alhamdulillah... kita sume masih diberi peluang untuk sama2 menjalani ibadah pose tahun ini. Saya mohon maaf di atas salah silap saya samada dalam saya sedar mahupun tanpa saya sedari. Semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna wat kita sume. Sama2 kita mencari keberkatan dalam bulan yg mulia ni. Jangan pose yang2 yok yer..

25 Jun 2014

BETUL KE

Setuju.... sapa lagi yang setuju sila angkat tangan. huhuhu. Yang penting ic aku 06 k. kikikiki perasaan jer lebih aku ni.

KURMA

Kan aku dah kata. Ni blom masuk Ramadhan lg. Dah ada 2 bekas atas meja aku. Murah rezki si pemberi dan murah jugak rezki aku. Stok sebulan Ramadhan ni. Anyway thanks pada yang bermurah hati k

24 Jun 2014

BODYGUARD

Hari ni danish kena checkup kat spital rentetan masuk wad hujung tahun lepas. Appoiment kul 11.30 pagi. Memandangkan rumah agak jauh, aku wat keputusan angkut jer danish ke tempat keje...sekali jalan ajerlah. Buang masa nak patah balik, pastu datang opis balik. Sementara tunggu jam 11.30 pagi, dok diam2 kat tempat ibu k. Kertas n pensil juga ibu sediakan. Sebotol talian hayat juga ready utk danish.
Selepas balik spital, Danish dah agak selesa ngan suasana sekeliling opis ibu kan? Tu pasal camni dah jadinyer. Watlah danish. Ibu kontrol jer ayu ibu ni. Kalau x sabar, ibu dah jadi tarzan menjerit2 pasal ko danish.
Akhirnyer tewas jugak danish. Tanpa sedar danish tidur dengan  bergayanyer... penat agaknyer ke hulu ke hilir dalam opos ibu. Lagi satu mungkin penat jalan kaki dari tempat  parking keta ke lobi spital tadi kot. Maafkan ibu sayang. Ibu dah cuba yg terbaik utk danish. 3 kali kita tawaf spital semata2 nak dapatkan parking yg dekat, yang tak perlu danish jalan jauh2. Namun, bukan rezki kita sayang. Tak ada sapa nak hantar kita. Tak apalah... selagi ibu mampu, ibu akan lakukan yang terbaik untuk danish. Tak perlu kita mengharapkan pertolongan orang lain sayang kerana yang nak menolong tu, belum tentu ikhlas peetolongannyer. Harap danish menjadi kuat seperti ibu yer sayang...kuat mental n fizikal. 

22 Jun 2014

FLORIA 2014 PART 5

Aksi giler memasing dah kuar. Mula dah tak ingat dunia.
Cam dulu2. Bersama dia. 
X hirau dah ngan orang yang lalu lalang. Malu tolak tepi...
Sekali tengok cam kami plak sebahagian dari pameran kat situ.
Rabbit garden
I can touch this star

Laju... laju.. buaiku laju...
Masa snap pic ni ada kes sebenarnyer. Masa nak bangun dari buai tu, nyaris aku nak tersungkur..
tak reti2 nak bangun ye yg belakang tu. Dari pic yg pertama asyik korang ajer yang duduk.
Where are u? I'm still waiting 4u. Come to me faster coz dah hot giler ni
But..not u nina..sorry dear. i'm waiting onother person
My best pren 
Let's we celebrate LOVE

FLORIA 2014 PART 4

Nampak tak bayang memasing dok kat ne? So sendiri tau kan memang tengah panas giler tu. Actually sume dah agak penat sebenarnyer..rehat kejap
Pose gaye penat ni
Aku suka sangat ngan deco kat sini. Berada dalam cintamu. Cewahhh...
So sweet this part
Tetiba jadi tiang lektik plak aku
Member kata aku dok berangan cam pengantin. Hahahaha yerlah zaman2 aku kawin dulu mana ada benda2 camni. 
1 lagi pose gaye penat. Hehehehe apa yg penting, maintain senyum k.
Ala2 pre wedding gitu..huhuhu

FRORIA 2014 PART 3

Part ni yang memang kelakar bagi aku. Perasan tak makcik sebelah tu. Kami bukan main hint dah kat dia soh blahhhh. X perlulah nak enterframe. Kami nak snap gambo. Aku nak edit pun x leh sebab kalau aku crop hilang plak tulisan tu.sudahnyer kami plak yang dok berhimpit gitu.huhuhuhu
Jambatan gantung kononnyer ni.

Bila mengadap tasik memang damai aku rasa. Tenang jer
Satu lagi pose yang menarik bagi aku. Bukan saje sebab model tu, juga background tu yang memainkan peranan penting. Tul tak uoollsss?

FLORIA 2014 PART 2

Huhuhu x habis2 snap kan. Nak wat camne dah peel memasing gitu.
Actually tempat yg kami masuk ni memang the bestlah. Best dari yg best tau. Sebab apa aku cakap camtu, sbb aku suka rimbunan pokok2 yg ada di situ. Dah tu siap ada juntaian2 akar kat pokok tu..suasana macam tu tak dapat aku nak gambarkan pada korang. camne yer
Terbaekkkk   lah...
Sian yg tukang pegang HP. sokmo jadi mangsa...huhuhu
Salah satu tempat "NO ENTRY" n "NO SITTING", tp kami belasah jer.kejap jer bang yer. Kami nak snap jer...jangan risau kami x akan usik, x akan ambil n tak akan rosak kan harta benda abang ni...
Cantik kan view tempat ni...di hadapan kami adalah tasik yang luas... seluas pandangan aku saat itu.

BAHAN BUKTI

Ni bukti yang mengeasahkan bahawa aku n the geng confirm sampai kat FLORIA 2014 di tengah panas2. Balik pejabat buka jam, buka kasut sume berbelang.sun burn tengahari.huhuhu

FLORIA 2014 PART 1

Ni bahan bukti yang nyata kami ke FLORIA 2014. Apa yang best yer? Mmmmm.....oklah best lah jugak. Ada macam2 pameran bunga kat sini. Kena plak bagi penggemar bunga mmg gilerlah aku rasa. Cam aku terbalik plak. Aku bukanlah giler bunga, tp giler snap. Huhuhu
Mujur kuda tu keras kat situ jer, aku pose ngan dia. sbb aku soh dok diam2. Nanti gegar gambar plak. Kalau hidup aku tak pergi dekat rasanyer.
Walau panas setara mana sekalipun, tidak ku hiraukan. Yg penting snap tetap snap. Tapi kalau hujan rasanyer blom tentu aku sanggup redah. Mujur jugak sume kepala giler2...
Cameragirl...pastikan posisi ko tu nampak background k dan pastikan aku nampak kurus... hahahahha.. kalau dah bambam tu tetap bambam jugak rose. Tp oklah kan. Bambam aku ni dah anak 4. So jangan pertikaikan k. huhuhu
Nampak tak? sebab tak sanggup berpanas dah gamoknyer. Kena pasang payung gak...yg best tu, 1 payung kongsi 4 orang. Tu yang di namakan SAHABAT untuk selamanyer..SETIA..Hahahaha
Panas lagi....tahu tak dah berpeluh giler ni. Yang pasti ketiak masing2 dah belengas aku hahahaha (sowi my pren). X pe. Jap lg kita masuk kat dalam khemah plak yer. Ada aircond. Dah kering peluh baru kita balik.