27 Nov 2014

TQ DATANG MELAWAT DANISH

Mekasih wat kekawan pejabat yang sudi datang melawat danish hari ni khamis 27.11.14. Kehadiran kalian amatlah dihargai.

CHECK IN KPJ SELANGOR

Baru bangun dari tido, kena pose 2 jam sebab jap lagi nak ke buat fisio. Sambil2 tunggu layan call amirul (abang) dulu lah. Sebenarnyer aku tahu. Danish rindu kat abang ngan kakak dia ni. Dapat cakap sikit pun ok lah. Lepas jugak rindu hati tu kan.
It's time ambil neb plak. Mujur danish tak banyak ragam. Utk sihat jugak kan sayang
Ni lah untungnyer masuk wad. Macam2 danish dapat. Keta 3 buah. Kalau keta betul kan best...
Ada kisah ngan otomen ni. 
Ibu : otomen nenek dah beli. Raksasanyer mana danish?
Danish : ibulah (sambil tangan tunjuk kat aku)
Ibu : tidaaaaakkkkk...

26 Nov 2014

LIPIS PUNYA KISAH

Keh pun orang lepeh gok..
Bete ke? Hanya meka yang bersuamikan lelaki lepeh ajer tahu takat mana keromantikan lelaki2 lepeh neh.
Pekat beno loghat kat bawoh neh. Keh pun orang lepeh, tp toklah sampai geneh..hehehehe
Love u KUALA LIPIS. Di sinilah aku dilahirkan, aku dibesarkan, tempat aku bermain, tempat mencari ilmu dan di sini juga tempat cintaku berputik...kikikiki..
Kenangan rumah rakit. Aku sempat merasa lepak kat rumah rakit ni. Zaman aku darjah 2 atau 3 tak silap. Masa tu rakan2 berniaga mak aku duduk sini. So aku plak berkawan ngan anak2 kawan mak aku. Merasalah di lambung ombak sungai bila ada bot lalu. Time air 'tohor' (paham tak?). Maksudnyer time air cetek, sampai ke tengah sungai aku pegi. Masa tu air sungai paras2 pinggang aku jer..
Ni adalah satu2nyer panggung wayang yang ada kat lipis masa dulu2. Aku sempat sekali kor masuk dalam ni. Layan citer hindustan tak silap aku. Sekarang tapak ni dah jadi bangunan perniagaan. Ada PUBLIC BANK, ada KFC dan kedai2 lain.

JOM BEKPES

Danish...danish
Agak2nyer bila kita boleh checkout dari KPJ ni yer. Jom kita fikirkan bersama..ibu dah rase ala2 bosan dah bertapa kat sini... sebenarnyer demam danish dah baik, cuma batuk ajer yg masih kuat tu pasal doktor tahan lagi.
Apapun kita bekpes dulu yer. Jap lg danish kena pose 2 jam sebab nak buat fisio. Kahak danish banyak sangat. Kalau danish pandai keluarkan lagi mudah. Tak perlulah nak buat fisio bagai...KOKO CRUNCH kegemaran danish...

24 Nov 2014

CHECK IN KPJ

Hari pertama di KPJ dah manpu senyum danish. Senyum sbb ibunyer ada. Cuba kalau ibu xde.. mujur jugak kali ni masuk KPJ, xdelah cucuk jarum kat tangan. Sekadar pantau demam ajer. Suhu plak dok on off. Kejap 36.5
kejap2 naik sampai 38
pastu turun balik.
sampai bila camni danish. Bila kita nak checkout danish.
Bab makan oklah jugak. Boleh telanlah.can hari pertama ni nasi putih +sayur sawi +ayam masak hailam. Licin aku ngan danish kejekan.
Tambah lagi sup makaroni carrot.  Tengok danish bukan main dia hirup kuahnyer...
Ni kira sihat dah... dah lalu makan, dah lalu angkat sudu tu, esok lusa bolehlah kita balik eumah yer danish. 
Suasana dari KPJ. Baru lepas hujan. Kat sinilah aku COD coklat customer aku dulu...

BELUT

Sebetulnyer banyak kelebihan belut ni. Budak asma pun kalau yang serasi insyaallah boleh baik. Untuk anak aku pun pernah try, tapi tak serasi kot. Melihat kepada kepala belut ni aku membayangkan ular.. sebab tu kalau beli belut ni aku soh potong siap2 terus kepala dia. Geli weh dibuatnyer...

23 Nov 2014

IKAN BENDA NI

sapa terer dan sapa tau ikan benda ni? ikan sungai ni... dulu mase aku kecik² selalu gak mancing dpt ikan ni. kalau dpt ikan ni agok payoh nok kuarkan mata kailnyer..

9 Nov 2014

CINTA 3 SEGI

 
layan ajerlah uollsss... tak perlu kata apa dah... uollss tahulah kalau dah lagu ni aku upload bermakna memang aku sukalah..

KEHILANGAN

lagu ni ingat masa Majlis Malam Jasamu Dikenang baru ni, YB Menteri nyanyi lagu ni. Tetiba hati aku sebak hampir mengalirkan air mata. Lirik dia memang wat aku sentap betullah..

RAJINNYER AKU

Kurma ayam menjadi hidangan utama kali ni. Dah agak lama tak buat sebenarnyer. Kebetulan mummy nsk makan, aku wat kan lah..
Tambah plak buncis goreng febret ayuni ni. Kalau buncis ni ayuni boleh makan ratah ajer tanpa nasi dah..
Acar timun mentah jer. Cepat dan mudah..yang penting kena ngan selera tekak memasing..

8 Nov 2014

ROMBONGAN DIGI

Selepas habis game bowling,alang2 dah berkumpul ramai2 terus plan pergi melawat isteri member seopis yang baru bersalin anak kedua 6 hari lepas. Bila pergi ramai camni gamatlah jadinyer rumah. Sampai tak hingat dunia yang ada baby baru kat situ. Sembang bagai nak rak.ingat sikit kekawan, baby nak tido.
Inilah baby baru. Welcome to the real world. Semoga baby (apa ke nama plak. Mak dia dah cakap tadi. Lupa plak. Maklum ajerlah lemau2 dah ni) menjadi anak yang baik yang mendengar kata ibu bapa, anak yang solehah dan menjadi anak yang menyenangkan ibu bapa.

seronok plak pegang baby. Teringat saat anak2 aku kecik2 dulu. Sebenarnyer tolong ambil berkat member sebelah tu...
Dah.. cepat2 minum tu. Jom balik. Seharian dah kekuar hari ni.
Yang penting snap dulu..

HITAM PUTIH PANDA

Ada..
HITAM ngan PUTIH
PANDA
Masih teringat-ingat baik2 ayat tu. Cantik plak bila melintasi geng panda ni. Melihatkan pada panda ni mengingatkan aku pada seorang teman yang suka pada PANDA. 
Ayuni ambil kesempatan snap ngan panda2 ni. 
Ibu nak join jugaklah..

BOWLING TIME

Seperti yang dirancang, terlaksana jua tepat 8 November 2014 bertempat di MINES BOWL Mines shopping mall. Untuk kali ini, kuning menjadi tema. 
Antara hadiah yang akan direbut hari ni. Agak2nyer ada ke yang akan menjadi milik aku hari ni.
Yeahhh... kamilah juara hari ni.. oppsss.. sorry. Sajee snap masa susun hadiah. Dapat blom tentu. Jadi ambil berkat dulu lah... yang penting dapat snap dan pegang piala pun OK lah.
Ini ajer yang dapat. jadilah... yang penting kami hepi n enjoy..
Seperti bese selepas sume settle, xtvt mengedik berjalan ngan jayanyer..baru aku pasan jam korang sama kaler ngan tema hari ni. Hebatlah bro..
Berakhirlah game  bowling untuk kali ni. Next time buat lagi k sebab kali ni cam tak puas hati ngan balingan. Hahhahaa

7 Nov 2014

UJIAN


Ketahuilah olehmu, setiap yang mendatang itu adalah ujian buatmu.
Allah menguji semampu hambanyer menghadapi...

3 Nov 2014

CHESE CAKE

taraaaa
inilah projek hari minggu lepas setelah bahan2 dibeli lebih awal. plan nak wat dah lama. yuni asyik soh buat ajer. sebenarnyer masih agak baru jugak wat cheese cake ni, tapi dulu tu wat yang kecik sikit. cepat benor habisnyer. so kali ni aku doublekan adunan. bior sume yang makan puas hati. nak citer ke camne aku buat. rasenyer dalam entry dulu pun aku dah citer serba sedikit kan?
oklah... sikit ajer aku citer. ni base kek tu. biskut oreo yang telah aku hancurkan dan telah digaul dengan butter yang juga telah dicairkan. pastu manpatkan adunan dalam loyang yang telah disapukan dengan butter di sekeliling dan bawah loyang. tau tak untuk apa? supaya nanti mudah nak kuarkan kek tu.dah siap tu letak ajer dalam peti lebih kurang 10 minit.
sementara base kek dok dalam peti, bolehlah bancuhkan adunan cheese. bahan2nyer memang mudah nak dapatkan di pasaran. sapa nak pakai mixer boleh, nak blender pun boleh. ikut selesa uolls. campur ajer cream cheese, gula,telur, tepung,esen vanila dan jus lemon pastu blender sampai cheese tu tak berketul². dah siap, tuang ajerlah atas base ygdalam peti tadi. hasilnyer cam gambo beloh atas tu. masa untuk membako plak. masuklahdalam aven selama 50 minit atau ikulah pasa aven masing².
ni gambo yg dah siap bakor. biarkan kek tu sejuk dulu. jgn terus kuarkan dr dalam loyang tu. dah sejuk baru kuarkan dan letak dalam peti ais
bila kek dah sejuk bolehlah letak topping. tak kisahlah apa² tppping yang uolls suka. cam aku ni strawberry sokmo. bab rase bukan nak tipu dan bukan nak puji hasil sendiri juga bukan masuk bakul angkat sendiri. ternyata sedap hingga putih matalah. kalau uolls pegi keje mesti tak sabar nak balik buka peti nak makan cheese kek ni.
dengan ini aku merasmikan first slice cheese kek. rosak, punah, hampeh, jahanam dan yang seangkatan dengannyer diet aku.. ala² dugong dah jadinyer... dugong pun dugonglah. janji abg sayang. daripada ikan duyung, abg tak sayang wat pe kan. (apa aku merepek daaa.. luar tajuk dah ni)
terhasilnyer cheese kek kali ni atas permintaan anak dara aku ni. tiap kali nmpak bahan² kek dalam peti mesti dia tanya, bila ibu nak wat kek yang ada kaler merah atas kek tu. kek besday yuni. alahai anak ku. oklah sekarang ibu dah buat kan. asal ada kek mesti beaday dia,katanyer. kalau tiap bulan ada kek tiap bulanlah besday dia jawabnyer. 

keseronokkan aku bila melihat anak² seronok mendapat apa yang dia ingini. puaka hati aku dapat penuhi impian ayuni.

BABY ROZITA & ZAIN.. COMEL

subhanallah.. alhamdulillah.memang cantik baby cek ta ngan zain ni. sekali pandang cam anak patung plak... syukur juga dalam usia cek ta 40an dia dipermudahkan dalam proses sepanjang kelahiran babynyer. bukan apa doktor pun ada kata mengandung dan melahirkan baby di usia lewat ni banyak risikonyer.
mana tak comel baby ni. tengoklah mak ngan ayah dia. mak cantik ayah plak handssome. dua2 putih melepak.apapun tahniah wat cek ta ngan zain di atas kelahiran baby sulong dalam perkahwinan mereka.