31 Jul 2014

3 SYAWAL PUNYE CERITA

Akhirnyer kalau dah asal kampung, tetap akan kembali jugak ke kampung aku ni. AIDILFITRI aku mengambil kesempatan beraya sambil melawat sedara yg masih ada kat sini. Bapa saudara, datuk saudara, mak saudara n sepupu sepapat.
Seperti beselah... xtvt mengedik ngan HP. si ayuni pun sekarang ni suka benar selfie. Mengikut jejak ibu kot. 
Kebetulan plak masa ni musim buah2an menjadi. Seronok sangatlah bebudak ni. Pokok2 plak sekeliling rumah ajer. Selamatlah... habis buah2 tok sedara mereka kerjakan.aku tumpang seronok melihat gelagat anak2 n anak2 buah aku.
Kenapa ayuni tu? Ada kerenggalah ibu. Ooooo adatlah tu sayang oii. Korang dah kacau rumah dia, memanglah dia akan marah..tak sakit pun. Sikit ajer ayuni.kat kampung memanglah camni sayang. Bukan bandar.
Gelagat mak sedara bila perasan sama baya ngan anak2 buah. Hahahahaha
Kalianlah permata hati ibu, denyutan jantung ibu n nadi ibu sepanjang hayat ibu. Harta yang ternilai yang Allah anugerahkan wat ibu.
Jom2.. selfie lagi dan lagi. Selagi HP tak habis bateri, kita belasah ajer.
Wow.. gayatnyer
Pelbagai memek muka terhasil.
So sweet my princess. like me? Huhuhu perasan kan. Dah besa ayuni n dah pandai pose
Memenuhi permintaan ayuni. Ibu ambillah gambar yuni. Ok sayang.. jom.

REZKI 3 SYAWAL 2014

Alhamdulillah dengan rezki mu Ya Allah. Rezki yang aku n anak2 buah dapat didatangkan melalui bapa saudara aku di kampung. Sedaya mungkin sepupu aku usaha memanjat n mengait buah2an ni untuk kami. Ternyata kehadiran kami ini amat menyeronokkan bagi sedara aku. Yer lah bukan selalu boleh datang. Uolss kenal tak dengan buah ni? Ni lah buah tampoi. Buah dalam hutan ni. Kat kampung masih senang nak dapat berbanding di bandar.
Ni lah hasil kaitan anak2 n anak2 buah aku. Mujur jugak pokok dia tak tinggi mana. Aku bayangkan kalau aku pergi pakai seluar, konpem aku panjat pokok manggis tu. Ingat kisah memanjat ni teringat nostalgia zaman kanak2. Aku membesar dalam suasana kampung. Jadi pokok2 ni sebahagian tempat permainan aku
Ingat masa kecik2 dulu. Abang aku selalu wat teka teki menipu aku. Mesti dia soh aku teka isi kat dalam buah manggis tu ada betapa. Puaslah aku teka. Selalunyer mmg salahlah. Tp aku pelik kenapa asyik dia betul ajer. Rupa2nyer rahsianyer adalah di bawah bahagian luar buah tu. Tengok kelopak dia. Kalau ada 5 kelopak, maksudnyer sah2 ada 5 isi kat dalam.
Ni lah sebahagian habuan yg aku dapat hasil balik kampung. Buah durian, cempedak, langsat, manggis, tampoi dan kuini. 

ANDAI INI TERAKHIR AKU

29 Jul 2014

MAK LEBIH DARI ANAK

Sementara nak tidokan si danish, aku boleh asyik plak main benda alah ni. Apa ke nama pun aku tak tau. Dapat sbb beli air nutrigen febret danish lah ni. Kalau bebudak yg  main agak susah jugak nak masukkan guli halus ke dalam point dia. Tapi kalau ibu budak yang main, sekejap ajer..

28 Jul 2014

AIDILFITRI 2014

Salam aidilfitri wat sume kekawan yang mengenali aku. Alhamdulillah setelah berkebas bontot dok dalam keta selama 6 jam setengah,  akhirnyer aku berjaya sampai ke kampung halaman dengan selamat. Seronok beraya kat kampung dapat jumpa sedara mara, kekawan yang sama membesar dan jiran2 lama
Tahun ni kelabu tema kita yer anak2. Janji anak2 hepi ibu x kisah sangat. Zaman ibu dah berlalu. Ibu dah rasa keseronokkan zaman cam anak2 ibu.
Susah sungguh nak dapatkan ayuni soh senyum. Ni ayuni tengah bad mood. X tau kenapa.
Bila dah masuk tengahari, memasing buat hal sendiri. 2 yang besar beselah. Katanyer nak raya satu kampung. Siap cakap jangan balik KL awal, nanti dia x sempat nak pusing kampung.layan kan ajerlah.
My femly
Bersama sepupu sepapat. Seronok aku bila tengok anak2 n anak2 buah aku seronok.

25 Jul 2014

RAMBUT RAYA

Adoiii.... danish 3 hari lagi nak raye ko plak buka saloon sendiri. Danish nak rambut pendek mana lagi sayang. Rasanyer ibu dah potong pendek rambut danish. Kenapalah saat2 camni baru nak ke saloon danish oiii... 

Ni lah padahnyer bila dabish dapat gunting. Walau gunting dapur dah sorok, gunting sekolah kakak dia ada lg. Sudahnyer camnilah hasilnyer... nasiblah danish...

23 Jul 2014

MENU 25 RAMADHAN

Sotong masak asam.lama tak buat. Tetiba hari ni kepingin bangat mau makan sotong.tp sebenarnyer satu bahan tak cukup ni. Daun limau purut x de. Aku letak asam keping lebih sikitlah....tp rasa still maveless..
Sebab aku sampai kat rumah agak lewat, so x sempat nak buat sayur. Kita anak beranak makan nasi berulam timun ajerlah yer
Tetiba ada ketupat atas meja.... jap2.. raye blom lagi... hehehehe waktu blom berbuka sume yg dilihat sume nak telan. Itulah nafsu namanyer. Bila dah berbuka, masuk air 1 mug terus rasa kenyang plak..

21 Jul 2014

LAST TRIP POPIA NESTUM

Alhamdulillah Ya Allah akhirnye aku berjaya menyiapkan semua tempahan POPIA NESTUM aku untuk tahun 2014 ni. Malam ni adalah malam akhir aku beroperasi di dapur siapkan popia nestum versi jejari permintaan sahabat seopis aku (pak boy) salah seorang regular customer aku yang sentiasa memberi sokongan kat aku. 
5 botol untuk pak boy.

20 Jul 2014

MENU 22 RAMADHAN

Ala2 kari mamak katanyer.. specel request ni. 
Ni my febret. Sambal ikan bilis ngan petai. Memang selera aku makan. Terus tekan gear 5 lah jawabnyer. Langsung tak toleh kiri kanan dah.
Sayur paling murah. Taugee goreng ngan tauhu.
Katanyer sebagai pemanis berbuka. Kebetulan jiran belakang rumah kasi buah cempedak, kalau simpan lama2 rosak jugak kan. Sudahnyer aku goreng jer wat berbuka.
Hehehehhe..yg ni nak post jugak ke? Agar2 paling simple. Seingat aku darjah 4 aku dah pandai wat agar2 ni. So easy n so simple uols.

19 Jul 2014

MAINAN DULU~DULU

uols kenal tak benda apa ni? aku rasa bebudak bandar tak bape kenal benda alah ni. bagi bebudak kampung cam aku ni mestilah kenal. ni lah salah satu permainan masa aku kecik2 dulu. ni lah kulit biji getah. buah getah boleh wat laga. buah getah sapa yg pecah, dia kalahlah. kulit dia plak pegang cam dlm gambar tu, pastu tiup. kulit getah tu akan berpusing. semua tu kenangan aku.

REALY?

KIRI ATAU KANAN

MENU 21 RAMADHAN

Masak lemak cili padi menjadi menu di 21 Ramadhan 2014. Hari cuti bolehlah mengulai. Masa banyak kalau nak dibandingkan dengan hari bekerja. 
Tambah plak sambal ikan bilis one of my febret. Kesudahannyer haru birulah diet aku. Huhuhaha
Tambah lagi kacang buncis goreng. Febret ayuni ni. Kalau dia makan, ratah sayur camtu ajer.
Buah melaka adalah wajib aku menggetel setiap kali Ramadhan. Bukan apa, sebab dia mudah dan cepat. Jemput makan uols

16 Jul 2014

KUPU2 SIANG

semenjak dua menjak ni kerap kali plak  kupu2   ni memasukki opis aku. agaknyer cuaca kat luar panas, tu pasal dia masuk tumpang aircond kot

14 Jul 2014

DURIAN

Perghhh.. raja segala buah dari dusun kat Raub sudah menakluki opis aku. Sume pakat beli sebab murah giler. Sekilo RM3. sapa x nak kan. Aku pun tak terkecualilah lah. Sempatlah aku sambar 4 biji. Puas hati. Kalau ikut nafsu tamak haloba aku, mahu aku sambar 1 troli.

13 Jul 2014

MENU 15 RAMADHAN

Seperti yang dirancang aku nak masak chicken black pepper hari ni. (wah tetiba bahasa omputih plak kuar). Dah lama tak buat ni.
Tambah plak goreng pedal ayam. Best jugak ni. Aku ngan anak buah jer yang makan. Mak aku  nak makan katanyer kena tumbuk @ blander dulu baru boleh telan. Orang tua dulu2 kata jangan bagi anak2 makan pedal ayam nanti jadi degil. Betul ke? Korang2 yang mana degil2 tu mesti masa kecik2 dok belasah pedal ayam kan.
Mesti ada sayur barulah balance pemakanan kita kan. Sawi cina masak hailam. Hailam lagi. Kelmarin ayam masak hailam.huuhuhu...wat kuah lebih supaya mudah nak masuk ke perut.
Anak buah ke bazar ramadhan, somi kirim popia
"Bila makcu beli kek ni?". Soal anak buah aku. "Kenapa nampak cam beli ke?". aku tanya balik. Penat2 aku wat dikatanyer aku beli. Masa makcu buat ko masih di alam mimpi lagi anak sedara ku. Ni namanyer puding pelangi. Kaler itu jer yang ada dalam stok aku. Maklum ajerlah lama tak membaking. Stok pun kuranglah. Aku jumpa kaler hijau n purple jee. Belasah ajerlah
Hari ni memang mewah makanan atas meja makan. Inilah nikmat bulan pose kalau kita memberi ngan ikhlas pada jiran tetangga, pasti ada balasannyer. Seperti biasalah bila aku buat sesuatu pasti aku akan diagih2kan kepada jiran. Cam hari ni aku kasi puding pelangi, sebagai balasan 3 jiran pulangkan bekas aku dengan isi. Tu diaaa.... laksa, cempedak goreng n apam beras. Mahu tak penuh meja. Camne nak diet tu rosnani oiiii...bak kata member aku, makan ajerlah selagi nikmat makan tu tuhan tak tarik. Kalau dah tuhan tarik suatu hari nanti, kan x boleh makan. Ok.. aku follow nasihat kawan aku tu.

12 Jul 2014

MENU 14 RAMADHAN

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk 14 Ramadhan. Menu biasa n simple ajer hari ni. Ikan tenggiri masak taucu.. no idea nak masak apa lagi. Ini ajer yang terlintas untuk hari ni. Bukan apa otak asyik dok fikir nak gulung popia ajer dah..
Sayur juga yg simple. Tumis kobis.
Tambah plak goreng tempe. Cukuplah ngan rezki hari ni. Air sirap limau n teh o cukup...