30 Nov 2013

MY FEBRET DARI KECIL LG

Yes....
nak wat gulai masam ikan patin, ikan xde. Ayam pun blh lah sbg ganti. Mmg best. Last makan gulai masam masa otw ke kontan hari tu. Makan kat temerloh. Hari ni repeat lagi. Nyummy2

KEK MINYAK IN DA HOUSE

taraaaa...
Siap jgk projek aku hr ni. KEK MINYAK in da house. Teruja tgk member kat FB dok post kek ni. Maka dengan itu hr ni aku plak yg post. Hehehehe... Lepaslah wat makan petang ni ni puc sblm d kukus. Dah siap corak kan. Xlah cantik mana
akhirnyer stlh 1 jam aku menunggu, inilag hasilnyer. Ternyata mmg keadaannyer amat gebus gebas. Puas hati sgt2lah.
panel sedang menilai hasilnyer. Menilai sampai habis sepotong. Simpan dulu k. Tunggu en.somi balik keje baru kita kerjakan balik. Lau ada rezki kekawan, esok aku bw p opis. kita kenduri sesama.

28 Nov 2013

EXPLORACE ILMU 2013

nilah muka2 yg sertai explorace ilmu. Ramai jgk kan. Meriahlah jgk

admin hantar wakil 2 team. ADMIN 1 & ADMIN 2. Menang kalah x tau lagi. Yg penting enjoy

27 Nov 2013

MOODY DAY

kenapalah ngan aku hr ni? tetiba ku rasa moody plak. adakah kerana penat ngan xtvt kat opis td? mungkin jgk kot. pagi td aku n the geng masuk.EXPLORACE ILMU anjuran library opis. utk memeriahkan program aku join jerlah. separuh hari gaklah bekorban utk acara ni. tahun lepas x masuk sbb jadi urusetia. enjoylah jgk. tp bila rumah br terasa penatnyer. tetiba rasa nak marah jer kat org. atau mgkin jgk perubahan hormon bulanan aku. entahlah. yg aku tahu aku badmood skrg. hr ni juga aku terpaksa tolak rezki yg masuk. bak kata kawan aku itu dah bukan rezki kita. aku tak.mampu nak penuhi tempahan.customer tu. dia nak ambil jumaat ni, nak 3 benda yg bg aku memerlukan masa yg agak lama utk siap.  jd d pendekkan cerita aku ckp 2 benda jer aku blh wat. lainlah lau nak hr senin depan, ad gaklah masa aku nak keejakan.

AYAM MASAK KUNYIT VS HATI AYAM

Taraaa... Menu mlm ni. Teruja bila member dok citer ayam masak kunyitlah. Daging masak kunyitlah. Jd mlm ni putuskan menu ni. lgpun kat rumah aku ni, x leh putus menu ayam. anak kedua aku mmg pengemar ayam. Aku ckp kat mirul soh abah bela ayam lah lau camni. Jimat sikit.
tambah plak hati goreng kering camni. Bertambah lglah aku makan mlm ni. Hilang segala diet aku. Kononnyer lah kan.kikikiki

DURIAN CREPE

akhirnyer dpt gak aku makan durian crepe (DC) ni sebagai salah satu menu berbuka pose smlm. Dr tgh aku dok usha jer DC ni. Baunyer mmg x tah citerlah. Camne bau buah durian tu, camtu jgklah bau DC ni. Skrg ni aku jd ketagih ngn benda alah ni. Tp mmg sedap rsnyer. Somi aku pun puji. Tu yg aku selalu beli. Berbaloilah ngan rege yg d bayar. Ingat masa HPPNK kat kontan br ni. Aku mencari sampai habis pusinglah setiap booth. Jumpa mmg jumpa. Tp hasilnyer ya allah. Nyesal aku beli. Mmg x sedap. Satu, DC tu dah lama dia wat. Dua kulit dia cam hampeh... Angin aku. Satu hari satu mlm aku x hbs membebel pasal DC ni. Member aku agaknyer dia dah bosan dgr bebelan aku kuar ayat power dia "akak, akak kan suka bab2 masakan n benda2 camni. Knp x wat sendiri?" hahahahha kan dah kena. Bukan x nak wat. First mmg aku x pandai walaupun kalau nak, blh wat jer. Yg penting usaha kan. Betul tak? Second cam x berbaloi aku nak wat. Dia x leh simpan lama2 sgt. Nanti masam. Ada baiknyet aku beli je..

26 Nov 2013

18 SX

Kali ni sajer nak share ngan korang2, kekawan yg dah kawin sajer tau. tp maaplah lau ada yg x senang ngan post ni.sekadar perkongsian.

Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan.. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa kelebihan berciuman dari sudut kesihatan?       
   
1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, degupan jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.     
     

2. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.
          
3. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi. 


4. Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Bercium dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.    
      
5. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahawa dengan ciuman mengghairahkan tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.   
      
6. Berciuman dikenali sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.    
     

7. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang berghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah. 
         
8. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.          


9. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.  
         
10. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.  
        
11. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.   
        
12. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.



AMARAN KERAS :          Jangan jadikan info ini sebagai alasan untuk anda berciuman dengan pasangan anda jika anda masih belum ada ikatan dengannya. Berciuman dengan pasangan secara haram pula sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Juga boleh membawa anda kepada azab neraka yang amat dahsyat! Naozobil lah..       
   
UNTUK ORG YG DH NIKAH JERR!

TAPAI

mmmmm.... Dapat juga akhirnyer aku menikmati apa yg aku nak.korang kenal tak? Nilah TAPAI PULUT yang d bungkus ngan daun getah. Mmg best (bagi yg gemarlah) lau yg x suka, sah2 x sedap. Ini mmg salah satu febret aku. Lau pegi pasar malam kat rumah aku tu,kompen aku beli byk2. Simpan dlm peti. Stok aku sorang tu.... Berbuka pose ngan tapailah aku hari ni

24 Nov 2013

MINI COKLAT MOIST CAKE

taraaaa... Seronok betul dok dapur tgh ni. Ni lah hasilnyer bila bertapa kat dapur. Mini coklat moist. Aku wat dalam bekas yg lebih kecil. Lebih mudah bila nak letak topping. Sebekas ni lau jual RM1.50 satu.minimum order 30 bekas.
sesuai sgt lau nak.wat buah tangan wat somebody. Doorgift kenduri pun ok gak.

23 Nov 2013

BETUL3

eeemmmm... Bukan setakat satu lagu. Berlagu2 yg byk meninggalkan kesan n kenangan dlm diri. Nak plak lagu2 d zaman aku remaja. Zaman otak tgh bengong2 dl. Zaman ngan geng2 sekolah. Zaman cinta monyet... Kikikiki.. Sian kat monyet. X pasal2 terbabit dlm ini citer... itu sume kenangan yg tersimpan dlm memori. yg x mungkin berulang kembali. Kenangan is kenangan. Biarlah ia bersemadi sebaik mungkin. Jadikan ia sebahagian panduan hidup.

KEMAAFAN YANG TERINDAH

aku tidaklah zalim. Insyaallah akan aku maafkan segala kesalahan2 yg di lakukan. juga mohon kekawan maafkan aku andaikata aku ada wat salah ngan korang. Kadang2 kesalahan iti mungkin terjadi tanpa aku sedari. MAAFKAN AKU.

CAM CANTIK JER, CAM COMEL JER

secantik mana pun, ia tidak akan kekal. Bukan kita menilai kebaikan sendiri. Org sekeliling yg menilai.

DI SAAT AKU TERIMA NIKAHNYER

yer.. Byk yg perlu d kupas dalam sebuah perkahwinan.bukan sekadar utk melempiaskan nafsu semata. Yg penting amanah Allah n tanggungjawab kita pada pasangan masing2. Di saat terlafazkan aku terima nikahnyer beerti kita sudah sedia memikul segala tanggungjawab. Yg lelaki sudah sedia utk menjadi pemimpin keluarga, dah mengambil alih tugas ibu bapa istri utk menjaganyer sepanjang umurnyer. Berat tu.hehehe. Yg pompuan plak bila dah d terima nikahnyer, juga telah sedia utk mengalas tanggungjawab menjadi seorang istri yg patuh. Dah sedia utk korbankan body yg kononnyer "solid molid" sbb nanti pasti nak lahirkan zuriat. Makan pakai suami kenalah jaga sebaik mungkin. Imej suami imej istri jugak. Apa yg penting bila sebuah perkahwinan itu terjadi sebaiknyer pasangan harus menjaga hati dan perasaan pasangan. Jgn sakiti hati. Menerima pasangan seadanyer kerana kita patut bersyukur kerana dia sanggup terima kita dan menjaga kita. Ingatan utk diri sendiri jgk.hehehesh

KENANGAN YG TERINDAH

Bercinta dan berkasih x semestinyer bersatu. Sayang dan rindu x semestinyer bersama. jadikan ia sebahagian pengalaman hidup juga sebahagian kenangan yg terindah dalam diri kita. Ia amat bernilai.

22 Nov 2013

HANYA AKU

best plak layan lagu ni.

BEZDAY STAFF ADMIN

akhirnyer menjadi jgk tarikh ni. Puas mencari tarikh bos free utk laksanakan sambutan hari jadi yg sepatutnyer d buat setiap bulan. Sepanjang Januari - Jun 2013 sumenyer d wat tiap bln. Masuk bln Julai dah xde masa. Bos asyik bz memanjang. Pas satu,satu event yg kena wat. Sabar jeelah. Sudahnyer 21.11 gak yg menjadi. Tu pasal sekali wat byk kek...4 biji kek n 3 kilo pulut kuning (bos yg request nak makan pulut)
sepatah dua kata dari bos utk bday girls n bday boys. Salah satu yg lekat d hati aku "dalam kita berseronok sambut bezday, yg sebenarnyer utk ingatkan kita semakin tua. Moga kita sedar dan berubah ke arah kebaikan." yer bos, sy tetap ingat tu
ni salah sorang bday girl yg d raikan. Bp kali majuk dah. lmbat sgt sambutnyer. Dl ada gak member nak belikan kek masa kat KONTAN. Sekali tgk kedai cina terus terbantut.... Hepi bday to me. Sweet 17 gitu.kikiki..
haaah.. Ambil ko. Ni sume yg sambut bday dr bulan julai-11.2013. Penuh kat depan. Mekasih wat sume kekawan termasuk diri sendiri yg menjadi sukarelawan dlm menjayakan majlis.

18 Nov 2013

KAU SATU2NYA

ini salah satu lagu febret aku masa zaman dulu kala... ( masa lagu tgh top kan. suka jerlah)

IRIS

i

KE KUANTAN

kerana benda alah ni lah yg membuatkan aku sampai ke KONTAN. bertapa kat  ZENITH HOTEL 4 hari 3 mlm... Demi tanggujawab n komited pd tugas aku tinggalkan rumah, ku tinggalkan pejabat n ku tinggalkan bantal peluk serta anak2.

17 Nov 2013

MENUNGGU PUNYA KES

Adoiiiii Inilah yg paling aku x suka dalam kehidupan seharian aku. Menunggu dan menunggu. Lau setakat 5-10 minit, aku ok lg. Ni dah hampir sejam x muncul2 jgk. Jgn katakan orang, bayang n batang hidungpun x.nampak lg. Al-kisah aku menemankan en.somi berjumpa client dia utk funtionnyer. PA kenalah ikut.hehehe Sementara tunggu sempatlah order teh n sepotong cake. Sampai licin akhirnyer barulah mamat ni.muncul....apapun SABAR rose

BANGKITLAH SAYANG

LAPKAN AIR MATAMU

INSYAALLAH


MEKASIHLAH...

yer ke? sapalah yg nak ambil tau pasal sy melainkan en.somi n femli. tp lau ada pun mekacih d ucapkan. suprise untuk sy. peminatlah tu.kikikiki...

YANG TERBAIK UTK ESK BERMULA HARI INI

apa yg kita lakukan hari ini hasilnyer utk hari esk dan akan datang

HARGAILAH AKU

andai dengan mengalirkan air mata itu bisa menghilangkan segala kekusutan yg sedang kamu alami, menangislah sepuasnyer. luahkan... buangkan... segala kekusutan itu jauh darimu. cuma bila nangis tu jgn over plak. 

BZ SANGAT KE

yg pasti aku akan terasa yg kita ni x penting dah n mungkin kita ni nyusahkan dia.

16 Nov 2013

MUSIM RAMBUTAN LAGI


wah... Menjadi lagi buah rambutan kali ni. X leh tinggal lama2 kat pokok sbb ada monyet akan datang makan. Jadi bila masak jer, kena cepat ambil.
Bibik... Tolong kutip buah tu. Hehehhe bibik ni rajin. Janji ada upah.
Ni lah sebahagian hasil ptg ni. Tp ni baru 1 pokok. Yg belakang rumah.blom ambil lg. Hujan td. Kena stop jap.kang demam plak bibik aku ni. Susah gak. Buat kekawan opis tunggu jerlah senin ni. Rezki korang tetap ada.

inilah hero aku petang ni. bila aku soh panjat, katanyer "bisa ajer.bekas komando kan. perkara mudah jer sedangkan gunung dia mampu panjat, inikan pula panjat pokok rambutan ni" hahahaha otak kotor gak laki aku ni.

COKLAT MOIST CAKE LAGI

Atas permintaan ayuni "ibu bila ibu nak wat kek yuni?" sian plak bila anak meminta2. Mmg dah janji bila ibu ada masa ibu wat yer sayang.ni snap sblm letak topping. Baru kuar dr kukusan. tunggu kek sejuk sikit.
Tara.... Kek dah sejuk blhlah letak topping. Wat yg simple2 jer. Aku pun bukannyer pandai sgt pun.
Topping sudah, aku taburkan plak coklat rice zebagai hiasan... Oklah tu kan
Setelah d operate dlmnyer... Paling best bila en.somi rasa n bg komen yg paling positif. Dia bukanlah seorang yg gemar akan kek. Tp hr ni terharunyer aku bila sepotong yg d makan, dia minta sepotong lg. Maknanyer sedaplah tu.
Puteri bersama kek. X sabar nak ngap katanyer. Tetiba kuar dr mulut dia " ibu, kita rasa cam nak jual kek lah. Ibu wat kita jual" puteri2. Ko ingat ibu ni terer sgt ke wat kek. Utk kita makan blhlah. nilah tuan punya kek coklat moist hr ni. Bday lmbt lg, tp tiap hari dok tya bila nal beli kek utk dia. anak yg pandai bodek ni. Ayat yg paling aku suka "SAYANG IBU"

NI NAK KASI AKU MATI NI


Adoiiii....
Camnelah pihak katering blh x pasan ngan keadaan gelas ni. Event besar plak tu. Ni namanyer nak membunuh aku ni. Lau setakat retak boleh g d maafkan. Tp ni terang2 pecah seribu. Sib baik aku pasan..lau tak cepatlah aku tempah tiket ke ............. Hehehehe.

15 Nov 2013

NAK JIMAT MINYAK KATANYER

adoiiiiya.... ni lah kelemahan bila pg keje sekali ngan en.somi. aku dah kuar jam 5 ptg. kena tunggu plak en.somi. sampai kul bp aku x pasti lg. pg masa nak pegi keje seronok bukan main sbb x payah drive. hari ni jadi mem besar dok sebelah jer. nak jimat kos minyak n tol lah kononnyer. bila waktu balik, kena tunggulah plak. aku bab2 menunggu ni yg amat malas. org tunggu aku xpe, jgn aku tunggu org. mula2 aku tunggu kat opis. pas sorang2 punch kad nak balik. aku lupa rakan sepejabat yg selalu balik lambat cuti hr ni. d pendek kan citer, sudahnyer aku jerbtinggal sorang. xpe.... aku layan lagu2 jiwang aku. pasang kuat2. sebetulnyer dlm hati tu dah ada perasaan takut. sambil2 tu bc email, tgk2 blog n berFB. hishhh... x sedap plak dok sorang2 ni. lain macam plak rasanyer. mulalah teringat macam2 yg org dok citer. (rupanyer aku ni penakut gak yer) last2 x pk panjang dah... aku harus blah dr opis ni. kemas handbag, tukar kasut n shutdown pc terus punch kad n kuar opis. hingga saat ni aku lepak tunggu en.somi kat lobi opis jer... pak guard ada lg.... hehehehe.. sian aku. moral of the story : jgnlah jd penakut sangat n xnpayah kongsi keta ngan en.somi. pergi asinglah yer rose. hehehehe :-)

11 Nov 2013

HPPNK KUANTAN, PAHANG 2013 (4)

cantik kan permandangan dr aras 23 hotel zenith ni. Melihat bukit bukau yg jelas d sekeliling, damai jer rasa, tenang jee jiwa tu..lupa akan kebznan sekejap.

Jap g nak balik dah.ku tinggalkan bandar KONTAN dengan seribu kenangan.
Bertolak dr hotel td, singgah jap kat RnR temerloh makan n solat asar. Teruskan perjalanan. Nampak plak durian kat tepi2 hiway. Bincang2 ngan geng, keputusannyer kita benti melantak buah durian dululah. Boleh masuk lagi ke tangki aku ni. Cam dah sendat. Tp pk bila lg kan nak dpt peluang camni, pas KARAK lau x silap kami lepak tepi jalan. Durian masih mahal sekilo RM16. On jer lah.
2 biji jer kami makan. Tu pun x bp nak habis sbb masih kenyang makan nasi ikan patin masak tempoyok td. Siap makan teruskan perjalanan balik ke rumah. Sampai rumah dlm kul 8 mlm.... Alhamdulillah... sampai ngan selamat. Mekacih abg deber yg memandu ngan berhemah sekali.

HPPNK KUANTAN, PAHANG 2013 (3)


Nilah gelagat lau dah giler berposing. Tgh panas terik pun jadi gak. Mujur geng2 aku ni jenis yg sporting n sekepala.yg penting terbaeklah...ni snap selepas habis majlis perasmian HPPNK oleh PM. dah nak balik hotel sementara tunggu keta.


Cam sardin daaaaa....yg penting snap dl. Sardin pun sardinlah. X kisah pun.
rindu akan kenangan camni
keje yg d tugaskan dah selesai. Esk group kami akan kembali ke pejabat. So... di kesempatan ini sambil nak lepaskan lelah bekerja kita enjoy layan bowling dl lah. Sanggup tu jalan kaki dari ZENITH HOTEL ke Megamall. Jauh gak tu berpeluh gaklah. Blm main dah berpeluh.. Walau main x lah terer mana yg penting kami menang bab posing hehehhe. Model x berbayar n x bertauliah. byk masuk longkang jer. Harap budak laki jerlah yg bersungguh2 main. pompuan kan pemalu n ayu2 gitu. (ayat cover)

Emmmm..mamam time. Dinner akhir kat KONTAN. ok kekawan order apa sahaja yg nak makan. Xpe..xpe.. Nanti bayar sendiri k. Hahaha.

Mcm2 selera memasing kan..

Last snap ini malam.wajib ni. Nak bgtau yg kami dok mana. Bahan bukti yer jugak.nanti en somi tya dok mana? inilah jawapannyer.ni lah geng cik kiah yg main bowling tadi.



Aksi mengedik akhir kat ZENITH. Yg bagusnyer bilik kami di baginyer kat atas sekali aras 23. Yg bestnyer nampak hampir keseluruhan bandar KONTAN...bye2 KONTAN.