25 Jul 2012

KATA HATI

Andai hati sudah retak, andai hati sedang terluka, andai hati sedang marah pada seseorang, jgnlah sampai kita lupakan segala kebaikan dia pada kita. Andai hati sedang sukankan dia, jgn kita lupa akan kelemahannyer... biarlah seimbang.

HARUSKAH?!!

haruskah aku membenci dia?
haruskah aku terus buang dia?
haruskah aku lupakan dia?
hakikatnyer YA. aku wajib lupakan dia


24 Jul 2012

KENAPA AKHIRNYA BEGINI

Kisah dan teladan seorang sahabat yg meluahkan kpdku :
Dia ku kenal beberapa tahun sudah. mengenalimu satu anugerah. aku akui aku selesa berkawan ngan dia. dari sifat dia, tutur kata dia, perilaku dia, pendek kata sume pasal dia aku selesa. dulu, segala benda, segala rahsia akan diluahkan kpdku. kemana saje pasti ber2. dia susah aku turut merasainyer. tapi entah kenapa semenjak 2 menjak ni, aku rasa semacam terasing dari dia. dia tidak lg seperti yg aku kenal dulu. aku dapat rasakan ada sesuatu yang tersirat pada dia. kadang2 malas nak pk, tp terpk gak sbb dia sentiasa berada d hatiku .dia dah banyak berubah. Sedih, pilu, kecewa dan macam2 yg berlegar dalam kepala. mengapa begini penyudahnya. aku mula ingin membuang dan membenci dirinyer..tp aku tewas. aku tak mampu. hati wanita ku tidak sekuat mana. pernah ku katakan "kalau awak tak bersungguh nak kawan ngan saya, jgn cuba2 sentuh hati n perasaa saya. jgn awak bagi harapan pada saya, sbb sekali saya sayang awak, sy akan sayang n cintai awak sampai bila2. sekali awak hancurkan dan retakkanhati saya, bye2 lah ".  betullah kata pepatah sejauh mana perjalanan kita, bila sampai ke satu titik nokhtah, kita harus berhenti, pasrah, redha dan akhirnye mendiamkan diri. mungkin itu yg harus aku lakukan dan jalan yang terbaik. 
kalau dah lelaki, tetap lelaki. selidik punya selidik, rupa2nyer dia sedang rapat ngan org lain. patutlah dia buat aku camni. ok.. fine.cuma apa yg aku nak ckp kat pompuan tu nasib ko akan sama cam aku. mula2 kenal beselah. ayat mesti power beb!. berbunga2, memuji2. sms x akan henti. aku dah lalui sume tu.. cuma aku rasa sedikit terkilanlah sbb dia buat aku gini... tp biarlah.. aku anggap ini sume dugaan Tuhan untuk aku. mungkin jugak tuhan nak tunjukkan yang dia bukan calon suami yg baik untuk aku. aku akan cuba melupakan dia, membenci dia.kalau boleh aku ingin kembalikan masa lampau tu, agar aku x kenal dia. doa aku moga kalian ber2 bahagia ngan jalan yg korang buat n pilih sendiri.Apa yang tinggal bersamaku hanya kenangan yang terindah. akan tetap tersemat di hatiku. 

21 Jul 2012

BLOG COKLAT AKU DAH GELONG

adoiiiii...
tekanan tullah. kenapa blog aku yg satu lg jadi camtu. Sume pic tak kuar.. apa aku nak buat yer? ada sesapa yg boleh bantu aku tak? x sanggup nak bina blog baru....huhuhu

LANGKAH PERTAMA

 saje nak citer skit pengalaman pertama Amkirul ke Sek. Rendah. Tuhan permudahkan segala urusan dari penempatan ke sekolah baru hinggalah nak kejutkan amirul pagi2 sblm p skolah. Sblm ni Mirul kan PRA kat sekolah Presint 9 Putrajaya. sbb kami sefemly pindah ke Shah Alam, nak x nak anak2 kenalah tukar skolah gak. Mungkin exited agaknyer kejutkan Mirul amat mudah pagfi ni. Dengan sgl kelengkapan yg baru, teruja dia p skolah.
 Beratur seperti yg d arahkan oleh guru. Mirul mengikut surat di tmptkan dlm kelas 1 Mutiara.Budak depan Mirul ni agak ganaz skit perangainyerr.

 Cikgu soh duduk sbb tgk budak2 sume dah penat. mata mirul asyik dok pandang aku jer. takut aku tingal katanyer... 
 semua yang darjah 1 
 dah agak bosan aku rasa. adalah 2,3 budak yg start main kutip batu.
 tu dia... dah masuk kelas. mirul dok depan sekali. baguih2
 saat ajar nak beli makanan kat kantin skolah. risau gak mula2.
akhirnyer.. "Ibu aku blh beli air sendiri dah ibu" itulah kata2 mirul pada aku.Yes!! berjaya gak anak aku

DANISH OH DANISH

Andai inilah yang telah di takdirkan untukmu, 
Andai inilah yg tersurat untukmu,
Andai inilah perjalanan yang telah ditentukan untukmu
Aku pasrah Ya Allah
Hanya Engkau yg maha mengetahui setiap apa yg telah kau aturkan dalam hidup anak ku Danish. Mungkin ada hikmah di kemudian hari untukmu sayang. Doa ibu moga kau tabah n kuat anakku. Setiap detik aku tak pernah mengeluh untuk menemanimu sayang. Mungkin Allah jua sedang menguji aku. Adakah aku mampu hadapi n sabar mengharunginyer.. Insyaallah aku akan jadi kuat demi Danish. 
Biar ibu penat mendukungmu
Biar ibu tak lelap mata menjagamu
Biar ibu kehabisan wang untukmu
Biar cuti rehat ibu kehabisan pun
semuanyer ibu sangup demi mu Danish kerana 
kaulah permata hati ibu, 
kaulah suka duka ibu, 
kaulah segalanyer buat ibu.

RAMADAN MUNCUL LAGI

Alhamdulillah.. Tuhan masih memberikan aku peluang untuk bertemu denmgan Ramadan tahun 2012 ni. Akan aku gunakan peluang yang ada ini sebaik munkin. sama-sama kita perbanyakkan ibadah. Kita x tahu samaada akan bertemu lagi untuk Ramadan tahun depan kan..Munculnyer Ramadan tahun ni, bermakna hampir setahun gaklah aku dah duduk kat rumah baru di Shah Alam ni. rasa baru lg pindah...

20 Jul 2012

HUJUNG MINGU DI SG. TEKALA


 sebenarnya kejadian ni dah lama, cuma tak upload jer. 3 keluarga pegi kelah kat Sg. Tekala. Sambil2 tu adalah buat makan2 skit. yg simple2 jer. bakar hotdog n ayam. "Heloo bro, api ade ke xde tu?"

 hehe.. laju skit kipas tu. kami x sabar nak makan ni

 ni lah hasilnyer... oklah

 dah panas membakar hotdog, time menyejukkan badan plak. nampak jer airnye cetek, tp laju. sebelah selipar Mirul di hanyutkan arus..taktik nak dpt selipar baru mirul tu

 Danish kepenatan d tambah plak memang waktu dia tido. 
"bertuahlah isteri n anak2 dpt abah camni"

 aku pun x lepaskan peluang. lama dah x mandi sungai gini


agaknyer bilalah lg blh ulang detik2 srnk gini kan

KEYCHAIN KU

 memang cantik. bukan suka suki memuji sendiri. tp inilah hakikatnyer.. aku memang suka simpan keychain ni. Ni sume dari opis lama hinggalah ke opis skrg. bila pandang setiap 1 tu, pasti akan teringat pada pemberinyer...

kalau kat opis tu, kekawan dah tau kesukaan aku ni, sampaikan ada pegawai di bhgn lain pun, kalau diaorang pergi mana2 pasti ada keychain utk aku..mekacihlah yer. tp skrg ni aku kena simpan dah sume ni. sume gara 5S. x blh lg tergantung gini. sian kat aku....walau aku dah turunkan, ruang sebesar A4 tetap ada utk aku gantung benda alah ni..

PENEROKAAN KU

 sedar x sedar danish dah boleh merangkak. inilah pengembaraan yang pertama.

19 Jul 2012

XTVT KUARKAN PELUH

 Puteri memang teruja bila aku ajak p joging. Seronok sbb boleh jalan2 kat luar katanyer

 Dah penat joging 5 pusingan kat kolam flat hijau tu. balik jalan kaki jer. lagipun Mirul dah penat sangat aku tgk. Ada harapan ker nak hapuskan kg aku kalau semingu sekali jer buat xtvt ni?  hehehe pklah sendiri...

 muka tension Mirul yg dah letih. huhu sian anak aku


sesi memujuk. "sabarlah sayang. jap lg sampailah kita. x jauh dah..."
bila di aju " Ibu lama lg ke nak sampai rumah?"

8 TAHUN SUDAH

 diam tak diam, dah 8 tahun usia anak sulong aku n 5 tahun sudah anak ke-2 aku. Seperti tahun2 yg lepas, bezday meka aku buat sekali jln jer. jimat kosss skit. kebetulan meka lahir dalam bulan yg sama. kira pandailah aku ngan abah dia plan. kakakahh

Disamping teman2 seangkatan meka. ni masa kat kuaters Putrajaya lg. 

SUDAH CUKUP SUDAH

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang kuberi
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu
Teganya kau menari di atas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah, cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta
Sudah, cukup cukup sudah
Cukup sampai di sini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Telah berulang kali ku cuba mengalah
Ternyata sabarku tak bererti untukmu
Lebih baik ku pergi saja

15 Jul 2012

RINDUKAN KUALA LIPIS

tak tau knp semenjak 2 menjak ni aku asyik pk nak balik dok kat kampung halaman aku kat Kuala Lipis. Mungkinkah aku perlukan 1 suasana yg baru dlm persekitaranku?.aku rindukan Kuala Lipis. alangkah bahagianye lau en.hubby aku setuju sama2 nak pindah Lipis.. huhuhu... Aku tau sume tu mustahuilllll... tapi aku nak balikkkkkkk

13 Jul 2012

TAK HABIS2 LG KER?

 Tak cukup2 lagi aksi gedik ni. Mesti tak puas bergambar kan?
Walau kalah, tapi dpt 2 hamper..kikiki

Minah2 gedik manja sepanjang kursus Team Building kat Bukit Gambang Resort 2012. sure i miss uolls

SAYANGNYER...

Bertahun sudah ku bersamamu
Akhirnya ini yang terjadi... 
Kau terjun dr ketinggian 1 meter
Berderai nombor2 sekeling...huhu
Sungguh saku sayang padamu
Kerana, kau banyak mengajar aku erti menghargai MASA

HADIAH YANG KU DAPAT

Taraaa.. 
inilah hadiah yang aku dapat dr Kak Seniah semasa acara tukar2 hadiah kat Gambang. memang hapeninglah acara ni... apa kat dlm tu? biarlah rahsia..

DANISH 2 TAHUN SUDAH

Hepi Bezday 2 my younger boy. 29 Jun 2012 genap sudah Danish 2 tahun. Beli keke atas pilihan abangnyer.. Mirul kata Danish minat Motor. Eleh...! yerlah tu. padahal abangnyer yg nak kan motor tu... pandai yer... 

 Awat muncung tu panjang sangat Danish? teruja ker?. Doa ibu moga  Danish menjadi anak yang soleh, dengar kata ibu n abah, jadilah anak yang berguna, hormat orang tua n yang paling penting ibu sentiasa mendoakan  sime anak-anak ibu membesar dengan sihat.Amin No sakit2 lg yer... Danish mesti kuat tau..
1,2,3... fuhhhhh... 
Pandaipun.. sbb ada 2 lilin jer. tu yg cepat jer padam api.. hehehe










Aaaoommm.. rasa sikit kek bezday... meh ibu suapkan.. walaupun sambutan ala kadar,  cukuplah.  janji ada kenangan utk Danish.

KELANTAN vs QUEENS PARK RANGERS (QPR)

Aku bukanlah seorang peminat bola, tp camne aku boleh dapt tiket perlawanan KELANTAN vs QPR ni..  hehehe sebetulnyer ni tiket member. aku tolong belikan ajer..
Member memang penyokong kuat KELANTAN. Moga menanglah nanti buat team KELANTAN yer..

11 Jul 2012

MENTARI MUNCUL LAGI

 Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Kurasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu

Tuhan saja yg tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hingga kau ku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita

Menyesalnya aku kerana menyangka 
Nasib tak menyebelahi cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang... masih ada cinta

Maafkan aku kerana meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cinta kupadamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa...

10 Jul 2012

TEAM BUILDING HARI KEDUA

kali ni masih nak citer pasal kusus teambuilding gak.. almaklumlah.. masih segar dlm ingatan kan. jom ikuti rentetan kusus
 Acara yg aku pk sonok sangat sbb dlm byk2 game, game ni yg group kami byk menang. ni mula2 turun dlm kolam. nasbib baik x lah dlm sangat.
 Masukkan gelung rotan seorang demi seorang sampai belakang n patah balik ke depan.. x lah susah mana, cuma sbb dlm air tu yg agak mencabar sikit kan.
 dah patah balik ke depan ni.. tgk group BINTANG dah nak siap. agak cemas gaklah
 Tapi akhirnye menang gak.. sbb Kumar (BINTANG) lambat sikit. sangkut kat perut gelung rotran tu agaknyer..  hehehe
 Juara gak...isi air dlm botol


Berakhirlah sudah game dalam kolam. sememangnyer kenangan kat Gambang memang seronok sesangat.. Mekacih kekawan yang very2 sporting

9 Jul 2012

TEAM BUILDING GAMBANG HARI PERTAMA

Emmm. lebih seminggu aku tak jengok blog aku ni.. agak bz skit. bz bukan pe pun. bz membuat persediaan nak pergi kursus kat Bukit Gambang Resort kat Kuantan, sehinggalah pergi kursus dan balik kursus. Ni aku nak share sikit masa aku p kursus kat sana. memang bestlah.. enjoy sangat. kekawan yg x pg tu memang nyesallah..aku share sikit gambar2 kat sana..
 Bermulalah perjalanan kami ke destinasi jam 10.15 pg Jumaat 29.6.2012. Seramai 26 orang yang naik bas..
 Inilah time yg aku tunggu2kan.. karok dlm bas.. habis sume lagu kami bantai.. suara best ker?
bolehlah... kalau setakat nak nyanyi dlm bas.. sesapa x nak dengar tutup telinga yer... kaps ada d sediakan.. hehehe dari Hentian Temerloh sampailah ke Gambang kami karok..
  Tak lama lg sampailah ke destinasi.. dah nampak signboard tu.. 
 Confirm dah sampai n boleh turun..Mekacih abg2 debar yang memandu dengan cukup berhemah..
 Siap check-in, rehat2 jap tiba masa tuk makan.makan2 gak, posing tetap x tinggal hehehe
 Dah makan mestilah minum air kan..
  Bos dah kata, apa2 yg kita lakukan mesti tepat pd masa. Jadi kelas bermula jam 8 mlm. awal lg kami dah sampai kat kelas.. sementara tunggu yg lain, seperti bese snaplah dulu. cam iklan ubat gigi jer.. huhu
 free stail..
 xtvt selepas perasmian kursus. Pembahagian group n buat bendera group. secara spontan kami letak APAM POLKADOT sebagai nama group kami.. k tak? maklumlah dlm group kami ada 2 tokey apam.redah jerlah yerrr..
  Mengakhiri program malam ni slps Nite Jungle Walk, kami layan keta ni.. sbnrnye keta ni utk bebudak.. kami yang x sedar diri ni belasah jer.. balik bilik tido... sambung lg yer...