25 Feb 2014

APAM POLKADOT LAGI

Tempahan dr my bos sempena birthday anak dia.... 200 biji siap....uollssss kalau nak tempah call jerlah aku yee...

24 Feb 2014

MODEL TANGGA

Gambar lama sbnrnyer ni....habis tempat dah nak pose, sudahnyer kat tangga pun ok gak...hehehe

22 Feb 2014

ROMBONGAN KE LEPIH

wah... Lama jgk tak menulis kat blog ni. Bukan apa, masa tu cam mencemburui aku jer... Asyik bz ajer. Actually ni gambar lama. Ni masa nak p kg aku kat LEPIH ada kenduri kawin staff seopis.
seperti yg d jadualkan sepatutnyer rombongan kami naik bas. Masalah yg x d jangka berlaku. Bas rosak. Nak batalkan plan, sian plak pengantin. X sdp lah x pegi. Rakan sekampung n sepejabat. sementara pemandu2 mencari idea nak naik apa ke LEPIH, aku n the geng layan apam gula hangus by DAPUR CHE ROSE lah. Mmg dah niat nak jamu kekawan makan dlm perjalanan naik bas nanti. Sbb tunggu bas x jalan2 lg, terpaksalah kami melantak kat tepi tangga dl. Masing2 lgpun blom sarapan.

akhirnyer sampai gak ke kampung ku dengan menaiki van opis. Alhamdulillah. X lah mengecewakan pengantin.
ayuni yg kelihatan malu2 bila camera d hala pdnyer.... Yg x malu ibunyer... Pantang camera tala kat aku.huhuhu

SAHABAT VS CINTA

COKLAT MOIST

Taraa...siap lagi satu episod smlm. Coklat moist in daa house. Sajer wat utk makan2. kaler terlebih gelap. ada kes d sebalik kegelapan kek ni... hehehehe

17 Feb 2014

PERUT CICAH AIR ASAM

salam... Kali ni sajer nak bagi korang kecur air liur. Pernah makan tak perut lembu yg di cicah ngan air asam? Bg yg pernah makan, pasti tahu camne rasanyer... Bg yg x tau n x pernah rasa, patut cuba rasa. Nak wat senang ajer... Pegi jer pasar beli perut lembu yg telah di bersihkan tu. Balik rumah rebus sampai lembut. Sementara nak tunggu lembut tu, bakar belacan, bawang putih n cili. Pastu tumbuh. Perah air adam jawa. Bohlah bahan perasa n rasalah mengikut ctarasa masing2. Bila perut tu dah lembut, toskan dia n gaul dlm air asam td. Perghh..!!! Mmg terangkat punya. X caya cuba try test tengok...

15 Feb 2014

HILANG TAHAP KESABARAN AKU

huhuhu hari sabtu yg amat menguji kesabaran aku. Bermula ngan en.somi ajak pegi MINES SHOPPING COMPLEKS. nak beli barang katanyer.. Oklah aku setuju teman dia. Mula2 rasa seronok dah ni. Agak lama dah x pegi mines sejak pindah dr Putrajaya... Sampai jer dah nak masuk simpang MINES tu tengok jem giler... Lama gaklah x gerak keta aku. Nampak plak kat tempat masuk parking dah singboard full parking. Alamak... Tengok sume dah u-turn. Somi tanya nak teruskan atau nak pegi ke kedai pilihan kedua. Aku yg wat keputusan jomlah kita p subang jaya plak.... Nak sampaikan ke subang jaya tu.sama gak jemnyer jalan. Adooiiii... Aku cukup hangin kalau jalan jem yg x bergerak ni. Sakit jiwa d watnyer...last2 sampai gaklah ke SS15 dengan sedikit kesabaran yang masih berbaki ni. Masuk kedai yg di tuju.. Mak aiii... Sekali lagi aku terkejut tahap tapir ala2 tenuk ni. Punyalah ramai manusia. Apa x reti dok rumah ke meka ni. Hampehhh.. tul lah. Masuk jugaklah kejap. Aku ckp kat somi, kalau camni kita guna plan C lah. Jomlah kita pegi kedai yg dekat rumah kita. Kononnyer nak ke mines, untung2 dpt murah sikit barang yg d cari tu. Sudahnyer dari nak jimat RM, langsung rugi n buang masa. yerlah rugi duit minyak keta. Rugi masa lagi. Xpelah benda dah nak jadi. Masuk keta aku layan SNICKERS dulu. Kasi hilang menggelegak kat kepala dl. Somi aku nak x nak kena layan stereng ketalah.hihihi

14 Feb 2014

APAM POLKADOT VERSI AKU

alhamdulillah. Siap jgk projek APAM POLKADOT aku setelah hampir 2 jam aku bertapa kat dapor rumah aku. Hehehehe ( x kan lah kat dapor rumah org kan).
terima tempahan dari rakan FB dengan tema kaler PINK n PURPLE. Pg jumaat customer dtg pickup sendiri kat opis aku. So kasi diskaunlah sikit. Anyway... Thanks coz order ngan aku. Lain kali boleh repeat order lg k.




ni salah satu febret kaler aku. Pink n putih. Cantik.

Pn. Ariyati jugak order COKLAT OREO. ni lah hasilnyer. Juga tema PINK PURPLE. Bg yang x tau, dlm coklat ni ada sekeping oreo. Sbb tu lah d panggil coklat oreo..Love u lah

3 Feb 2014

BILA SEPUPU SEPAPAT BERTEMU

selalu kalau balik lipis inilah xtvt aku. Angkut semua anak2 buah bw p jejalan. Selalunyer lokasi yg wajib kat taman peemainan ni lah. Kdg2 terfikir org tgk aku bawa ramai2 ni adakah meka ingat tu sume anak aku... hehehehehe. Bukan yg ramai tu anak abang aku.

NASI LEMAK IN DA HOUSE

mentang2 hari ni cuti lagi macam2 plak permintaan yg harus aku tunaikan. Xpelah dah tanggungjawab aku sebagai istri dan ibu, ku perkenankanlah tiap permintaan kalian. Camnelah projek khas aku nak berjaya jika menu tgh nasi lemak. Kalian kan tahu yg aku ni tgh diet. Hancurlah diet aku. Dahlah badan sekarang dah bambam sgt. Tp mr.hubby pandai ambil hati. "abang x kisahlah badan chubby2 camni. Tu yg abang suka" pigiii daaa.. Tu ayat nak sedapkan hati aku. Alamak!! Ke lain dah citer aku ni. Hishhh... Berbalik pd menu hari ni plak. Somi nak makan nasi lemak.

sambal tumis versi aku. Simple2 jer. Janji jadi sambalnyer.
seperti biasa mana2 org wat nasi lemak mesti ada 3 serangkai ni. Telur ayam rebus, timun n ikan bilis goreng. Kalau xde x lengkap nasi lemaknyer.

sebagai tambahan mencetus selera, aku goreng ayam tak berempah plak. Ini menu wajib amirul. Sehari xde ayam, x sah dia. selamat menjamu mata yer kekawan. Love uollsss yg sudi meluangkan masa layan blog aku

2 Feb 2014

CHICKEN RICE IN DA HOUSE

cuti panjang CNY ni bolehlah aku plan masak berat2 sikit. Kebetulan plak anak sulong dah request "ibu, kita nak makan nasi ayam boleh tak?" lama dah x makan. Pk2 yer jugak dah lama aku x wat nasi ayam. Last sekali seingat aku masa birthday anak sulong tahun lepas. Itu kira masak dlm kuantiti byklah tu. Kebetulan plak aku watlah majlis sikit utk dia. Nak ajak kekawan kononnyer. Pk punya pk menu apa nak wat. Last2 nasi ayam yg muncul. Masak utk 20 ada kot. Tp bebudak jerlah. X lah byk sgt. Nasi ayam aku simple jer. Mula2 ayam tu aku rebus bagi masak n air rebusan tu utk masak nasi juga utk sup dia. Bila ayam dah masak, toskan ayam tu. Pastu aku perap dlm 15 minit bersama kicap masin, kicap manis, sedikit garam, sos tiran n madu. Pastu goreng kejap jer. Wat syarat. Stgh org dia masuk microwave. Terpulang pd org yg wat lah kan

utk nasi ni plak, dah cuci bersih2 guna air rebusan ayam tadi utk masak. Masukkan sesudu planta supaya nasi tu nmpak berminyak sikit. Kalau nak nampak kaler kuning taruklah serbuk kunyit. Tp jgn byk sgt. Ketuk halia sikit n campak jer dlm periuk nasi. Jadilah cam gambo ni.

kicap ni lg mudah. Guna kicap pekat, campur ngan air rebusan ayam td. Dah siap pun.

sambal ni kalau cara aku, cili besar dlm 10 biji, tomato 2 biji, cili padi 8 biji, bawang putih 4 ulas, gula n cuka makanan. Sume tu blander. Pastu masak kejap atas dapur hingga dia agak pekat. Sambil2 tu rasalah ikut selera memasing. Sup lupa nak snap gambo plak. Korang bayangkan ajerlah yer. Sbb dalam periuk kan. Tp cara sedia pun agak mudah. Aku tumiskan bawang putih n halia yg d ketuk. Campakkan kulit kayu manis n bunga lawang serta sup bunjut. Dah naik bau angkut masuk dalam periuk air rebusan td. Hiris dau sup n daun bawang. Siap sedia utk santapan somi n anak2. Selamat bercuba yer kekawan... Love uollsss yg sentiasa bersama blog aku.

1 Feb 2014

KREATIF KE

ni lah hasil teamwork bersama kekawan. Officemate (k.chom) akan bertukar ke jabatan lain. K.chom ni mmg rapat ngan aku. dia antara penyimpan rahsia2 aku dan aku amat mempercayainyer. sedih x yah ckp lah. Antara yg paling byk membanjirkan suasana akulah. Mmg aku terasa akan kehilangannyer. Teman suka duka. Teman sebilik tiap kali kursus. Teman makan minum. Aku dah anggap dia bukan sekadar rakan sekerja malah sudah ku anggap sebagai kakak tempat rujukan aku. Hari terakhir ngan k.chom, aku mmg xleh dok tenang. Perasaan tu bergelodak jer x sanggup nak menghadapi akan perpisahan. Tu lah kelemahan aku. Sebagai ingatan utk k.chom kat kami, inilah yg kami wat. Katanyer, masa snap gambar kami nak wat operasi ni, k.chom sedikit pun x mensyaki apa2 sbb dah tau aku n the geng mmg kaki bergambar. Kira berjaya jgklah projek kami ni.Berilah sedikit ruang kat dinding rumah k.chom tu utk gantungkan kami. Semoga kami sume sentiasa dalam ingatan akak. Setiap kenangan bersama akan tetap dalam ingatanku. We love u k.chom.....