21 Okt 2010

AIDILFITRI 2010 DI SPITAL PUTRAJAYA - PART AKHIR

Masuk hari ke-4 (10.9.10 - Jumaat)

Dipagi raye ni... semua ahli keluarga aku datang beraya kat dalam wad. Dari mak aku dan mak serta bapa mertua tiri, suami,anak-anak dan adik-adik ipar aku datang. Semuanya bemaafan di hospital.. Suami aku bawakan nasi himpit, kuah kacang dan rendang yang dia masak semalam. Emmm.. ok.. boleh tahan. Kira kalau terdesak tu, bolehlah jadi bidan terjun.Adik ipar aku plak bawakan lemang..Sian anak-anak aku beraye tanpa ibu disisi...

Alhamdulillah....
Syukur padamu Ya Allah

Selepas doktor round sebelah pagi tadi, doktor cakap Danish dah boleh buka oksigennya. Cuma tiub tu mungkin esok, sebab kat paru-paru Danish masih ada bunyi sikit. Sedut gaspun masih 4 jam sekali. Kulit dah semakin pulih.Cuma sian gak nengok Danish bila nurse sedut kahak dia. Menangis bagai nak rak. Tapi aku relakan demi untuk kebaikan Danish. Sebelah petang doktor cek kata Danish dah boleh sedut gas 6 jam sekali. Makin banyak perubahan pada Danish. Syukur sangat

Masuk hari ke-5 (11.9.2010 - Sabtu)
Tiub kat hidung gak dah boleh buka. Boleh bagi susu secara normal. Seronok aku, tak payahlah aku nak perah2 lagi. Nangis jer sumbat.... mesti diam anak aku ni.Hari ni bolehlah aku bawa Danish jalan-jalan. Sempatlah aku nengok cerekarama..

Masuk hari ke-6 (12.9.2010 - Ahad)
Berita gembira yang aku tak sabar nak khabarkan pada suami aku.. Yahoo.! Danish boleh kuar spital hari ni. Syukur Alhamdulillah.... Aku rindu sangat2 dah kat rumahku syurgaku...

Apapun... aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua doktor2, nurse2 dan semua staf wad 2C yang sentiasa memberikan perkhidmtan yang terbaik buat aku dan Danish sepanjang 6 hari 5 malam anakku di wad. Semoga korang kekalkan perkhidmatan sebegini sepanjang perkhidmatan kalian. Tiada apa yang dapat ku balas, sekadar ucapan terima kasih yang tak terhingga. Hanya tuhan yang membalasnya

AIDILFITRI 2010 DI SPITAL PUTRAJAYA - PART 3

Masuk hari ke-3 (9.9.10 - Khamis)
Dam,dam,dum bunyi mercun. yeh2x! Esok nak raye. Nak balik kampunng. Itu tahun-tahun lepas punya cerita.Tahun ni, merasalah raye kat spital...Mungkin takde rezeki Danish nak jumpa orang Lipis lagi.

Berbalik pada kisah Danish.... Masih pakai tiub, Masih pakai oksigen. Cuma gas sudah dikurangkan kepada 4 jam sekali. Alhamdulillah. Rutin harian, buatlah apa-apa yang patut untul Danish. Jap lagi waktu melawat suami aku datang, bolehlah aku lelapkan mata seminit 2.Cover semalam punya tak cukup tido beb.Syahdunye raye kali ni..camnelah anak-anak aku yang lain kat rumah tu. Apa mereka buat. Walaupun abahnya ada, tak sama ngan maknye.. Mesti ada rasa cacat celanya..Kena plak malan raye. Kalau sebelum2 ni malam raye ni aku sibuk melayan anak-anak dok main bunga api.(Kadang-kadang maknye yg lebih).Dok kat spital, langsung aku tak dengar takbir raye. Tapi kalau dengar lagi melalak aku kat spital ni rasenya... Danishkan masih berwayar. Jadi aku tak boleh nak pergi ke mana2. Terikat kat katil jerlah.... Suami kat rumah masak nasi himpit, kuah kacang dan rendang. Sedap ker? Hahaha... nak tau., tunggu esok suami bawa kat aku. Danish plak, dah ada perkembangan yang baik. batuk dah kurang. Aku gatal2 tanya kat doktor bila boleh kuar. Doktor kata nak kuar n balik kg boleh. Tapi kena sain surat (kalau terjadi apa2 hospital tak kan tanggung) dan kalau balik kg pun kena duduk kat hospital Lipis. Emmm... Kalu camtu serupa tak payah kuar.

AIDILFITRI 2010 DI SPITAL PUTRAJAYA - PART 2

Masuk hari ke-2 danish kat spital...(8.9.10 - Rabu)
Batuk Danish masih kuat lagi,
Masih pakai oksigen,
Masih sedut gas 2 jam sekali,
Kulit pun masih sama...
Apalah nasib anakku Danish....
Allah telah mengujimu pada usia semuda ini.
Juga Allah sedang menguji aku sebagai ibunya..

Seharian aku hanya dipenuhi dengan danish. Doktor datang dan cek paru-paru Danish. Masih bunyi. Doktor sarankan Danish dipakaikan tiub untuk masukan susu dan ubat. Tujuannya untuk rehatkan paru-paru dia.Saat aku dengar doktor cakap camtu, bergenang air mata seorang ibu. Bayangan aku cam teruk sangat dah anak aku ni. Doktor mungkin perasan ngan perubahan aku, lalu mungkin cuba untuk menyedapkan dan meredakan perasaan yang sedang bermain di fikiran aku. "Maknya..., tiada apa yang perlu dirisaukan. Tiub tu bukannya besar sangat, dan ini untuk kebaikan anak awak. Kita buat ni agar paru-patu anak dapat rehat. Kalau tak pakai, nanti masa menyusu kalau dia tersedak, susu akan masuk ke paru-paru." Aku sekadar menganggukkan kepala tanda rela walaupun dalam paksa demi kebaikan Danish. Saat suamiku datang, aku tak dapat menahan kesedihan yang aku tanggung. Berderai air mata aku saat aku khabarkan keadaan Danish. Aku perlukan kekuatan dari suamiku...

Seperti biasa, setiap 2 jam datanglah nurse untuk sedut gas. Walaupun Danish sedang tido, ku kejutkan juga. Maafkan ibu sayang kerana menganggu tidurmu..Nurse datang nak ambil Danish untuk masukkan tiub melalui hidung dan terus ke perut. Aku dah bayangkan camnelah Danish menangis nanti... Ya Allah...lindungilah anak aku


Lusa nak raye dah ni. Sempat ke nak balik Lipis?Setiap kali doktor datang aku pasti bertanya bila boleh kuar spital.. Doktor tu boleh buat lawak kat aku plak. Katanya "Takpelah, kita raye kat sini sama-sama. Nanti kita bawa lemang yer" Sabar jelah aku...Maknanya memang Danish tak boleh kuar lagilah tu kot.


Danish mulai menyusu dan makan ubat melalui tiub setiap 2 jam. Sebenarnya pakai tiub lagi mudah. Bagi susu masa tido pun boleh. Cuma kalau masa dia menangis tu yang payah sikit. Susu lambat masuk.



15 Okt 2010

AIDILFITRI 2010 DI SPITAL PUTRAJAYA - PART 1

Agak lama tak menulis...
nak citer sikit kenangan raye tahun ni...plan nak balik raye kat lipis tahun ni (bukan setakat plan, dah memang turn lipis tahun ni). malam selasa semua anak-anak dah ready packing baju yg nak dibawa balik.semua dah susun kat tepi pintu, sebab petang selasa lepas kerja nak terus balik lipis.

Nak dijadikan citer, pg selasa dalam kul 3 danish tak senang tido, kejap2 sedar. Aku lihat dada dia berombak laju sangat. Disebabkan dengan usia dia yg masih kecil, kami laki bini buat keputusan bawa danish ke emegency.
Sampai kat emegency, doc terus bagi danish sedut gas. 10 minit berlalu. Doktor cek masih ada bunyi kat paru2 danish. Doktor suruh sedut lagi. Sedutlah lagi gas. Juga 10 minit.. Bila doktor cek kali kedua, masih juga ada bunyi kat paru2. Doktor suruh x-tray dan ambil darah. Bab x-tray tu aku tak kisah sangat, tapi bab ambil darah tu yang aku tak tahan. sayunyer hati aku bila dengar tangisan danish

Dahtu... doktor kata ini kena masuk wad ni. sebab bunyinyer masih kuat dan kat paru2 danish cam ada jangkitan sikit. Lusa nak raye dah ni... sempatke keluar spital kalau aku masuk wad...? Persoalan itulah yang berlegar2 kat otak aku ni. Aku cuba bodek doktor agar tak masuk wad, cuma cukup kalau dibekalkan ubat. Boleh kata doktor, tapi kalau apa2 terjadi jgn salahkan pihak hospital.. Mak aiii.. cam teruk jer sakit anak aku ni.

Nak tak nak selepas sedut, ambil darah, x-tray dan bincang, dalam kul 12 tgh 7.9.10 barulah danish dibawa naik ke wad 2C. Dekat wad pun danish kena sedut gas setiap 2 jam sekali. Setiap kali doktor round, pasti akan aku tanya bila boleh kuar.. doktor kata sabarlah... anak awak teruk gak ni.. danish boleh kuar bila gas yang disedut 6 jam sekali. Danish juga

dipakaikan oksigen. Ni yang leceh ni, kena pakai wayar.. Susah nak gerak. terpaksa dok kat katil jerlah...Danish bukan sajer asma tapi kulit dia pn kena eczema cam abangnya amirul... sian kalau tengok time dia menggaru. Gatalkan..bayangkan kalau kkita yang dah tua bangka ni gatal.camne syoknyer garu.. budak lagilah..


27 Sep 2010

ADIL KER?

Rasanya lama gak aku tak menulis kat blog aku ni... Yelah..sejak dapat baby baru ni, masa tu cam tak cukup aku rasa. Masa diisi sepenuhnya kpd baby. Hari ni barulah ada kelapangan skit untuk aku luangkan masa kat blog ni.
Hari ni aku nak bercerita skit pasal kawan aku yang sorang ni. 2, 3 hari lepas adalah dia meluahkan perasaan dia kat aku. Nama kawan aku ni.. eemmm rasanya takyahlah aku bagitau. Cukuplah aku gambarkan dia seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak. Aku bagi nama "W" si kawan aku ni.
Alkisahnya begini...
Suami "W" masih mempunyai ibu bapa dan 3 orang adik beradik lain. Dipendekkan cerita, setiap tahun seperti biasa bila sambutan hari jadi mesti ada ucapan dan hadiah dari suami kepadanya. Tiba-tiba tahun 2010 ni si "W" tak dapat apa-apa hadiah. Sekadar ucapan Hepi Besday. Bagi "W" tak kisahlah sangat. Dah tua-tua kan. Tetapi yang menyerabutkan kepala otaknya semenjak 2 minggu sudah ialah, hujung bulan Ogos 2010 lepas, hari jadi mak mentua si "W" pun tiba. Si "W" saje nak nengok apa si suaminya akan beli kat maknya.
Dipendekkan lagi citer. Suami "W" suruh "W" tolong belikan hadiah untuk maknya. Sibuk sangat ngan kejenya konon. Disinilah segalanya bermula. Perasaannya tersentuh, sedih, terasa sangat-sangat, seolah-olah dirinya dipinggirkan oleh suami sendiri. Mengikut citernya... masa hari jadi adik-adik suaminya, suaminya membelikan hadiah. Setiap orang dapat. Masa hari jadi "W", sekadar ucapan, hadiah nehee he.. tup-tup, hari jadi mak dia, nak belikan plak.. bengang jer si "W" ni. Kalau anda di tempat "W" apakan perasaan anda sebagai isteri?.
Aku..? kalau aku, of couse terasa. pendapat akulah ni yer.. seorang suami tu haruslah adil dari segala segi. Aku ambil contoh dari cerita ni jerlah yer... bila si suami dah bagi hadiah untuk adik beradik dan makbapak dia, seharusnya bagi juga kepada isteri. Kalau taknak bagi, dari awal tak payah bagi semua. nak bagi, bagi semua.. kadang-kadang sebagai isteri bukanlah mengharapkan hadiah yang mewah-mewah, cukup sekadar yang boleh dibuat sebagai ingatan yang si suami tak lupa hari jadi kita. Lagi satu adil tu yang penting. Si suami haruslah pandai untuk menjaga hati ketiga-tiga pihak.
Kepada sahabatku "W" banyakkan bersabar yer... aku paham perasaan ko. tapi kita dah tua-tua ni, redha jerlah..Mana tau sajer je laki ko taknak bagi hadiah. Tup-tup esok lusa dia bagi sebiji bunglo kat ko... hehehe.. jgn marah yer
Dan kepada para suami yang membaca ni jadikanlah ikhtibar dan jadikanlah sebagai panduan...

20 Ogo 2010

53 HARI SUDAH

sedar tak sedar, diam tak diam hari ni dah 53 hari aku cuti bersalin. tinggal 7 hari lagi aku bercuti dok rumah. pastu kena kerja cam beselah plak. nak cuti lama lagi taktaulah bila, mungkin takde dah kot. bila lama sangat cuti, rasa malas plak nak masuk keje. dok rumah lagi best... gaji jalan. kalau aku jadi surirumah camne agaknya ye.? sekarang ni dok latih danish hisap botol pd waktu siang. nanti taklah susah masa dok ngan pengasuh... kalau tak latih dari sekarang, risau gak nanti danish meragam jer kat rumah org. aku jugak yang susah..

12 Ogo 2010

RAMADHAN 2010

Alhamdulillah...
Berjumpa lagi aku dengan Ramadhan tahun ini. Aku harapkan dapat berpuasa penuh 30 hari. Aku baru habis pantang bersalin. Jadi rasanya "halangan" tu lambat lagi datangnya. Tak payahlah aku nak ganti pose. Seksa wooo... kalau nak ganti2 ni. Orang lain best2 jer makan. Nak kena kuat iman..

TERLALU EMOSI

entah kenapa
selepas pantang ni aku menjadi terlalu sensitif. pantang salah sikit aku cepat benar melenting... semua orang dalam rumah ni aku nak marah jer. Mungkinkah kerana tekanan dengan kehadiran baby baru (bukannya tak dapat menerima baby tu). Yelah.. semuanya aku nak buat. Jaga baby aku, kalau anak yang besar2 buat hal aku nak kena nengok gak. Mana lagi dengan kerja2 rumah yang sedia ada. Sedikit sebanyak aku jadi tension. Aku jadi lebih serius.. susahlah nak tengok aku bergelak ketawa.. Cakap pun yang mana penting2 jer.Kalau malam pun lepas jer kul 10 aku angkut baby, bawa masuk bilik tido.. Bagi aku maleh nak pikit benda2 lain... tension.Tak taulah perangai aku sampai bila baru berubah. Yang aku tau laki aku perasan ngan sikap aku ni... Biarlah..

6 Ogo 2010

RENTETAN PREGNANT KU




salam semua. sejak aku bersalin anak ke-4 ni, lama dah tak menulis sesuatu kat cni. maklumlah sibuk ngan baby kecil.. di kesempatan ini aku nak citer ckit pengalaman ngandung n bersalin anak bongsu aku...
dari mana nak mula yer?!!

oklah.. sebenarnya ngandung kali ni tiada dalam agenda aku n suami. pendek kata tanpa di rancang. semuanya kes terbabaslah ni hehehehe... maklumlah anak ke3 aku kecil gak lg. tapi bila dah confirm doc kata aku ngandung, aku terima ajerlah, dah rezki Allah bagi kan. 
3 bulan pertama aku jalani hidup seperti biasa. alahan tetap ada, tapi tidaklah seteruk mana. kira aku boleh bertahanlah kan. masuk bulan ke7, time nilah yg menguji ketahanan fizikal n mental aku. Selepas minum air gula didapati aku ada kencing manis. Susulan dari itu setiap minggu aku kena pegi klinik buat BSP. Doc kata bacaannya (lingkunan 6-8) masih ok, cuma aku kena control diet jerlah. Tapi sekiranya melebihi 9 dan ke atas aku kena buat insulin sendiri. itu yang aku tak nak tu..
Masuk jer 36 minggu setiap hari aku berdoa biar cepatlah aku bersalin. tak sanggup dah nak pegi klinik, bawa perut yang besar n macam2 lglah yg sewaktu dgnnya.
satu pg hari selasa 29 Jun 2010, seperti biasa aku bangun tido nak pergi keje. Masa mandi aku lihat ada tanda dah kuar. Aku cakap ngan laki aku dah sampai masa rasanya..Laki aku plak beselah.. pagi2 memang 2,3 kali kena p toilet dulu. Boleh dia suruh siap2 dulu n pegi panaskan enjin keta dulu. dia nak p toilet dulu...akupun dah memang dah masak ngan situasi camtu, turunlah dari rumah n panaskan enjin. dalam 5 minit kemudian laki akupun turun....selang 5 minit, dia nak pg toilet lg. dia suruh aku tunggu lagi. aku iyakan ajelah... tapi dalam hati berbisik gaklah. mampu ke aku bertahan? kalau dah nak teran, dia takde nak tunggu2nya.

Dalam kul 7.45 pg, akhirnya sampai gak aku kat hospital Putrajaya. Alamak...1 kes lg. dapat doc lelaki lah plak. segannya aku hanya tuhan yg tahu. Selama ini hanya laki aku sorang yg nengok ehem2 aku. hari ni dah ada org ke2 plak. doc cek jalan dah terbuka 4cm. aku terus di hantar ke labour room. doc pecahkan air ketuban. segan memang tak bolek cakap....aku redha jelah.. sebenarnya doc tu dah tak heran dgn apa yg dilihat, cuma kita ni jer yg segan. doc jangkakan aku akan bersalin dlm kul 12 tgh camtu. lama lg tu... sakit semakin kerap n tak boleh tahan dah ni. doc cek jalan lg, rupa2nya...jln dah 8cm. dah boleh kalau nak teran. doc pesan kalau ada rasa nak teran, teran jer...laki aku d panggil masuk untuk teman, bagi semangat n menginsafi diri d sisi aku...
tepat jam 10.36 pg aku selamat melahirkan baby boy. masa proses nak kuar tu pun ada masalah sebenarnya. baby aku sangkut kat bahu. baby besar. kalau ikut scan terakhir 3.6 kg. aku selalu berharap scan doc tu salah. rasanya cam tak sanggup. dulu ank ke2 aku beratnya 3.45 kg. tp tu operate.tp ngan semangat yang laki aku, nurse yg kat citu n doc berikan, aku mampu kuarkan jugak baby aku ngan jayanya. Masyaallah.. tuhan maha kaya. stlh d timbang baby aku 3.96 kg. patutlah masa aku dok bawak perut, penat sangat, besar sgt perut..
dalam kul 2 ptg baru aku di hantar ke ward. Alhamdulullah aku bersyukur pada Allah swt kerana mempermudahkan segala perjalanan sepanjang aku ngandung hinggalah aku selamat melahirkan. Bersyukur sangat kerana masa aku sakit takdelah ambil masa lama sangat. kiranya dari kul 6.30 pg - 10.36 pg jer...semoga anak yg aku lahirkan ini akan menjadi anak yg soleh...

14 Jun 2010

SEMPAT LAGI BALIK KAMPUNG





Aargghh... dah lama rasanya aku tak menulis sesuatu kat blog aku ni. Maklumlah sibuk dok siapkan keje kat opis.Sekarang ni aku dok tunggu hari jer nak bersalin anak ke4. Taknaklah tinggalkan keje yang terbengkalai kat kawan-kawan. Dalam sibuk2 keje pun sempat lagi ambil cuti 3 hari balik kg. Bukan apa, saje seronok2. balik kg sekarang bolehlag lagi nak enjoy2, jalan2 sebab baby kecik dok kat dalam perut lg. Balik raye nanti, rasakanlah.. baby masa tu mungkin dalam 3 bulan kot.. perlukan perhatian yang lebih dan x bleh nak bawa jalan2 sangat. Sambil2 tu layanlah ayuni (si bongsu selagi aku tak 
bersalin) esok 

lusa dah dapat adik, dah jadi kak de. Seronok di zaman bebudak kan. Tak perlu nak pikir banyak benda. Apa yang ada dalam otak mereka main jerlah.. sepetang kat taman ni, seronok ayuni berlari kesana kesini tanpa hiraukan masalah. Kita plak yang rasa bimbangnya. kalau terjatuh apa jadi.







Tapi dalam kerisauan aku sebagai ibu, masih ada bodyguard yang sentiasa mengawasi pergerakan anaknya... nak harapkan aku, dah tak larat. Nak bawa perut pun dah sekian... inikan plak nak kejar si ayuni.. Aku yakin abahnya mampu mengatasi segala masalah....











20 Mei 2010

EXAM KPSL 19 - 20 MEI 2010

19 Mei 2010. (paper Arahan Keselamatan, PKPA dan Perintah Am)
Alhamdulillah.... tengok pada soalannya kira senanglah jugak untuk menjawab. Walaupun tak study kira masih boleh gagahkan jugaklah untuk cari jawapan. Tapi lulus tak lulus tak taulah plak. Takut cara jawabnya salah..ha.haha

20 Mei 2010 (paper Undang-Undang)
Emmmm... entahlah.aku yang salah ker atau yang tukang buat soalan tu salah. Confuse aku dibuatnya. Kenapalah dibuatnya soalan tu panjang-panjang, berbelit-belit dan susah-susah. Penat otak aku nak memahami kehendak soalan tu. Apatah lagi nak pikir jawapannya. Masa untuk manjawab 4 soalan selama 2 jam. Tapi aku 1 jam setengah dah kuar dewan. Aku hanya jawab 1 soalan jer..puas aku selak 1 buku, tak jumpa pun jawapan. Arghh... gaya-gayanya dah tau keputusannya.. tahun depan ambil lg. Tension tullah..

30 Apr 2010

HEPI BEZDAY SAYANG


Selamat ulang tahun sayang.. ha..ha.. berjaya jugak suprise yang aku buat. Dengan kerjsama mak mentua dan adik ipar aku, oklah majlis kecik2 yang berlangsung pada 17.04.2010 baru2 ni. yang ke berapa yer? yang ke 34 tahun... bertambah usia setahun lagi. Doa aku semoga lebih dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan sentiasa berbahagia diamping anak2 dan isteri tercinta.


Inilah kek yang ke 34 untuk hubbyku. pegi beli pun sorok2. yang bestnya aku siap bungkus ngan surat khabar pastu letak dalam peti ais. Bukan apa taknak anak2 aku nampak. budak2 ni bukan boleh caya. Nanti pecah rahsia. Lagi satu takut gak hubby aku nampak. Kantoilah. tak jadi plak nak buat suprise..he..he..



Taraaa... ini jelah antara juadah yang sempat aku masak untuk hubby ngan mak mentuaku. Dengan keadaan perutku yang membulat 7 bulan, tak larat nak masak lebih2. Rasanya inilah menu yang paling simple. Nasi ayam ngan agar2. Alhamdulillah... licin semuanya.


Mai sini ayang suapkan kek.. nyum..nyum. lebih sedap rasanya kan bila isteri yang suapkan.








Inilah hadiah yang termampu aku bagi untuk hubbyku. semuanya last minute punya kerja... dan kad tupun hasil kreatif aku sendiri. Ini korang tengok bahagian luarnya ajer... dalam tak boleh tunjuk... ayat2 power punya. Puas hati aku dapat ilhamkan kekreatifan aku pd sekeping kertas.


Hubby aku disamping anak2 yang memang seronok sangat. mereka pun tak tau yang malam tu ada kek. tu yang pakai baju pun ala kadar jer. hubby aku lagilah... baru lepas solat isyak aku tarik terus. Nak suruh tukar baju, nanti mesti dia nyak... Alhamdulillah.. berjaya lagi untuk tahun ini. tahun depan, tak taulah.. tima kasih pada mak mentua dan adik ipar yang turut hadir ke rumah aku malam tu

2 BULAN JE LAGI, SABAR,SABAR DAN SABAR


aduh... rasanya dah tak larat sangat dah ni nak tunggu due date aku (4.7.2010). Dengan sakit belakangnya, sakit pinggangnya. Kena plak kencing manis datang masa ni. Doc. suruh kurangkan makanan yang berkarbohidrat. Matilah aku. Mangsanya anak2 akulah... makan pun dah tak teratur. Manakan tidak... sekarang aku dah tak masak seperti dulu. kalau masakpun semuanya yang simple2 jer.. Nak layan si kecik tu pun ala kadar jer. Apatah lagi laki aku. (yang laki aku lantaklah..). Dia kenalah terima hakikat. sapa suruh buncitkan perut aku.. he..he..he..

nasib baiklah ada mak aku yang duduk sekali ngan aku. Sekurang-kurangnya ringanlah sikit kerja2 rumah.tima kasih mak..

PERGINYER AYAHANDA BUAT SELAMA-LAMANYER..


17.05.1936 - 18.04.2010

Ahad bersamaaan 18.04.2010 jam 8.30 pg, ayahku telah kembali ke rahmatullah..Perginya ayahanda pada usia 74 tahun. Segala perasaan menyelubungi hati ini. Sapa tak sedihkan... tanyalah semua anak2 mesti merasakan perasaan yang sama. Tapi aku redha, sebab dah itu ketentuannya. Semua yang datang pasti akan kembali ke sisinya... Perginya ayah akan sentiasa aku iringi dengan doa semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan yang disayangi oleh Allah.
Banyak kenangan bersama.. teringat dizaman persekolahan. Ayahlah yang meneman aku di busstop pagi2 buta untuk ke sekolah...Dikesempatan ini aku mengambil kesempatan kepada sesiapa yang mengenali arwah ayah (Abdul Rashid bin Abdul Hamid), aku mohon maaf bagi pihak arwah sekiranya sepanjang usianya ada kesilapan dan kekasaran yang tanpa sedar telah menyakiti hati mana-mana pihak atau individu. Jua mohon dihalalkan makan minum arwah.

12 Apr 2010

TOKEY SATE



eh..eh.. cam pernah nengok pakwe ni. cam aku kenal jer. alamak laki aku rupanya.. hampir tak kenal aku dibuatnya..masa bila plak dia tukar profesion.. oooh. baru aku ingat.. ni masa hari jadi anak buah dia.tak silap aku 28.2.2010 baru ni. adalah buat majlis sikit2. habis 8 ekor ayam dijadikan korban (buat satey).sedap sateynya... mungkin sebab laki aku yang bakar kot.. (ada kaitan ker sedapnya satey ngan tukang kipas?. he..he.he.)



Ni bersama assistantnya.. nilah adik ipar laki aku, bapa kepada birthday boy. Kesian sampai kehausan dibuatnya angkara nak bakar satey. tapi takpe.yang penting semangat membara tu ada.kalau penat sangat, berhenti. kita minum dulu...















Daripada 8 ekor ayam,nilah jadinya setelah dikerjakan oleh adik ipar laki aku. Dari semalam tak tido bersekang mata dok menyucuk satey. cucuk biar betul.. tercucuk tangan sapa nak tanggung. sendiri mau ingat tu. tangan toksah cakaplah... habis semua kuning..tapi satey tu memang sedap. cicah plak kuah kacang yang aku tolong buatkan. lagi terangkat... sorrylah terpuji diri sendiri plak. tapi memang sedap pun...

7 Apr 2010

PERTANDINGAN MEWARNA

Semangatnya anak-anak aku 
ni masa pertandingan mewarna kat Alamanda Putrajaya pada Ahad 4.4.2010 baru ni. Anjuran TM.Si Puteri tu nak sangat mewarna... layan jelah kehendaknya. Kalau aku buat-buat lupa, sebulan belum tentu habis dia ungkit. 







wah... ni lagi semangat...tapi semangatnya mula-mula jer..macamana nak mengaler, kalau pengang kaler pun tak berapa betul.tapi yang penting kesungguhannya itu yang aku banggakan. orang lain ambil masa 1/2 jam nak siapkan. anak aku ni... rasanya tak sampai 10 minit dah siap.he..he.. 




ni si kakak amirul... yang ni, semangatnya lebihlah sikit dari adiknya... dia buat cam dok kat rumah jer... suka hati nak duduk camner. tapi kalau itu yang dia selesa, biar jerlah... bagi dia yang penting dia dapat masuk, dapat beg dan dapat kaler (semua tu free). 1/2 jam aku tunggu anak-anak aku dok mengaler, lepas tu kami p serang KFC. kopak gaklah duit aku. tapi sekali sekala oklah kan.lagipun sapa lagi nak memenuhi permintaan anak-anak, kalau bukan ibu dan abahnya.. 

10 Mac 2010

SAKITNYER PINGANG AKU


inilah masalah yang aku hadapi dan tak sanggup aku hadapi saat membawa budak ni... dari anak pertama hinggalah masuk anak ke-4 ni. Tapi aku rasa bukan aku sorang, semua orang yang pregnant akan merasainya... 'SAKIT PINGGANG'. Hanya tuhan yang tau sakitnya... semua kerja yang dibuat tak senang jadinya...

nak duduk pun tak boleh lama dalam satu2 posisi. kejap2 kena ubah... ikukan hati aku nak baring n tido jer.. rasanya itu yang paling best dilakukan saat2 camni.aarrgghh...kalau mc lg best ni..

4 Mac 2010

MASIH DEMAM



siannya ayuni ku...


walaupun panas badannya dah reda, tapi rengetannya memilukan aku.

pagi tadi pun, tak sampai hati nak tinggalkan yuni. dia minum susu pun atas riba aku pagi tadi. bila di letak, menangis... merenget. last2 aku tak hantar yuni kat rumah pengasuh.. duduk rumah ngan mak aku jelah... akupun hari ni nyaris2 nak cuti jaga yuni.... sian anakku

3 Mac 2010

AYUNI DEMAM


siannya anak ibu... demam yer...semalam dah rasa badan yuni panas sangat. pastu kul 3 pagi semakin panas. sebagai seorang ibu, aku bangun buatkan susu, basahkan kain lapkan badan ngan kepalanya. sian dia. tidur pun tak selena malam sebelumnya... tak selesa ngan hidungnya kot.bangun pagi tadi pun aku tengok yuni tak seceria pagi-pagi sebelumnya. lentok jer...petang ni nak bw p klinik. kebetulan plak... yuni ada temujanji. akupun checkup petang ni. kira sekali harunglah semua urusan... semoga ayuni cepat sembuh. mengedik cam biasa balik..

26 Feb 2010

SALAM MAULIDULRASUL


hari ni cuti maulidulrasul.tak pegi mana pun. laki aku plak keje.time nilah nak buat duit katanya.. aku pun iyekan ajerlah.. maklumlah aku dah sain 10% untuk masuk poket aku.he..he... (jahatnyer aku..)

pg tadi pergi pasar cari barang. Adik ipar mintak tolong masakkan kuah kacang untuk birthday party anak dia lusa.. diam-diam dah 2 tahun si haikal tu..kira kalau nak adik pun dah boleh tu...

22 Feb 2010

RUMAH PERTAMA KAMI


taraaa..... 
inilah rumah keluarga kami... bilalah nak duduk sini. sekarang ni ada orang sewa. nak duduk rasanya cam tak sempat jer nak cover hutang piutang...takpelah... ada rezeki duduklah kami kat situ.

20 Feb 2010

JALAN-JALAN RONDA BANDAR MELAKA



















Hari ni...aku pegi melaka.bawa anak-anak jalan-jalan. Sepanjang perjalanan oklah... tak jam.. tapi still boring gak. akhirnya penumpang-penumpang asyik berposing. yang asyik dengan jalanraya, mestilah drivernya




inilah akibatnya... kerana kepenatan... kedua-dua anakandaku terlena.tak sedar mereka telah disnap. sorrylahlah anak-anak ku..

19 Feb 2010

DUE DATE KU

hari ni... aku pg scan baby nak tengok bila due date. pergi kul 7.30 pg lagi, alih2 doktor plak meting sampai kul 9.30 pg. kenapalah doc2 tu nak meting hari ni. kenapa tak semalam ke isnin depan ker. naik ngantuk aku nunggu.... terlelap gak lah sekejap sementara menunggu tu. nasib baik bila dah habis meting aku punya turn yang pertama.. niat hati nak gak tanya baby aku boy or girl. tapi nengok muka doktor tu serius jer.. tak terbuka mulut nak berkata2. cepatlah lah gak siap... and.. dah dapat due date aku... taraaa 4 Julai 2010 untuk anak ke-4 aku.

17 Feb 2010

MALASNYER

memulakan keje selepas cuti tahun baru cina....tetiba jadi pemalas.... dah lama sangat cuti.... punyalah liat nak bangun pagi... kuatkan semangat jelah...