29 Apr 2014

KALAU DAH PENAKUT

Kadang2 bila di fikirkan balik kelakar pun ada aku ni. Kisah ini malam. Lepas solat magrib tadi aku pegilah hantar anak sulong ke sekolah. Ada kelas tambahan. Maklumlah tahun ni nak peksa UPSR. Kelas malam ni khas untuk bebudak  team bola baling yg wakil sekolah jer. Aku rasa cikgu wat camtu sebab nak cover balik mana2 subjek yang tertinggal kot, maklum sajelah banyak sangat games. Pernah aku cakap kat anak aku,  tahun ni tak payahlah aktif sangat sukan. Tumpukanlah pada pelajaran. Kan nak peksa. Boleh dia jawab kat aku. Ibu tu dulu2 boleh plak aktif sukan. Ooooo.... rupa2nyer dia tengok sijil benti sekolah aku yang memang macam2lah cikgu aku tulis dulu. 

Tak di nafikanlah dulu2 memang aku aktif sukan ni. Paling banyak acara larian dan lompat jauh lah. Apatah lagi semasa sekolah rendah. So, di pendekkan citer dia nak lawan aku lah. Suka hatilah puteri... IKUTLAH hehehehe. Berbalik pada citer asal aku tadi, kelas tambahan bermula dari kul 8-10 mlm. Masa ngantar aku angkut sorang jer bodyguard. Masa nak ambil kul 10 tadi aku siap offer lagi kat anak2 yg lain sapa mau ikut ibu pergi jalan2. Dalam maksud aku tu. Bila buat tawaran murah camtu sumelah nak ikut. Aku ok jee... Bawa jer. Selagi muat keta kan. Yang sebenarnyer aku nak wat teman aku. Entah kenapa tetiba ada perasaan takut plak nak drive malam2. Mulalah aku membayangkan yang bukan2. Ni sume pasal banyak sangat pengaruh tv lah ni. Hantu camni... Hantu camtulah... Ada yang tergolek lah. Ada yang terbanglah. Lagi satu dulu2 area rumah aku tu ada yang pernah terlihat  sesuatu yang menyeramkan. Sudahnyer aku sendiri yang takut. Bila orang dok citer camtu aku selalu cakap janganlah kacau aku, aku tak kacau engkau. Dan aku kalau boleh janganlah dia tonjolkan rupa dia kat aku. Aku tak sanggup nak hadapi rasanyer. Aku tak kuat dalam bab tu. Lagipun dari kawasan perumahan aku tu nak kuar ke main road, gelap siot. Lampu jalan jauh2 jaraknyer. Harapkan lampu keta jer. Mahu tak seriau aku di watnyer. Kalau ramai2 ni riuhlah sikit....apapun alhamdulillah, aku dah selamat pergi dan balik.

BILA MALAS DATANG

Taraaa.... menu malam ni. Ikan masin goreng dab telur dadar. Percaya tak? Percaya atau tak inilah hakikatnyer. Nak kata hari malas aku pun yer...bukan sebab apa malas ni, sbb mak mertua dah hantarkan pajeri nenas. Jd, tinggal aku topup lauk jerlah... 
Nak kata hari saje aku wat perangai pun iyer jugak. Nak elakkan supaya aku tak melantak malam, aku masak yg simple2 jerlah.jadi xdelah nafsu makan aku membuak2 sangat. Tapi yang kesiannyer mulut orang lainlah... makan jerlah apa yang terhidang yer... 

CERMIN PECAH

Adoohaiii... dugaan apakah kali ini? Atau adakah ini ada petanda yg kurang baik dalam sesuatu perkara. 
Mujur kaca cermin ni tak berderai. Kalau tak, confirm akan mencederakan pemandu. Kejadian berlaku masa nak pergi kerja, baru melepasi tol tetiba cermin hadapan meletup. 
Rezki tokey bengkel lab hari ni..huhuhuhu

27 Apr 2014

TERLUKAKAH AKU

Adakah semalam mampu menjadi realiti untuk hari esok, lusa dan selamanyer...?

DIET LAH KONON

On diet ke? Hehehehe..
Tidaklah jugak, cuma nak elakkan makan nasi waktu malam jer. Jadi supaya aku tak terasa sangat, gantikanlah ngan biskut ni.

POPIA NESTUM RANGGUP

Akhirnyer siap jugak popia nestum yg 'bakal sepupu' aku order seperti yang di jadualkan. Sekarang ni aku ambil hujung minggu jer. X boleh dah nak ambil order sesuka hati bila2 masa. Tak terkejar dah aku di watnyer.
Ni pun budak opis x tau aku ambil order minggu ni. Xpelah... esok aku bukak order untuk ambil isnin depan k. Yg pasti popia nestum yang pesen camni memang ranggup.

LANDING TIME

Adoiii yaaa.. daniah, danish. Ni lah padahnyer bila ibu soh tido siang tadi x nak. Sayang sangat nak tinggalkan main dia. see, elok2 dok hisap susu atas ibu sambil berdiri asalnyer ni,  terus lelap gini. Mula2 aku x pasan gak. Tetiba rasa cam semakin berat. Rupanyer dah lelap anak ibu ni. 

AKUKAH YANG BERSALAH

JOM MAKAN-MAKAN

selera pantai timur untuk mak aku. En.somi xde kat rumah, maka itu aku masaklah ikut selera aku. Anak2 memang sume sama selera ngan ibunyer. So lagi mudahlah urusan aku. Tambah plak ada petai. Silap2 bertambah aku makan tengahari ni. Singgang ikan paling mudah nak masak. Janji ada sume bahan, letak atas dapur. Tinggal jer tak perlu nak kacau2 kuah dia.
Sayur paling murah ni. Taugee aku masak sikit jer sbb yang makan sayur tak ramai. Anak2 kurang sikit ngan sayur ni. Aku pun tak kuat mana makan sayur. Wat syarat pelengkap menu tengahari jer.
Sambal sardin ni febret anak bujang aku. Kalau tak ada ayam goreng, sardin pun sudah cukup wat mirul bertambah makan nasi. Dah tu camne badan dia tak semangat. 

26 Apr 2014

NUGGET

Memenuhi permintaan anak2 petang sabtu. Layan nugget abg RAMLI jap. 

GRAND AUTO FESTIVAL

Camni lah pandangan GAF. Kononnyer terujalah jgk nak pegi jengok2 apa yg ada kat booth2 kat situ. Maka itu, tgh tadi aku ngan member pegilah...hasilnyer tiada apa yg menarik dan memikat hati aku. Orang lain x taulah. Sudahnyer bw balik coconut shake jer... itu pun sbb penat berjalan. Belilah wat hilang kering tekak kan. Wat peluh ketiak adalah lagi.hehehehe

24 Apr 2014

AIR NAIK

Ni lah padahnyer kalau hujan lebat sikit. Mesti air sungai depan rumah aku naik. Habis semua sampah sarap di hanyutkan bersama. Seriau plak aku tengok. Kena plak kalau ada bebudak yg bermain kat sini. 
Ayuni... danish...
Jangan ke depan lagi sayang. Bahaya nak oii... air dah mencecah tanaman. Malam ni kalau air naik, memang tido2 ayamlah aku...ingat lg masa hujung tahun lepas, air naik camnilah jugak. Eh..  tinggi lg. Sampai kat tempat danish berdiri tu. Tinggak kalau melebihi tebing tu, mmg habislah rumah aku. Apa yg di selamatkan dulu hantar kereta ke tempat tinggi dulu.

APALAH SALAH BABY NI

KOPI SENYUM

Wah.... camne aku boleh terlibat sama beli kopi ni. Bila minum kopi ni, pasni pasti senyum lebih n lebar. Sebenarnyer tertarik ngan ckp kekawan yg turun berat badan bila minum KOPI SENYUM ni. Apa lg, aku ngan member meredah hujanlah. sanggup berjalan kaki dan berkongsi payung ke jualan depan opis aku. Huhuhu... aku ckp kat member, kalau x susut gak badan kita, x taulah. Pose bagai nak rak dah. Ubat segala jenis mak nenek dah telan. Tetap sama jer... agaknyer mmg lemak yang kat badan kami ni, lemak tepu kot. Mungkin lemak degil sama ngan tuan badan kot...

PERIBAHASA MODEN

Jom gelikan hati baca peribahasa moden ni 😀😅
🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.

BAPAK BOREK, ANAK RINTIK, EMAKNYA PASTI PETAK-PETAK.

BERAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI SEGUNI BERAS.

BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI.

CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI SHUTTLECOCK.

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.

DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.

DI MANA ADA GULA DI SITULAH ADA GULA-GULA.

DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITULAH ADA KESAN KENA PIJAK.

DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.

GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.

HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.

SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.

HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.

HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.

JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.

JIKA KAIL PANJANG SEJENGKAL,BELI LE KAIL YANG PANJANG SIKIT KALAU NAK NGAIL DI LAUT (BELI KAPAL TUNDA LAGI BAIK).

KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH

KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.

KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.

KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.

LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.

MAKAN HATI BERULAM JANTUNG DENGAN JERUK BUAH PINGGANG DAN USUS MASAK KICAP.

MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.

MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.

ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.

PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.

SAMBIL MENYELAM TENGOK KAPAL SELAM.

SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.

SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN

TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA. 
😅

23 Apr 2014

PENEMAN AKU

Kesian kat jam ni sejak adanyer kawan dia yg baru. Selalu dok dlam laci jer..yg selalu di bawa berjalan si kawannyer sahaja. 

22 Apr 2014

SOALAN PALING SUSAH

CINTA OH CINTA

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -HamkaCinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang DeirHati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmuMinat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialamiSiapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ HamkaKata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.Kamu tidak pernah tahu bila k

SAMBAL AYAM & SUP CENDAWAN

Ni jer yang sempat untuk menu dinner malam ni. Sambal ayam febret anak bujang aku. Hari2 wajib ada ayam. 
Sup cendawan yang paling simple tp meveles. Siap tanggungjawab aku sebagai ibu untuk anak2 ku

20 Apr 2014

SELUAR BATIK

Sekali tengok, rasa-rasanyer apa kebenda ni? Inilah seluar batik.camnilah keadaan sebelum di sarungkan. Cam kelakar kan
Inilah seluar batik yg telah di sarungkan. Dah jadii ali baba plak aku rasa. X pakai, kecik hati plak yang memberi. Layan jerlah.

SEMINGGU X JUMPA DAPUR

Seminggu lebih aku tak masuk dapur rumah dan tak memasak. Apa yang aku wat makan tido jer.. tu pasal badan dah bambam. Hish3...semalam sekembalinyer aku ke rumah bermula kembali rutin harian aku sebagai ibu dan isteri. Hari ni siap kemas rumah, siapkan menu untuk lunch. Yang simple2 jer ikan sardin. Walau simple tetap maveles...
Sebagai tambahan aku masak jugak khailan ikan masin. Mak aku yang seronok sangat bila masak ikan masin ni.
Ni salah satu febret menu anak bujang aku, kari ayam. Dulu kalau aku masak kari taruk santan, sekarang ni aku tak letak pun  santan. Ternyata x letak santan lagi best. Tekak akulah. Laki aku pun cakap camtu. Dah jadi kari ala-ala mamak gitu.

DAH PANDAI MASAK

Tuu diaaaaa.... bila anak sulong dah pandai masuk dapur tunjuk skill memasak dia. Baguih...banguih.... eloklah camtu pandai berdikari. Nanti senanglah kalau ibu nak OS lagi. Boleh masak kan untuk abah... MEGGI pun  meggi lah.... 

SEPETANG DI JETI PLAK

Lihatlah u olss betapa indahnyer ciptaan tuhan akan permandangan di sekitar jeti ni. Inilah jiwa aku.
2 orang ni memang x leh rapat. Kalau rapat inilah jadinyer. Bercakar jer. Apapun uolss tetap sporting n giler2 otaknyer. I like that. Hilang stress aku jap tengok gelagat korang. 
Peeewwwiitttt...
Yahhhh... sikit lagi fendi. Tambah sikit lagi tenaga kompen ke lautlah si airin tu. U can do it fendi...
Sebenarnyer aku agak takut nak pegi jengok cam gambor kat atas ni. Tapi hati dan naluri tu nak wat jgk. Beselah bila sifat kedegilan tu ada dalam diri aku, sedikit sebanyak aku lawan jgk rasa takut tu. Aku bayangkan kalau aku jatuh dalam air tu sapa nak tolong aku. Dahlah air tu dalam. Kat bawah tu plak ada landak laut. Dari atas aku tengok cam tajam jer duri dia.
Yeahhhh..
inilah saat2 yg aku nantikan. Bila lagi nak belasah bos kan. Hehehehe.. jahatnyer rosnani. Maafkan aku
Aksi tak senonoh dari seorang bos. Dahlah nyibuk. Aku nak berselfie pun sibuk dia nak interframe. Hampurehhh...
Debus.. 
ambik ko.minta maaplah yer en.fendi, sbb tanpa ko sedari aku beraksi camni. Sapa sungguh asyik sangat ngan landak laut tu. Kami yg kat belakang ni ambil kesempatan jer. Peluang hanya akan datang sekali jer kan.
Airin nak berselfie, fendi seperti bese akan menyibukkan diri.nyampah tullah..

Rose.. klik.
oooo ini tak aci. Ambik gambor curi2.wa tak ready weh.!!
Airin, aku tahu ko frust giler. Tp janganlah sampai wat keputusan nak terjun laut. Aku x nak jadi saksi utama airin.

GADIS JOLOBU

den dongar duo tigo kali pun den suko lagu ni hah...

MASIH MENCINTAINYA

yess.... of couse 
 i'm still love u n i'm still miss u forever n ever. trust me k

SANDIWARA CINTA


one of the my febret song... jom layan

SEPETANG DI PANTAI TANJUNG RHU

Taraaaa....sepetang xtvt mengedik kat Pantai Tanjung Rhu. Teruja sampai aku ke sini akhirnyer.. tempat yang cantik, permandangan yang indah, sejuk mata memandang dan luas pandanganku.

Antara yang datang bersama aku. ni bos-bos aku. mujur depa ni jenis yang kepala giler2 dan sporting. time keje, dia adalah bos aku. habis waktu keje dia adalah kawan aku. 


it's me ok. 
seminggu jadi orang pulau dah bambam.. balik rumah mesti laki aku tak kenal. silap2 minta kata kunci.kikiki
ini baru betul di namakan makan angin. 
FARISHA...why Farisha?
apa yang ada pada Farisha? it's one of the selected name for my new baby. kalau adalah.. i like that name.


oooooh... we are so sweet my dear...kikiki. (perasan jer lobih)
kalau bawa baju lebih boleh mandi manda... 
tp memasing datang lenggang kangkung, so kita basahkan kaki sajalah. it's ok. one day i promise i will comeback here with someone i love.