31 Okt 2014

PAHANG vs JDT

akhirnyer PAHANG sekali lagi dapat beraksi di final. kalau tahun 2013 tok gajah menentang KELANTAN, tahun 2014 akan bertemu ngan JDT plak. semoga team pahang dapat bermain dengan baik. pastikan sekali lagi PIALA bersama team pahang.

Buat sume penyokong dan peminat yang ke stadium Bukit Jalil yang mana memandu kereta, yang menunggang motosikal mahupun yang sewa bas berhati²lah tika meawwmandu. 

Juga buat peminat kedua² team, tak kira sapa menang atau kalah, terimalah hakikat. adat bertanding. janganlah sampai ada yang bergaduh, baling batu, bertumbuh atau sebagainyer. 

kata² semangat dari aku
# HOGOH PAHANG HOGOH #

DI SINI BERMULA LANGKAHKU

Susahnyer nak soh danish ambil gambo. Seksa mujuk nak soh dia senyum.. mujur berjaya jugak aku bodek danish sog dok diam2. Danish ni lain sikit. Kalau tak kena angin dia, memang dia tak akan wat apa yang disuruh.

Klik2. Arrghh... lega bila potograper tu dapat snap gambo danish. Gambo ni untuk daftar sekolah tadika danish. Tahun 2015 dah sekolah dia. Kalau sekarang ni bila tengok kakak n abang bz wat homework, dia akan sibuk nak buat. Kalau tanya, danish nak sekolah ke? Dia jawab nak tapi danish malu. Wahhh... pemalu rupanyer anak ibu ni. Cam ibu plak malunyer..

Hari ni aku dah daftar danish kat tadika. Harap tahun depan danish rajin ke sekolah. Jangan ikut jejak abang danish tau. Dulu kalau si mirul, puas aku bersilat dulu sebelum dia masuk kelas.... harap danish tak camtu yer..

Sekali tengok yuran daftar boleh tahan gak mahalnyer...adoiii zaman sekarang punya penangan. Ingat aku ni orang kaye gamoknyer.apapun demi danish ibu lakukan jua...

29 Okt 2014

TEAM BUILDING 2014

Ini adalah kali ketiga team kami berkursus kat BUKIT GAMBANG RESORT, Kuantan Pahang. semacam xde tempat lain dah nak wat kursus. Tapi xpe kalau sebelum ni tahun 2012 team aku diletakkan kat CARIBEAN Apartment tapi untuk tahun 2014 team aku diletakkan kat tempat baru ARABIAN Apartment. Tempat baru tu.ala2 ARAB gitu. Gambo atas tulah apartment yang aku lepak 3 hari 2 malam.
Aktiviti dalam hutan adalah antara aktiviti yang di tunggu2 oleh team kami. Agak mencabar jugaklah. Tapi tak sempat nak snap banyak gambar. Tak sempat ooooo... maklum ajerlah setiap cabaran di kira masa. So HP memasing yang canggih2 tu tersimpan ajeelah dalam poket.. ni pun sempat snap sebab dah habis tiap cabaran dan tengah melepaskan penat. Xtvt dalam air aku tak heran sangat. Sebab aku tak join.
BBQ time...
Setelah sume xtvt dah settle. Bagus team aku ni. Menetapi tema dinner gabungan MERAH HITAM. Bukan setakat baju, alas meja dan air pun turut menetapi tema. Klakor plok bila aku pikirkan kembali.
Seperti bese, xtvt mengedikz tak boleh dipisahkan. Layankan ajerlah
KAROK time.
Ni lagi satu kisah... asalnyer aku disuruh karok wakilkan grup aku. (Setiap grup wajib sumbangkan satu lagu). Rela dalam paksa aku turutkan. Bila dah habis satu lagu, tetiba perasaan malu tu dah hilang. Semangat plak dapat mic.. apa lagi . Layan sampai 4 buah lagu plak. Nasiblah yang mendengar. Sedap korang dengar. Kalau tak sedap dan agak2 mencairkan tahi telinga korang, sumbat ajer telinga tu atau abaikan ajer suara2 sumbang tu.yang penting lepas jugak meroyan aku malam tu.
Yeahhh...
sume dah habis. Debaran menunggu grup mana plak yang menjuarai untuk tahun ni. Adakah grup aku? Rasanyer dah wat yang terbaik. 
Sementara itu, seperti beselah...mula2 bertiga yang mengedikzzzz..
kemudian..
Aik... tetiba sudah tambah sorang lagi.. dan tetiba...
Wah meriahnyer....
inilah wajah2 kesayangan hamba
Senyum @ sengih. Pepandai koranglah nak wat yang mana satu

Alhamdulillah...
berakhir sudah TEAM BUILDING 2014. Kenangan tika bersama kekawan adalah satu kenangan yang amat manis. Suka duka hilai tawa bersama pasti akan terpahat dalam hati aku sampai hujung nyawa. Kalianlah sahabat yang terbaik bagi aku.ada di kala suka duka aku.moga ikatan yang terjalin akan kekal sepanjang usia kita. Walau perpisahan  yang melanda, kalian tetap berada dalam hati.

28 Okt 2014

SSSSSHHHH....


Ada ketikanyer berdiam itu lebih baik dari berkata-kata..
daripada menyakitkan hati orang lain kan..
no whatsApp²
no calling²
no sms²
no FB²
no wechat²
and noooooo 4 everything

25 Okt 2014

AKU ANAK PAHANG

Ye aaahhhh..... tetiba lepas PAHANG menang bola ngan KEDAH semalam dan2 aku post gambor ni... tak kiralah... yg penting ic aku 06 k.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436/2014

hari ini 25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharam 1436 Hijrah. Tahun baru Islam. semoga kedatangan tahun baru ini, lebih baik dari semalam dan kelmarin.insyaallah
seawal 4.30 pagi abg debar dah ada depan rumah aku untuk ke PICC sempena sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan. sempatlah aku kongsi ngan uollss pic² gediks sblm majlis berlangsung.
# wajah kesayangan aku #
with my geng
yes bos...

23 Okt 2014

PELAM ASAM BOI

semacam thunami melanda di media sosial sekarang ni. walau di Facebook mahupun di Instagram, rata² post jeruk asam boi ni. kalau kat wall aku, penuh ngan gambor jeruk mangga ni. siap ada yang wat bisness lagi. Alhamdulillah lah, itu rezki mereka yang berniaga. Sah² harga mangga naik mendadak kat pasor.
dek kerana teruja ngan post² member kat laman sosial yang kononnyer memang sedap hasilnyer, aku pun apa lagi terus pasang niat nak wat jugak. akhirnyer di hari depavali aku wat jugaklah. kebetulan depan rumah ada pokok mangga (mekasih wat x'boss yg belanja pokok mangga~hingga kini dah merasa hasilnyer), apa lagi petik ajerlah. wat sikit dulu. first time nak buat ni. 
buatnyer pun mmg mudah sangat. kupas mangga tu, basuh dan toskan. pastu masukkan gula, garam, xili padi dan asam boi. agak² ajerlah. kalau suka pedas, lebihkanlah cilinyer. kalau suka manis lebihkan gula.
bila dah siap gaul tu letak ajerlah dalam botol atau tak kisahlah nak letak dalam apapun, masuk.dalam peti. aku rasa selain mangga tak salah kalau nak cuba betik muda ke, kedondong ke atau apa sahaja yg sesuai untuk di buat jeruk. hasilnyer hari ni aku bawa pergi opis. licin uollss..harap² pujian yg member  berikan ikhlas dari hati mereka.