24 Ogo 2012

RONDA2 MELAKA

rombongan cik kiah ke Melaka, kenduri kawin x officer. sambil2 tu apa lg, ronda2 bandar Melaka lah


RINDUKAN SAAT INI


gambo ni aku ambil masa p Taman Botani Shah Alam. Srnk sangat tika bersama teman2 pejabat

teringat zaman bebudak, selalu main benda alah ni. tp kat atas kertas jerlah


hati2.. jatuh tak tau no...

terlalu indah permandangan kat cni. tenang, damai. lupa sekejap kesesakan di BANDAR. bila lg nak p cni

KEMPEN SENYUM


hehe... inilah gayaku bila menjawab telefon, ini candid tau.. tetiba aku dengar suaraku di panggil..

sempena kempen senyum ni.. sume semyum comei2 yer

U ARE MY HEROSS


wah!! boleh tahan gak danish bila sesekali bergaya. pandai plak dia menggagau dlm handbag ibu cari spek mata. bijak2.

SIMPLE JER



aku ni bukanlah pandai sangat lau bab2 masak ni. tp bila anak aku nak sangat makan kurma ayam, ku gagahkan jgk untuk membuatnyer.. inilah hasilnyer... bese2 jer


23 Ogo 2012

DARI KERANA MATA


MATA... 1 anugerah dari Allah untuk kita semua. kerana mata kita dapat melihat segalanyer. kerana mata kita boleh jatuh cinta dan kerana mata jua bisa melukakan hati kita. kesedihan jua dapat di lihat dari mata. dari renungan mata yg tajam bisa mencairkan hati yang melihat. dari mata jua turun ke hati.....betul kan?

SUNYINYER OPIS

sunyinyer opis hari ni. ramai g yg masih cuti. hari ni 5 Syawal adalah 10 org staff yang keje termasuk aku.

16 Ogo 2012

LIPIS PUN JEM KER?

hari ini Khamis 16.8.12, hari ke2 aku berada di kampung. sebelah pagi aku n asben pegi pasar kat Bandar Baru Lipis. mak aiiii.. masa nak balik jalan jem giler. dahlah itu jerlah satu2 jalan yg boleh aku balik. itu dah lumrah sebenarnyer bila musim perayaan.. tensionnyer hanya tuhan yang tau. ikutkan perancangan aku nak masuk bandar, tp bila tgk jln camtu, aku n asben ambil keputusan balik rumah dulu n kuar naik motor jerlah... lagi romantik kan. hehehe

CUTI AIDILFITRI

semalam aku sefemly dah sampai ke kampung halaman untuk cuti hari raya. Sebenarnyer aku memang exited sangat bila nak balik lipis. kami bergerak dari S.Alam dalam kul 10.30 pagi n sampai kat lipis kul 1.30 tgh. 3 jam perjalanan yang tidak membosankan, sbb aku tak menempuh jem. kalau ikut kan macam2 perancangan sepanjang berada di lipis.. wah seronok bangat gitu. aku akan bercuti sampai raya ke2. raye ke3 masuk keje balik...

5 Ogo 2012

DAH 15 RAMADHAN HARI NI

Eemmm sedar x sedar hr ni dah 15 Ramadhan. dah separuh bulan kita pose.kejap jer kan.. raye dah dekat. baju raye anak2 masih belum siap sepenuhnya.. bila nak p shopping yer.. raye kali ni kena berjimat sikit. alaa kadar jer.. kena standby duit utk balik kampung. aku start cuti pd 15.8.2012. raye ke3, Insyaallah aku masuk keje seperti bese plak.. tahun ni kena cuti sebelum raye. ikut jadual en. hubby. huhu. Kuala Lipis, kau tunggu kepulanganku. aku rindukan kg halamanku