20 Jun 2017

SARANG SEMUT

Salah satu kuih febret aku sejak dari zaman kanak2 lagi. Ingat lagi masa sekolah menengah aku selalu tolong jiran aku buat kuih sarang semut ni. Mungkin dari situlah yang membuatkan aku semakin menggemari kuih ni. Tak mustahil sehingga sekarang zaman anak 4 ni aku still suka makan kuih ni. Nak buat pun xdelah susah n rumit mana. yang penting kena ada tahap kerajinan tu.

Kuih kedua yang aku buat dalam misi memenuhkan balang raya rumah sendiri. Mujur anak2 rajin membantu. Jadi ringanlah sikit kerja2 aku. Bagi arahan jer...


Tapi yang bestnya time buka pose anak2 dok buka balang jer. Aku risau gak. sempat ke kuih ni sampai ke raya. kalau habis memang tak buat dahlah..

19 Jun 2017

CORNFLAKES MADU

Dalam usia kandungan 34 minggu, alhamdulillah aku masih bertenaga untuk misi memenuhkan balang2 raya tahun 2017. Ini adalah kuih raya balang pertama raya 2017. CORNFLAKES MADU. Buat yang mudah2 ajer dulu.

Sebetulnya kalau diikutkan aku tak berapa larat dah, tapi kerana minat kerana anak2 dan kerana semangat berkobar2 nak buat jugak, maka masuk dapurlah akhirnya. Buat tak banyak pun. Dapat sebalang jer... janji adalah hasil tangan sendiri untuk tetamu yang datang ke rumah nanti. 
kita zoom sikit. 
sebalang yang ni cukuplah. Banyak2 nanti takut tak habis plak kan. 

8 Jun 2017

ESKREM LAGI

Tetiba tekak ni terasa nak makan eskrem. hari tu dah buat. Baru sangat lagi. Tak sampai seminggu lagi rasanya. Kali ni masih perisa yang sama. Coklat n vanila. Cuma kaler jer yang berlainan. Maklumlah cara membuatnya sangat mudah dan sekejap jer. Sambil2 tu aku dah dapat jimat dalam beringgit-ringgit dari aku sedekah kan kedai tu. Kali ni aku buat, aku lebihkan sedikit ovalett. Hasilnya ternyata lebih gebu dari sebelum ni. 

ANAK YANG RAJIN

Alahai anak bongsu ibu ni. Sorry sayang. ibu terpaksa kerahkan danish lipat baju sendiri. ibu minta tolong kan sayang. ibu tak larat dah sekarang. Tak lama lagi danish dapat adik. Jadi danish kena lebih berdikari. Tapi ibu yakin danish anak yang bijak dan rajin. Setakat lipat baju apa ada hal kan!!
Aku terpaksa suruh anak2 lipat baju masing2 kerana aku memang tak larat nak ngadap sesorang. Pendekatannya camnilah. Pilih barang2 sendian berhad punya.

Aksi Ayuni lebih kurang ngan danish. Tak kisahlah camne koorang nak lipat baju. Janji berlipat. Mula2 memanglah cacar marba sikit. lama2 ibu yakin, mesti bertambah baik. Mekasih danish ngan ayuni kerana menjadi anak yang mendengar kata. Syukur ibu mempunyai anak2 seperti kalian.