24 Feb 2017

SENI SENDIRI


Setiap kali aku tengok gambar ni, geli hati aku dibuatnya. Entah masa bila di tulis namanya di lengan. Mula2 perasaan nak marah tu melonjak2 dalam hati aku ni. Tapi aku sabarkan ajer. 

aku      : Danish, kenapa tulis nama kat tangan? dah habis buku ke nak tulis?
Danish : Alaa.. Nanti kalau cikgu Sapinah tanya sapa nama Danish, Danish                      tunjuk ajerlah tangan Danish.
aku      : (nak marah ada, tp bila dengar jawapan Danish tu aku semyum                         ajerlah)

Takpelah.. aku anggap ajerlah itu sebahagian dari seni yang Danish ada. hahahahaha....sebetulnya inilah saat2 indah yang hanya sekali dapat kita lalui, kita nikmati dan menjadi sweet memori satu hari nanti bila kita imbas kembali...

POPIA NESTUM

Popia nestum yang menjadi kegemaran buat regular customer aku. Sekali dia order paling minima 10 botol. Berbaloi lah kan. Biasanya kalau ambil 10 botol dan ke atas aku akan kasi special price.. lagi permintaan dia mesti nak serbuk nestum tu lebih. Aku ok jer... sambil2 berniaga sambil2 bersedekah. 
Sebekas RM15
whatsapp 012-6341245


Selagi abang posmen bekerja keras, Insyaallah di mana sahaja korang duduk abang posmen akan tolong hantarkan. Selamat di pos yer...

23 Feb 2017

SAMBAL HITAM PAHANG BERWAJAH BARU


Tara...
Sambal Hitam Pahang homemade keluaran aku telah bertukar wajah baru. Bila dalam plastik camni urusan pengeposan jauh lebih mudah berbanding sebelum ni. Yang penting, harga masih tetap sama. Sepeket masik RM10. Harga kasih sayang lagi. Yang berminat nak mencuba kesedaan dan keenakkan sambal ni boleh whatsapp terus ke talian 012-6341245

BROWNIES STRAWBERRY


Wahhhh.... kali ke2 buat brownies kedut ni. Kali ni sempena ngan birthday ayuni buat specel sikit. Aku tenggekkan strawberry atas dia. Sajer suka2 buat. Penambah menu atas meja jer. Birthday ayuni ke 8 dibuat dalam kesederhanaan jer. Cuma yang menarik adalah hidangan atas meja. Pelbagai menu yang semuanyer hasil jari jemari lembut aku. Sajer nak citer jugak, antara menu2 adalah nasi ayam dan nasi arab (menu utama). Yang sampingan adalah brownies strawberry,  puding caramel, agar-agar milo coklat rice, buah oren n air sirap laici. Hahahahahaha.. cam banyak kan. 

Sekali pandang cam x percaya aku yg buat semua tu. Penuhlah atas meja 8 kerusi tu. Tapi semua tu en asben banyak membantu jugak. Dia pun turut bertungkus lumus  sama2 busy kat dapur. Janji ayuni suka apa yang ibu dan abah buat. Kenangan untuk dia. Sajer suka2 buat utk ayuni. Hepi bday ayuni

CHOCOLATE BOUQUET

Rupanyer ada bakat jugak aku ni. Ni masa pakatan ngan member seopis. Dia nak suprised kan asbennyer. Masalahnyer plak laki bini sepejabat. Acaner tu dan masa bila dia nak menggubah. So, dipendek kan citer dia minta bantuan akulah. Aku cakap aku taklah pandai sangat. Aku try sebaik mungkinlah. Maka hasilnyer camni ajerlah. Terlebih terkurang minta dimaafin ya.. Tapi alhamdulillah dia menyukai hasil kerja aku. makasih yaa...

TREENEA VCO

Minyak Kelapa Dara (VCO), korang pernah try telan tak? Sejujurnyer ini adalah first time aku nak mencubanyer. Pengalaman lepas 4 kali aku mengandung tak pernah guna pun. Tapi untuk anak ke5 ni disebabkan faktor usia jugak setelah aku membaca testimoni pengguna, aku nekad nak mencubanyer. Tapi tunggu kandungan aku besar sikit. Sekarang masih agak baru. Nak tau berapa usia kandungan aku skrg? Cer korang go back kat home blog ni, kat situ ada counting aku. hehehehehe... sorrylah kena buat keje plak kan. macam2 kelebihan VCO ni..

ni sebahagian kebaikan untuk ibu2 mengandung. selebihnyer kalau korang nak tau lebih detail korang google lah sendiri yer....

22 Feb 2017

MANGGA JIRAN MANGGAKU JUA


Ops..Ops.... pasti yang melihat buah mangga ni, ada yang meleleh air liur kan. Beselah semenjak 2 menjak membawa nyawa ni, asyik dok mengidam benda2 masam jer. Orang kata normallah tu nak makan benda2 masam kan. Maka tu mangga rumah jiran pun aku nampak cam mangga aku dah. Ikut rase nak bawa galah pegi jolok ajer. Mujur kewarasan tu masih ada. Aku kasi duit RM2 kat anak sulong soh dia pegi beli kat rumah jiran tu. Akhirnyer setangkai ni anak aku bawa balik. Tengok jer dah kecor air liur aku. Apa lagi, operasi mengupaslah. Sebab terlalu banyak jugak tu kalau aku nak hadap ngan cicah kicap gula tu, so sebahagian dari buah tu aku buat jeruk asam boi. Bahan2 sah2 memang dah aku ready siap2. Siap kupas basuh bersih2, potong ikut seni tangan aku, letak dalam bekas. Campur gula, garam, cili dan asam boi. masuk chiller jap. kasi sejuk dan sebati bahan2 tu barulah sedap makan. Yang cicah gula kicap ngan asben aku join sekali. Baru best makan berkawan.

PENGAT PISANG PANAS

Hari ni nak citer pasal pengat pisang plak. Dah lama jugak aku tak melembutkan jemari membuat menu ni. Semua ni gara2 omak mertuo yang kasi 2 sisir pisang. Dalam dok pikir tak mungkin nak makan semuanyer mentah2 camtu. Masuk dapur cari bahan2 untuk sediakan pengat pisang. Yes... walaupun gula melaka ngan biji sagu xde, aku teruskan jugaklah dengan bahan2 yang ada. Demi nak kasi anak2 n abah anak2 makan, aku teruskan jua dengan bahan2 yang ada. Maka akhirnyer terhasillah jua seperiuk pengat pisang... Kerana agak banyak, seperti kebiasaan rezeki yang aku ada ni aku share2 ngan jiran tetangga yang terdekat. Sebagai menantu yang baik (cewah...), aku isi sebekas untuk serahan ke omak mertuo dan jiran sebelah rumah. Mintak maaplah untuk yang berpantang x sampai hati nak hantar ke rumah (adik ipar). Nanti kena sumpah plak. hahahhaha
Alhamdulillah puas hati sbb sekali buat licin. mudah keje aku nak basuh periuk. Yang paling seronok bila anak2 n en.asben memuji hasil jemariku. 
I LAP U lah baby..muah ceket

SEPETANG DI ONE CITY SKYPARK

Bila sesekali keluar santai bersama anak2 n bapak anak2. Takdelah berjalan jauh2 sangat. Dekat ajer ngan rumah aku, janji masa bersama ngan femly tu terisi dgn berkualiti. Lihat ajer reaksi anak2, nampak keceriaan mereka. lihat saje si sulong dan si bongsu (setakat ini)  beraksi.

Agak susah nak mendapatkan pose anak kedua ni. Tapi petang ni mood dia ada baik agaknyer. Bila suruh dia beraksi, laju ajer dia merapatkan diri dgn adik dan kakaknya. Camnilah baru best. Sporting
Kerinduan seorang anak dengan seorang ibu terubat camni. Maklumlah bila ibu dan abah PJJ, 2 minggu sekali jer dpt jumpa camni. Sebab tu setiap masa tu perlu diisi dengan pelbagai aktiviti yang berkualiti. Kalau mirul rindukan ibu, begitu jugak dgn ibu. Rindu bangat sama kamu semua anak2 ibu.
Anak dan ibu hampir sama saiz dah...
Tak gayat rupanya danish ni. Dia boleh pergi sampai tepi cermin tu n tengok ke bawah. Kalau ibu, xdelah. Dari atas bumbung ni kita dpt tengok permandangan sekitar Subang Jaya. ooo camni rupanya pandangan dari atas. Satu pengalaman baru bagi aku. First time sampai sini walhal One City Skypark bukanlah jauh sangat dari rumah
Kejap2 asyik ibu jer jadi cameragirl korang. lama2 boleh habis bateri hp ibu camni.
Ni satu lagi. Aku awal2 surender. Untuk nak ke seberang sana aku tak sanggup nak lalu atas cermin kaca ni. Korang bayangkan, bila kita berjalan atas ni, kita akan nampak apa yg berada di bawah sana. Aku mulalah fikir yang negatif ajer. Buat ke masa2 berjalan tu tetiba cermin tu retak seribu. Tak pasal2 ko jatuh ke bawah sana. Dengan tahap ketinggian lebih kurang 8 tingkat kalau tak ke dalam tanah terus, mungkin patah riuk tulang2 korang..
gaya macho danish

aku dah penat sebenarnyer... ajak anak rehat jap. yang danish ngan amirul asyik berjalan kat atas cermin tu. nak citer sikit. kalau korang datang waktu malam tempat ni lagi nampak cantik. yang kat cermin tu memang terang-terangan korang akan nampak segala mak nenek apa yang berlaku kat bahagian bawah tu. Memang korang lagi gayat. Orang yang benar2 berani ajer mampu lalu atas tu. aku? memang taklah

Ibu jadi anak2 jap... melayan gelagat korang. 
Bila dapat berkumpul semua, lengkaplah my lovely femly. Kebahagiaan anak-anak jua kebahagiaan aku ngan suami. 

Apa-apa ajerlah aksi kkorang ni. Janji hepi sayang2ku

Anak sulong dah sama besar ngan aku.... 

21 Feb 2017

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat. YA ALLAH KUATKAN AKU MENGHARUNGI 9 BULAN INI...

9 Feb 2017

APAM POLKADOT

Apam polkadot lagi. Selagi ada permintaan dan tempahan insyaallah aku akan terima selagi termampu. Tapi serius aku cakap buat apam polkadot sorang2 memang menguji kesabaran. Rumit nak membuatnyer. Kalau makan sekejap ajer.. Tapi Kalau Allah dah tetapkan rezeki aku melalui ini, terima ajerlah.
Harga masih harga lama 
100 biji RM40