21 Sep 2016

NUTELLA BROWNIES

Satu lagi produk terbaru baru dari aku. Pertama kali buat. Alhamdulillah menjadi dan hasilnyer memang kenalah ngan tekak aku ngan femly aku. Insyaallah akan di buka untuk tempahan sedikit masa lagi. Tunggu ada masa akan repeat buat lg.

Kali ni aku letakkan nutella sebagai topping. Memang best...

SARAPAN JOM

Selamat pagi sume...pagi ni ibu malas nak buat sarapan. Lagipun memasing nak makan roti canai kan. Dah agak lama tak melepak kat mamak. Setelah perjanjian di buat n kenalah dikotakan. Ayuni cam beselah menu dia roti kosong ngan sirap ajer.
Kisah si amirul plak. Asalnyer order roti telur sebiji. Danish roti kosong sebiji tp si amirul yg tolong habiskan roti danish. Tangki abangnyer agak besar.
Walau di mana sahaja ibu tetap nak snap. Pedulikan apa orang nak kata...

CHESSKUT

Asalnyer en asben sajer2 bawa sebekas chesskut ke opisnyer. Sajer nak menjamu kekawan katanyer.. Alih2 sebelah petang tu opismate asben whatsapp n tanya boleh order tak? Jawapan aku. Boleh ajer n nak berapa bekas.
Chit chat chit chat...
Dapat order 13 bekas CHESKUT. Akhirnyer bersilatlah aku kat dapur menyiapkan 13 bekas seperti yg di order. 
Taraaa... siap sudah. Jap g duduk diam2 dalam chiller yer. Esok COD ke tuan masing2. 
Kasi sejuk dulu. Barulah best masuk tekak. Bagi yg berminat nak merasa bolehlah buat tempahan. 
Whatsapp ajer ke 012-6341245. 
Nanti kita bincang2 ok
Harga masih di tahap kasih sayang
Sebekas RM15