23 Jul 2018

MASUK HUTAN JAP

TB ceket...
Asyik terperuk kat rumah. Anak2 pun dah cam boring. Kata sepakat bersama kita pegi picnic hujung minggu. Jom masuk hutan. Awal pagi dah sampai sebab nak cari tempat cun untuk anak2. Pagi2 jugaklah aku bersilat kat dapur masak bekalan. Nasing goreng menu utama. Sampingan goreng keropok n belilah sikit2 kuih muih.

Tak jauh mana pun pergi. Ke sungai Congkak jer. Janji anak2 hepi n keluar dari keboringan mereka. Anak2 sesampai ke lokasi dalam jam 10 pg, boleh terus mandi. Yang tinggal di daratan aku ngan Adam. Tunggu matahari terpacak atas kepala baru nak turun. Air tak yah cakaplah.. Sejuk giler. 

Danish cam kesejukkan dah tu. Hehehe... masing2 pun mancari tempat panas untuk berjemur sekejap. 


Yeahhh..!! Adam dan turun mandi. Aku masih bertahan lagi. sejuk.. masuk separuh kaki paras lutut dl.

Apa agenda asben aku ni. Melekat camni rupanya nak siram air kat aku. Sejuklah wehhh.. Jangan kasi aku marah. Aku cakap tak nak mandi lagi, x naklah.. Tunggu sekejap lagi aku sendiri yang akan turun dalam air. 


  
Adam cam takde perasaan sejuk barangkali. selamba jer. Lagi dia suka adalah. Jari jemari kaki tangan dah kecut. Tapi masih steady..  

  
Jom... ibu ajar Adam berenang.  

Bahagianya Adam. Sakit pinggang tau tak camni. 

Akhirnya masuk jugak aku dalam air. 

21 Jun 2018

MARHABAN YA RAMADAN

Alhamdulillah...
Panjang umur murah rezeki bertemu lagi aku dengan Ramadan 2018/1439H. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelum2 ni. Semoga aku ngan femly dapat menjalani ibadat dengan sempurna. 

16 Mei 2018

BIRTHDAY HAIKAL


Maramaikan dan menggamatkan Majlis Ulang Tahun Hailkal (anak buah), maklumlah askar2 aku ni 5 orang. kalau semua pergi memang penuhlah KFC tu. Seperti yang dijanjikan pukul 8.30 malam semua berkumpul di KFC. Aku dengan askar2 aku hadirlah kecuali kapten aku. Tak balik keje lagi. Masih di opis. Takpelah. Janji dia dah tau aku ke mana hala malam ni.

Hubungan yang rapat antara kazen. Sekolah sama cuma berlainan kelas, tinggal satu lorong selang beberapa biji rumah jer dan bila cuti sekolah masing2 akan duduk rumah nenek. Pendek kata hubungan mereka sangat akrab. Dah tu umur semuanya sebaya. SELAMAT ULANG TAHUN KE 10 HAIKAL. Maklong doakan semoga Haikal dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh, mendengar kata mama dan papa serta dipermudahkan dalam segala urusan.

Menu utama kalau dah ke KFC sah2lah ayam kan. Makan ditaja malam ni. Dapur memang tak berasaplah kat rumah.

Birthday boy dikelilingi kazen2. Nampak keseronokkan dia bila askar2 aku sampai.

Yang mak2 sambil2 makan membawanglah. 

Adam nak selpi jugak ibu. 

Bila mak2 plak yang selpi. Layankan ajer.

ibu mertua yang sporting melayan karenah anak dan menantu ajak selpi. 













20 Apr 2018

ANAK ABAH

 Inilah anak abah katanya. Bilamana ibu bz atau buat2 bz abah akan ambil alih untuk tidokan Adam. Lena Adam di dada abah.

 Tak lenguh ke sayang?


18 Apr 2018

HAPPY BIRTHDAY MY IMAM

17 April 1976

Lahirmu penyeri hidup BONDA
Lahirmu tertulis jodoh aku
Lahirmu sebagai pemimpin aku
Lahirmu sebagai pembela aku
Lahirmu untuk menyintai aku
Lahirmu untuk menyayangi aku
Lahirmu untuk melengkapkan kekurangan aku
Lahirmu untuk zuriat aku dan
Lahirmu sebagai IMAM aku


17 April 2018

Genaplah 42 tahun usia asben aku. Dia selalu cakap tua dah abang. Betullah tu dan Alhamdulillah kerana sentiasa ingat yang diri dah tua. Sama-sama kita mencari atau lebih mendekatkan diri dengan saham akhirat. Cam tahun-tahun sebelum ni, aku memang suka buat surprise2 ni. Kalau tahun lepas aku hantar coklat bouquet kat opis asben. Tahun ni aku tukar plan. nak buat kat rumah jer...Jadi tanpa pengetahuan asben aku apply cuti. Jadi dari pagi inilah keje aku.

Kek Pandan leleh meleleh febret aku. dapat 2 adunan. Mula2 ingat nak buat 2 tingkat. Tapi fikir2 balik, takut tak habis nak makan. Jadinya buat sebiji2. 1 untuk asben dan 1 lagi bawa ke opis. Rezeki kekawan pejabatlah tu.
Seminggu sebelum kejadian aku dah plan segala bagai. Nekad tahun ni nak buat sendiri segalanya. Itu satu kepuasan bagi aku. Aku print siap2 gambar asben. aku stalker FB dia untuk cari gambar yang esem2.
Satu kepuasan bagi aku bila dari A- Z aku uruskan sendiri dengan bantuan anak sulong. Pagi2 aku settlekan kek dl. Pastu aku ke GM Klang untuk gubahan hadiah plak. Walau tangan taklah berseni mana, tapi aku suka ngan hasil tangan aku. Yang penting aku ikhlas lakukan. 
Taraaa...
Inilah hasilnya. 3 kotak rokok bukanlah menggalakkan asben hisap rokok. Saje suka2 nak kan kelainan. Orang lain asyik ngan coklat jer... Jadi aku topupkan dengan rokok sikit. coklat tetap ada sebagai pemanis.
Asben dah jimat untuk beli rokok untuk 3 minggu ni. Tahun depan x tau lagi camne plak nak buat. mungkin ada idea baru akan datang kan. 

20 Mac 2018

BROWNIES

Bila di layan keinginan tekak n selera makan, maka terhasillah brownies ni. Simple jer. Yang penting rasanya sodap. Selalu buat topping nutela. Mmg sedaplah. Hargapun boleh tahan. Kali ni aku try letak peanut.  Mmmmm... tak berapa menyentap selera. Nutella juga yg menang. So pendek citer yg topping peanut lanbat sikit habis berbanding nutella. Ada yg order aku ambil tak mahal pun. Kalau camni rm45. Oklah kan.  Yang mana nak repeat boleh jer. Tapi bergantung pd scedule aku jugaklah. Maklum ajerlah sejak beranak kecik ni, masa agak mencemburui untuk aku membaking.

HUJUNG MINGGU DI HALAMAN RUMAH JER..

Plan punyalah baik hari ni. Nak pegi GM lah. Pastu nak singgah Peransang lah. Last sekali nak ke taman permainan. Sudahnya plan hanya tinggal plan aje. Cuaca tak mengizinkan untuk kita jejalan. Hujan turun agak lebat.
Pendek kata kita ambil angin depan rumah ajerlah adam yee. Next time kita plan lain. Tengok ke adam ni cam geram nak berjalan jer. Tengoklah bila dapat kaki nanti kan.

BUBBLE RICE COKLAT

Taraaa... bila keinginan anak sulong nak berniaga kat sekolah. Aku sokong n kasi semangat jer. Tolong ajarkan cara2 nak buat n carikan bahan2. Selebihnya anak sulong yang buat. Cam aku jugak minat berniaga. Awal2 dl, dia nak jual cheaskut, tapi aku cakap modal besar. Kalau setakat nak ambil order sebekas atau 2 bekas baik lupakan niat tu. Melainkan kalau kumpul order banyak, baru boleh buat. Sekali jalan kan.
Ni lah hasilnya.. 
Bubble rice coklat. Bagi penggemar coklat mesti suka. Semoga kau berjaya nak...

12 Mac 2018

HIDUP MENYUSAHKAN ORANG

Lama tak menulis ni....
Aku tau kau masih mengikuti blog aku ni. satu benda yang nak kasitau kat ko. Hidup kita ni kalau tak dapat restu dari insan yang bergelar IBU atau  EMAK atau UMI atau MAMA atau sebagainya yang sama erti, hidup ko pasti akan porak peranda. Hidup ko tak pernah tenang. Hidup ko tak pernah rukun damai. Walau ko bergaji ribuan ringgit, sekali ko membelakangkan ibu, xde makna weh..!! Ko mesti rasa duit tu sentiasa tak cukup. 
Orang macam ko ni memang betul2 menyusahkan orang lain. Nasihat aku sila mereput atau sila meninggal. Sila gali lubang kubur sendiri dan terjun dalam tu. Aku tolong kambuskan pun boleh. Tak berkawan manusia cam ko ni sikit pun aku tak heran.. 1 sen pun tak rugi.