20 Sep 2014

CHEESE CAKE

ini projek minggu lepas. first time buat cheese kek. moga menjadi. ni bahan utama ialah biskut oreo, buttercup n cream cheese.
ni lah rupe bila biskut oreo di hancurkan dan digaul ngan buttercup utk dibuat base kek ni.
adunan kek telah di mix n sedia utk di bakor.
hasilnyer agak kurang memberansangkan aku. dr segi rupelah. tp dr segi rase mmg best.seres aku tak tipu uolls. ikut resepi bakor 30 minit ajer. tp aku derhaka ngan resepi. aku tgk cam tak masak lg. pandai² aku up lg 20 minit. tu pasal terlebih masak.
apapun bila letak topping strawberry, memang best lah. kejap ajer habisnyer. kena repeat buat lg ni.tunggu masa yg sesuai ajer

SECRET RECIPE

12 Sep 2014

SOTONG BEREMPAH

dah lama tak buat sup bebola ikan plus cendawan ni. pening2 dok pk nak masak ape, akhirnyer ini yang terlintas kat kepala.
tambah plak sotong goreng berempah. perghh..ada hati nak menambah nasi, tp aku kuatkan semangat stop dulu...

NASI TUMPANG

Hari ni hari yang memang mewah ngan makanan bagi aku. Hari isnin lepas al-kisahnyer aku ada order nasi tumpang ngan member seopis untuk bekpes pagi ni. Aku plak entak macamana (mungkin sebab dah lemau agaknyer) boleh lupa yang aku ada order makanan, sudahnyer on the way tempat keje aku singgahlah beli nasi lemak n kuih kat tepi jalan (x mungkin tengah jalan kan). sampai opis, dah kecoh2 pasal nasi tumpang... adoiiii... camne aku boleh lupa. dah tu plak tetiba jugak ada metting jam 10 pagi. sah2 ada makanan lagi (nasi goreng kampung + telur mata plak tu). secara keseluruhannyer aku ada 3 jenis makanan yang perlu aku makan hari ni.. so, nasi lemak yg beli pagi tadi x makan lagi sbb pagi tadi ada Majlis Bacaan Yassin. Bila naik opis makan nasi goreng kampung, Baru sat tadi plak aku belasah nasi tumpang ni. So sekarang nasi lemak yang aku beli tu tak termakanlah lagi... camno tu. apo den nak buek..porut doh ponuh. tangki den idaklah bosar manooo ai..

sebanarnyer nak citer pasal nasi tumpang, melalut plak ke kisah lain.. sapa2 yang tak pernah tengok rupa nasi tumpang, camnilah rupa dia. gambo atas tu masih dalam bungkusan. gambar bawah ni setelah dibuka. sebab apa dipanggil nasi tumpang? mungkin sebab sume makanan dibungkus sekali dalam daun pisang kot. kat dalam tu ada nasi, sambal serunding, tekur dadar, gulai ikan tongkol n udang. Bab rasa, oklah.. not bad. kenalah ngan tekak kampung aku ni...

11 Sep 2014

HOME MADE AISKRIM

Gara2 tokey jual aiskrim suka bunyikan loceng depan rumah aku, asal lalu depan rumah aku mesti dia bunyikan loceng maka aku terpaksa buat sesuatu. Misi aku adalah buat sendiri aiskrim. Daripada aku kayakan tokey aiskrim, ada baiknyer aku berjimat. Maka terhasillah sebegini rupa.
Wajah2 pelangi setelah siap di mix kan selama 20 minit dengan kelajuan paling maxsimum. Pink dan hijau menjadi pilihan aku kali ni. Kali ni aku wat perisa vanilla ajer.. 
Setelah semalaman berada dalam frezer, it time to menikmati hasilnyer.. mmmmm... not bad. sedap tp agak manis sikit. So next time, aku kena kurangkan gula or susu. Kalau sayangkan kaki lah...huhuhu

# i love aiskrim #

8 Sep 2014

MANJE

Cuaca sejuk dan nyaman pepegi ni memang best untuk sambung tido. Bukan sahaja orang, kucing pun sama. Kena plak tempat landing baekk punya. Ingat lagi mula2 sblm kenal ngan aku, kucing2 ni memang takut ngan aku. Bila aku dekat mesti kembang2 ekor dia. Tapi bila dah kenal, dah dapat bau aku hari2, camnilah plak jadinyer. Seronok layan anak2 kucing ni. Manja dan suka bergurau. Suka tengok aksi2 gedikz anak2 kucing yg berlari2.

KUATLAH HATI

Pagi2 lagi dah menyakitkan hati. Ingatkan datang opis di minggu baru dan hari baru bolehlah dengan mood baru. Ternyata harapan tinggal harapan. Meredah dan mencabar kesabaran hati aku. 
Sabarlah HATI
Kuatlah HATI
Cekallah HATI
Bertabahlah kau HATI
kerna ku tahu HATI itu masih mampu bertahan, masih mampu menghadapi.

MATAHARI

Best plak dengar lagu ni. Mula2 dengar tertanya2 jugak sapa yang bawak lagu ni. Oooo.. rupanyer hafiz AF yang menyanyikan lagu MATAHARI ni. 
Matahari.. bangkitlah. Hidupkan cinta ini
Matahari.. bangunlah. Serikan kasih ini

Layanzz ajerlah yer.

7 Sep 2014

NASI DAGANG


tetiba datang angin nak wat nasi dagang..
tapi ringkas² ajerlah..sekadar nasi ngan kuah ikan ajer. so pagi² dah siapkan segalanyer, lunch nanti pun kita belasah menu sama k