28 Apr 2017

GENAP 7 BULAN

Alhamdulillah Ya Allah, 
hari ni 28 April 2017 genaplah kandungan aku 28 minggu atau 7 bulan. Terasa sekejap ajer masa berlalu. Rasanya baru lagi aku dok uwek2 melalui alahan. Pejam celik pejam celik dah masuk trimester 3. semalam seperti biasa pergi checkup di KKIA Presint 18, Putrajaya. Alhamdulillah semuanya normal daripada kesihatan aku dan juga kandungan. Peningkatan berat badan aku pun ok. Takdelah mendadak sangat bambamnya, walau hakikat bila aku tengok cermin mak aii!! gemuknya aku. Tetiba plak rindukan nak pakai seluar jeans aku. Sabar2... lepas bersalin nanti harap2 boleh masuk seluar2 aku tu. 
Sekarang ni pun segala pergerakan aku terbatas. Kalau dah duduk memang susahlah aku nak bangun. Yang menjadi mangsa adalah askar2 kat rumahlah. Semua aku kerah dan alhamdulillah semuanya bertindak mengikut arahan aku. Heheheehe..cayang uollss. Yang sulong aku selalu suruh dia masak nasi, keluarkan lauk dari peti dan angkat baju di ampaian. Jadi bila balik kerja aku tinggal masak lauk2 ajer. Dah jimat masa kat situ kan. bukan apa, kadang2 aku balik tak tentu masa (bergantung waktu asben sbb pergi n balik keje sekali. Tak berapa larat nak drive dah sekarang). Anak yang kedua tugasnya buang sampah dan sidai baju. En. asben plak memang tersangat ringan tulang membantu dalam setiap apa yang ingin aku lakukan. Gosok baju pun dia tolong. Bahagianya hidup camni. Hehehehe 

Image result for KANDUNGan 28 minggu

Bila dah 7 bulan ni, nurse pun dah nasihatkan aku supaya membuat persiapan2 yang sepatutnya. Dah boleh standby packing baju baby dan aku untuk ke spital sekiranya nak bersalin. 28 minggu, macam2 boleh jadi. buat ke baby nak keluar awal. Cuti minggu ni memang plan nak basuh baju2 baby n masuk bag, sumbat dlm kereta. Sama situasi dengan 4 kandungan aku sebelum ni. Masuk 7 bulan semua dah ada dalam kereta. 
Checkup pun dah start 2 minggu sekali dah. nurse rindu nak jumpa aku tu. Kikiki...setiap saat aku berdoa pada Allah supaya dipermudahkan proses kelahiran my last baby ni. (memang last, kuota gomen dah habis. kalau peknan lg, cuti tanpa gajilah aku.)

14 Apr 2017

PERSIAPAN AWAL PART 1

14 April 2017
Genaplah usia kandungan aku 26 mimggu (6 bulan 2 hari). Pejam celik, pejam celik sekejap jer masa berlalu. 6 bulan sudah aku membawa benih cinta dalam perut aku. 3 bulan lagi kau akan melihat dunia sebenar sayang. Sehari ke sehari kau semakin aktif di dalam perut ibu. Pantang aku tersalah baring sikit, pasti kau akan menendang. Mungkin kau tak selesa kan. 
Keadaan ibu pun semakin hari tak berapa kuat. Faktor umur barangkali. Cepat penat dan selalu sakit pinggang. huhuhu. Mujur jugaklah abah baby seorang yang ringan tulang. Suka membantu ibu dalam banyak urusan. Abah rajin tolong ibu di dapur, sidai kain dan pendek kata kalau ibu minta tolong pasti abah akan tolong. Lap u lah abah...

Image result for GAMBAR BABY NEW BORN LELAKI

Ibu dan abah dan mempersiapkan barang2 kamu baby. Ibu dah beli barang2 asas yang kamu perlukan. Semua kena beli baru sebab barang2 abang danish semua dah disedekahkan kepada baby lain. Tapi ibu beli tak banyak sangat. kamu nanti pasti cepat membesar kan. Janji kelahiran kamu nanti pasti mengembirakan kakak dan abang kamu terutama kakak ayuni. Setiap kali sebelum tidur malam ayuni pasti bercakap dengan kamu. Merasai tendangan kamu. Katanya tak sabar dia nak tunggu kamu keluar. Nak jaga kamu. Nampak tak? Kehadiran kamu dinanti2kan. Kamulah si bongsu ibu dan abah. 

12 Apr 2017

24 MINGGU

Sekejap ajer rasenyer masa tu berlalu. Pejam celik pejam celik kandungan aku dah masuk 24 minggu. 6 bulan dah  baby yang berada dalam rahim aku, aku bawa ke mana sahaja aku pergi n lakukan bersama apa sahaja yang aku lakukan. Alhamdulillah aku melepasi trimester pertama dengan jayanya. Aku berjaya hadapi alahan. Aku berjaya harungi perangai ngader2 nak makan itu ini. Mujur jugaklah aku ni tak ngidam benda2 pelik ataupun benda2 yang agak susah nak dapat. Semua yang aku nak makan semua mampu aku masak sendiri. Oklah kan. Tak menyusahkan orang lain. Maklum ajerlah hidup PJJ ngan asben ni, kena banyak bersikari. Nak manja2, nak ngader2 agak susah sikit. Semua kena buat sendirilah. Tapi aku tak kisah. Jenis aku selagi mampu, apa sahaja akan aku lakukan sendiri. Di awal kandungan dahulu penyakit loya tu beselah. Semua pompuan yang peknan akan lalui. Kan.. camtu jugaklah ngan aku. Tapi kena kuatlah. X payah nak manja2kan sgt diri tu. Sebab bagi aku kalau kita layan loya tu, memamg melepek lah. Cuma yang aku perasan sepanjang trimester pertama, aku asyik nak baring ajer. Baring ajer tau. Tak semestinya tido. Asal balik keje sblm solat asar, aku take time baring jap. Walaupun balik rumah waktu lunch. Dapat baring dlm 20 minit pun dah memadai.