28 Jun 2015

MENU 11 RAMADHAN 1436H

nak kata suka makan puding roti ni, taklah jugak. tapi aku suka membuatnyer dan aku suka bila femly ngan anak-anak aku makan hasil tangan aku. kebetulan plak hari ni sabtu. cuti tak keje. maka adalah masa sikit aku nak membelai di dapur. ditambah plak dengan acuan yang baru aku beli sebenarnyer. tu yang lebih excited aku nak buat puding roti ni.
nak membuat puding roti ni tak lah susah mana. paling simple aku rasa. dan bila dah siap makan sejuk2 itulah saat-saat yang paling seronok di bulan Ramadhan ni. sejuk ajer tekak bila puding tu lalu. sesekali buat untuk anak-anak memang berbaloi tengok mereka makan.
sesekali berbuka pose tanpa nasi (rutin harian) sekadar mee goreng.
ayam panggang sodap

MENU 10 RAMADHAN 1436H

masak yang mudah2 ajer dengan keadaan masa yang tak berapa sempat. sekadar 2,3 menu sudah memadai. banyak2 pun membazir sebenarnyer... normal seperti tahun2 lepas. sebelum berbuka segala benda yang ditengok semua nak. bila time berbuka minum air dan makan sejenis kuih dah hilang segala yang diidamkan tadi...ayam black pepper in da house.
korang pernah buat tak masakan ni? betik sayur air? inilah first time aku masak sayur air ni. mak aku kata sedap. trylah buat. campur ngan cekur manis sikit. emmmm.. oklah. agak sedap jugak.
tak dilupa ulam raja sebagai awek muda
antara febret aku. cekmek molek yang ada air gula didalamnyer. nak buat malas.. beli ajer lebih senang dan mudah. jimat masa sikit. mini murtabak pun sodap gitu.

22 Jun 2015

LUAS PERMANDANGAN

Bila ke pantai pasti tenang rasa hati. Damai rasa jiwa. Lapang di dada. Bagaikan segala masalah terbuang di dasar laut tu. Luasnyer pandangan itu seluas terbentangnyer lautan di hadapan. Aku memang seorang yang suka dengan pantai. Tenang sangat bila di persisiran pantai. Di buai alunan ombak yang menghempas sisiran pantai tanpa mengenal erti penat. Tanpa mengenal erti jemu. Betullah kata bidalan. Bagaikan ombak dan pantai. Tidak terpisah. Sentiasa ada bersama walau apa yang berlaku.

19 Jun 2015

KAMBING PANGGANG

Betapa nikmatnyer aku rasa dapat makan daging panggang ni. Best giler. Beli daripada member Facebook. Harga yang agak berpatutan dan termampu oleh sume oranglah pendek kata. Panggang pun sekejap ajer... Jangan terlalu garing sangat. 

Adoiii... kenapalah time2 pose ni aku pose gambor ni. Wat meleleh air liur ajer. Ni kena order lagi ni untuk wat buka pose. (Gambar lama doh sebenarnyer ni) hehehe...

18 Jun 2015

MERAJUK

MERAJUK

Apa yang korang faham dengan istilah MERAJUK.? Apa bestnyer MERAJUK ni? Adakah sekadar nak menunjukkan perasaan?, melepaskan perasaan? atau mungkinkan nak menarik perhatian dengan orang yang dirajuk? Adakah MERAJUK sejenis penyakit yang dibuat-buat? (sebab nak kan perhatian seseorang) atau MERAJUK itu memang dah ada secara semulajadi dalam diri? Pening tak kepala dengan apa yang aku cuba sampaikan? 

Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud atau makna bagi MERAJUK ialah "menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul)." Betul ke? Betullah tu kalau dah Kamus Dewan yang menterjemahkan sebegitu.

Sesetengah orang merajuk yg sikit2 tu ada seronoknyer... sesekali merajuk oklah.adatlah kan. Nak maja-manja. Tapi kalau yg kuat merajuk tu, (ala-ala budak yg hyperaktif) penatlah nak melayan. Kalau tukang pujuk ni terer memujuk oklah. Kalau memang dilahirkan tanpa bakat memujuk, camne nak buat? Aku orang yang kuat merajuk ni kalau selalu sangat merajuk biarkan ajer.. sekali bolehlah dipujuk. Tapi bila masuk berkali-kali, lama-lama boleh jadi giler dan bosan. Pendekatan aku biarkan dia sendiri dulu melayan perasaan dia. Lama-lama hilanglah merajuk dia tu kerana aku bukan dilahirkan sebagai seorang pemujuk yang hebat... itulah kesimpulannyer...

MAJLIS BERSARA BIG BOSSS

Sempena Majlis persaraan Big Boss kami berkumpullah di PICC. Nak jimatkan kos sambut sekali pegawai yang akan bertukar ke jabatan lain (Tahniah buat En. Rafie yang telah dinaikkan pangkat ke M48)  juga CC Nuranhar yang turut sama bersara.
Sebahagian hadiah untuk pegawai yang diraikan hari ni. Sebelum itu aku nak ceritakan sedikit pasal Kafe kat PICC ni. Bukan nak beli jiwa atau nak kipas mahupun nak bodek tau. Aku memang puji kesedapan masakan kat sini. Kenalah ngan selera kampung aku ni. Kalau nak pergi lunch dalam grup yang kecil pun boleh walk in ajer dengan bayaran serendah RM20 seorang. Makanlah sampau muntah hijau. Memang best. Aku paling suka bila dapat menyedut siput sedut masak lemak cili api. Perghhhh... tobat memang terbaiklah. 
Snap dulu... ini adalah sebahagian yang wajib dilakukan walau dimana sahaja berada. Kenangan dengan En. Rafie bos Seksyen Penyelenggaraan, Aset & Keselamatan. Bersama mereka banyak mengajar aku nak buat kerja bagaimana. Mekasih semua.
Suka aku tengok benda alah ni. Hasil kekreatifan sebahagian staff Bahagian aku. Cantik bila BOSS berada dalam frame. hehehehe...

Selain siput sedut main menunyer, ini adalah pencuci mulut yang aku suka. tak ingat dah apa namanyer... yang pasti bahan asasnyer adalah roti. berkali aku menambah. kalau tanya sekarang memang aku nak makan lagi.Bila lagilah aku boleh menikmati benda ni.

PUDING ROTI


Bila kerajinan itu datang maka terhasilah puding roti poyo ni. Nak buatnyer memang amat mudah ajer, tp bila tahap kemalasan tu yang menebal tidak akan terhasil puding ni. Makan puding ni time sejuk2 best. Sekali lagi aku terliur plok saat ni (first day pose 2015). Dugaan pose ni namanyer... Petang ni kalau buat best jugak... kalau sempat akan aku usahakan.







17 Jun 2015

TINGGAL KENANGAN

Setiap kali melihat gambar ni, pelbagai perasaan yang datang. Gembira ada, sedih pun ada. Hampir 4 tahun aku bermastautin di Seksyen 28. Sebuah tempat yang lengkap dengan segala kemudahan yang aku nak. Dari segi pendidikan, perubatan dan sebagainyer lah.. Anak demam atau lelah (maklum ajerlah anak2 aku boleh dikatakan kerap lelah). Bawa saja ke KPJ Selangor. Tak sampai 15 minit sampailah ke KPJ tu. Klinik2 biasa pun berlambak kat area sini. 24 jam lagi. Kalau setakat nak perabih duit dan nak kempiskan wallet tu tak payah citerlah... pilih ajer nak ke mana. 

nak ke giant ke? 
nak ke HERO ke? 
nak ke LINAS atau 
nak ke KARNIVAL 

pilihan di tangan masing2. Yang paling best bagi aku kat kawasan ni sebab ada gudang yang menjual segala jenis barang yang kita perlukan. harga yang berpatutan. Tapi kini semua ini adalah tinggal kenangan. sweet memori ajerlah....

10 Jun 2015

SELURUH CINTA

Lagu yg banyak meninggalkan kenangan dalam hidupku...sedih dengar lagu ni...

POTRET - AKIM & MAJISTRET


apa yg dapat aku katakan....lagu yg best dan sedap didengar. 

8 Jun 2015

MATI HATI MATI-EZAD


Lagu yang semakin sedap didengar di halwa telinga aku. Bermacam perasaan yg tidak dapat digambarkan bola dengar lagu ni

SELAMAT HARI GURU

Oh ayuni ku sayang. Balik sekolah "ibu,ibu... yuni nak belikan hadiah untuk cikgu. Yuni nak kasi cikgu esok". Beria2 ayuni nak beli hadiah sempena HARI GURU untuk guru kelasnyer. Untuk tidak menghampakan harapannyer, pergilah beli sekejap. Mug ajerpun. Jadilah daripada tiada apa2 kan. 
"Ibu, ibu tolong yuni tulis kad boleh?"
"Mana boleh, kalau ibu yg tulis kad, itu bermakna ibu yg kasi kat cikgu. Yunilah kena tulis sendiri. Nanti ibu tolong yuni yer."
Bukan aku x nak tolong ayuni menulis, sekadar nak mengajar dia supaya pandai mengeja. Alhamdulillah hasilnyer tidaklah mengecewakan aku. Aku sebut sebiji2 sukukatanyer dan ayuni tulis. Terhasillah seperti gambo kat atas. (Biar gambar yg berbicara).