20 Apr 2012

ADUHAI MAK....

jumaat lepas (13.04.12) dlm kul 5.15 pg, aku yg br lelapkan mata selepas buat susu danish kedegaran pintu bilik di ketuk.  Aku ni yg memang jenis telinga lintah terus tersedar n bangkit buka pintu. Tersentap sekejap melihat keadaan mak aku. Rupanyer mak tgh sesak nafas. Aku lihat sendiri camne keadaan dia yg mmg tgh tercungap2 tu... "mak kenapa?" soalku. 
"mak x boleh nafas" katanyer
lalu aku dudukkan mak, dah urut2 blkg mak. nampak ok skit. selang 10 minit mak jadi lg. Terus kejutkan hubby aku, ckp aku nak hantar mak p klinik. capai kunci keta terus pg NADI KLINIK. sib baik buka 24 jam.  Doc kasi neb sekali. mak rasa lega skit. lepas jer dpt ubat, kami blk rumah. Tak sampai hati nak tinggalkan mak, aku EL jerlah hari ni. So, sepanjang hr jumaat aku jg surirumah sepanjang masa.  
mak aku kasi rehat seckpnyer..bila dok sembang2 ngn mak, ingat balik kejadian pg tu mak kata dlm hati dia dok kata TUHAN dah nak ambil nyawa dia. Aku bila dengar mak kata gitu, huhuhu... tetiba hati aku jd sebak. aku blom sedia untuk semua tu. aku masih perlukan mak... sayang mak muuahh...muahh

16 Apr 2012

KURSUS FAIL MEJA @ PD

walau sedang berkursus, xtvt  bergambar tetap ada dalam agenda.

 bergambor kenangan bersama-kekawan


 on the way balik ke Putrajaya. Dalam bas pun x habis2 posing


 jom kita jalan2 tepi pantai


dengan penuh kusyuknyer... kikikih

MIRUL MASUK SPITAL

 
Saat mirul masuk spital.Sian aku nengok.tiap 4 jam mesti ambil neb. sabar yer sayang..

BIRTHDAY YUNI SETAHUN

 Dari ibu n abah untuk Yunie


 Bday girl bese2 jer. kakakn abgnyer yg lebih2


 1,2,3 potong




 nak potong gak
.nenek, yunie nak rasa skit kek tu. cam best jer..

KAU TERLALU COMEL

melihat kau ni aku jadi cairlah..
rintihan kau x sampai hati aku nak halau. Hakikatnyer aku mmg seorang peminat kpd kucing. lau zaman kecik2 dulu mmg kat rumah ada bela kucing. mmg kucing tu penghibur aku. Tapi sejak kawin ni, aku terpaksa melupakan minat aku tu, sbb hubby aku bukan peminat ko.. Jd aku pandang ko dr jauh jerlah. Dah ada anak ni plak, lglah aku kena pulaukan ko terus. Anak2 aku astma. mmg x boleh dekat ngan ko langsung. Tp ko ni rajin bertandang kat rumah aku...ko goda aku dengan lirikan mata ko tu...

12 Apr 2012

KURSUS MPK KAT LANGKAWI

Baru tiba kat jeti Kuala Perlis setelah 8 jam bertapa dlm bas dari Putrajaya. Sementara nak tunggu feri ke seberang, lepak kat kedai bersarapan isi perut yg kosong
 Sesampai kat Hotel, awal sangat, jd sementara nak tunggu customer lain checkout, apa lg, kami pegi shopping dululah kat pekan Kuah. Aku x beli byk pun... sbb pk camner nak bw balik nanti. dengan brg2 urusetia lg tambah plak yg di borong camne nak kelek kan.
 kelas pertama. 
Oklah.. x boring sangat. kelas pun taklah formal sangat. bebas ikut keselesaan masing2.
 Petang tu, ada masa terluang skit, kami pakat 2,3 orang pergi ke Cable Car. Terasa rugi gaklah lau x pegi. Dah sampai Langkawi. alang2 tu merasa gaklah naik cablecar. tp sumpah aku cakap, lepas ni lau soh aku naik lg, mmg x mau... gayat tu. time dlm cablecar tu, aku ingat mati jer..
 Ni dah sampai kat puncak lepas naik cable car. mmg cantik permandangan.
 Kenangan kat jambatan. sampai gaklah aku ke seberang sana dgn d temani seorang kawan. At least aku merasa  berjalan atas jambatan tu..
 Sekejap jer rasa dok kat Langkawi dah nak balik. Sblm balik, snap dulu utk kenangan di Terminal Feri.Bye2 Langkawi
Perjalanan dari Kuala Perlis ke Putrajaya mengambil masa lbh kurang 8 jam gak. Banyak kenangan manis terpahat di Langkawi dan x mungkin aku lupakan dalam hidup aku. Kenangan yang x mungkin  berulang kembali. Memori sekadar memori... Thanks to all my pren yg menceriakan hari2 ku. Moga persahabatan kita kekal dunia akhirat. Amin

CAM BEST JER...

Yuni sedang menikmati hasil yg aku buat. Best ker? lau makan mmg selalu gini. comot
Komen Yuni.. Ibu, nanti buat lg yer..tp yuni kena tolong ibu tau
harus buat ni... Tungguuuuuu....

KELAS CUPCAKE

aku tgh exited giler ni... nak citer gak kat korang2.
aku tgh exited giler ni... nak citer gak kat korang2 sume.rabu 11.4 baru ni aku pg kelas cupcake. mmg kelas ni aku tunggu2 sesangat. dah lama nak pg. tp bila tgk2 yuran yg agak mahal n aku x berapa nak mampu... sabarkan dululah.. At last aku dpt sms dr kedai kek P9 kata ada kelas cupcake. terus bg namalah.. berbaloilah. laburkan RM50. Lepas ni bolehlah bisness cupcake plak.. hehehe.  paling seronok time nak mendeco kek tu.. tgn mmg keras n x berseni. inilah hasilnyer.  Angrybird yang x brp angry, bunga yg x brp nak kembang n rumput pun cam yg dah sebulan x bertebas. sekali tgk kelakar gilerrrrs.
tp semua tu sesi pembelajaran. mula2 kan. mmglah gitu. nanti ada masa nak pratik lg.
.

10 Apr 2012

TODAY HARI YANG LAMBAT

Nak dijadikan cerita..
hari ni dahlah bangun lambat, bersiap pun lambat. sudahnyer sampai opis lambat. Dah lambat bertambah lambat sebab ada kemalangan ket jambatan belakang opis aku.  Petang semalam masa balik dari opis pun kat ELITE susur keluar ke Putra Height ada kemalangan gak.. keta gerak paling laju 40/km. Boleh tido sambil drive d buatnyer... tekanan tullah. Aku lau bawak keta slow2 sangat x leh gak... lg ngantuk. last2 aku pasang radio kuat2 arr. biarlah org sebelah nak kata aku ni pekak ker, telinga problem ker, jual CD ker. janji aku senang ngan cara aku.
Yang pg td plak bila jalan semakin slow dlm hati dah berkata2 mesti ada accident kat depan. tul rupanyer.. lau x silap aku 4 biji keta. yg terlibat. ini kes cium bontot keta depan ni.. Ya Allah.. minta di jauhkan dari berlaku kpd aku sume ni. Kekadang asyik sangat dok tgk macam2 accident, takut gak. yelah aku tiap2 hari drive dr s.alam ke putrajaya. sampai aku dah naik boring pegang stereng keta tu... sudahnyer punch kad aku lewat seminit jer pun. hehehe 
masih boleh d maafkan lg kan BOS.

6 Apr 2012

TETAMU HOSPITAL LG

 Danish,danish.. apa lg yg mampu ibu lakukan sekiranye mmg perjalananmu sdh tertulis begini. Kali ni entah kali yg ke berapa kita checkin kat Hospital Putrajaya pun ibu dah lupa.  semuanyer gara2 ASTMA. Setiap kali masuk wad, bermcm2 yg berlegar d pikiran ibu.. Hati seorang ibu hanya Tuhan sajer yg tau. Sedih, pilu, berdebar dan segala2nye ibu rasa. Namun sedikit pun ibu x pernah mengeluh menemani danish kat spital. Susah senang ibu akan sentiasa menemani danish yer... itu janji ibu. Ni hari kedua masuk wad..Masih kena pakai oksigen..
 danish dah ok dah...oksigen pun dah cabut. jarun pun dah tanggal... mudahlah skit nak bergerak
Tp ni lah masalahnyer...danish x nak tido kat atas katil. nak tido atas riba. penatlah ibu.. kebas dah bontot ni. Dia jd fobia ngan kehadiran nurse2 yang merawat dia..

BEZDAY PUTERI N MIRUL

 Kekawan Puteri n Amirul sedang menjamu selera. Simple2 jer aku buat. Sajer nak puehkan hati anak2. Sibuk sangat soh buat gak besday meka. Nasib baik bulan yg sama. Jimatlah skit. Buat sekali jer. Masak pun yg simple n mudah jer NASI AYAM. 

 Walau buat majlis sekali, kek tetap nak sorang satu. Semua ok, cuma yg x pueh hati tulisan tu. X berseni langsung. Ggrrrh! marah tul aku
 HEPI BESDAY anak2 ku.Ini jer yang mampu ibu lakukan untuk kalian
 Antara kekawan yg dtg.
 Yg penting sumenyer sporting2..
 Belon sapa yg lambat pecah dapat hadiah yer
Bersama HADIAH dari abah

CUTI LG

Eeeemmm
lau tgk skrg ni, sekejap je masa tu bergerak. Cam hr ni lah. aku rasa baru lg aku lalui hari senin.. pejam celik pejam celik dah nak berhari minggu lg. apa plan minggu ni yer... hum. ada,ada. smlm member FB aku baru fwardkan resepi apam gula hangus. ahad ni aku nak trylah buat. lgpun bila tgk2 resepinyer simple sangat dan mudah nak d buat. seronok mencuba sesuatu yg baru ni.. kalau jd Alhamdulillah. dan kalau ada lebih Insyaallah aku akan bw kat kekawan opis...

4 Apr 2012

FIRST TIME DALAM HIDUP

Ggggrrrhhhh.. pertama kali bos panggil dan bagi arahan utk jd MC sempena Majlis Perhimpunan Bulanan bersama KSU, automatik tangan aku berpeluh.. memang lepas tu aku x senang duduk. yelah... aku bukan pernah buat tugas2 gini. belakang tabir bolehlah.. kena plak aku ni darah gemuruh. bila berdepan ngan org mesti GAGAP nyer. macam2 alasan aku kasi untuk mengelak.. Tp bila tgk muka bos dah lain macam, aku ok kan jerlah walau hati x rela.. Berpasangan plak ngan jejaka yg baru masuk kat opis aku, x lg kenal rapat. nak mencari keserasian bersama tu payah.  Tp, Alhamdulillah, berkat sokongan kekawan, aku berjaya juga menjalankan tugas dengan lancar.

Rehat jap melepaskan debaran MC td. masa majlis berjalan aku sentiasa berdoa cepatlah majlis ni habis. lepas ni kasilah kat org lain plak..tak sanggup rasanyer. aku dok belakang lg ok rasanyer..

PENATNYE AYUNI AKU

Siannya anak aku ni...Tu lah, ibu dah kata x payah ikut, tp nak ikut gak. Ni masa dlm proses kami nak buat rumah kat. Setiap hujung minggu mesti pergi sini.


KERETA ROSAK

Bila ingat2 balik kelakar kejadian masa ni. Kisahnyer hari tu bawa si danish checkup kat klinik Putrajaya. Dah siap sume pergilah ambil anak sulong n no 2 yg transit kat rumah jiran kuarter lama kat P9. sementara tunggu dlm keta tu, tetiba enjin keta aku boleh mati plak.. Dalam hati aku, lorrr.. kenapalah masa2 ni ko nak buat hal. sian kat anak2 aku ni lah. Aku cuba start 2,3 kali. x nak  gak keta aku hidup...Pilihan terakhir lepas aku soh  ke2 anak aku kuar aku tepon hubby akulah citer dari A-Z. Hubby plak mmg x leh kuar waktu2 kemuncak ni. dia pun call kekawan yg dok kat kuarter tu. Turunlah kekawannya yg aku kenal gak tlg nak hidupkan keta aku. tak berjaya gak.

Hubby kata tunggulah kat ctu sampai dia dtg. Last2 sampailah kul 5.45 ptg aku bertapa kat surau lama tu..Nasib baik gak anak2 aku x buat hal. Hubby dtg dengan sebotol petrol. Dia tuang dlm tangki. start keta.. hahahaha hidup plak. Hampeh. rupanyer minyak habis daaaa.. tp meter minyak separuh lg. Haaaa tolonglah. meter minyak rosak rupanyer. nasib baiklah x kena kat higway. kalau tak memang sian kat anak2 jer. kalau aku sorang x kisah. terus pg petronas isi minyak... patutlah aku perasan dah lama tak isi minyak.. kekeke