20 Apr 2018

ANAK ABAH

 Inilah anak abah katanya. Bilamana ibu bz atau buat2 bz abah akan ambil alih untuk tidokan Adam. Lena Adam di dada abah.

 Tak lenguh ke sayang?


18 Apr 2018

HAPPY BIRTHDAY MY IMAM

17 April 1976

Lahirmu penyeri hidup BONDA
Lahirmu tertulis jodoh aku
Lahirmu sebagai pemimpin aku
Lahirmu sebagai pembela aku
Lahirmu untuk menyintai aku
Lahirmu untuk menyayangi aku
Lahirmu untuk melengkapkan kekurangan aku
Lahirmu untuk zuriat aku dan
Lahirmu sebagai IMAM aku


17 April 2018

Genaplah 42 tahun usia asben aku. Dia selalu cakap tua dah abang. Betullah tu dan Alhamdulillah kerana sentiasa ingat yang diri dah tua. Sama-sama kita mencari atau lebih mendekatkan diri dengan saham akhirat. Cam tahun-tahun sebelum ni, aku memang suka buat surprise2 ni. Kalau tahun lepas aku hantar coklat bouquet kat opis asben. Tahun ni aku tukar plan. nak buat kat rumah jer...Jadi tanpa pengetahuan asben aku apply cuti. Jadi dari pagi inilah keje aku.

Kek Pandan leleh meleleh febret aku. dapat 2 adunan. Mula2 ingat nak buat 2 tingkat. Tapi fikir2 balik, takut tak habis nak makan. Jadinya buat sebiji2. 1 untuk asben dan 1 lagi bawa ke opis. Rezeki kekawan pejabatlah tu.
Seminggu sebelum kejadian aku dah plan segala bagai. Nekad tahun ni nak buat sendiri segalanya. Itu satu kepuasan bagi aku. Aku print siap2 gambar asben. aku stalker FB dia untuk cari gambar yang esem2.
Satu kepuasan bagi aku bila dari A- Z aku uruskan sendiri dengan bantuan anak sulong. Pagi2 aku settlekan kek dl. Pastu aku ke GM Klang untuk gubahan hadiah plak. Walau tangan taklah berseni mana, tapi aku suka ngan hasil tangan aku. Yang penting aku ikhlas lakukan. 
Taraaa...
Inilah hasilnya. 3 kotak rokok bukanlah menggalakkan asben hisap rokok. Saje suka2 nak kan kelainan. Orang lain asyik ngan coklat jer... Jadi aku topupkan dengan rokok sikit. coklat tetap ada sebagai pemanis.
Asben dah jimat untuk beli rokok untuk 3 minggu ni. Tahun depan x tau lagi camne plak nak buat. mungkin ada idea baru akan datang kan.