25 Mei 2017

SANTAI-SANTAI MALAM MINGGU


Sementara tengah larat ni, bawa jugaklah anak-anak jejalan. Bukan jauh mana pun. Janji anak-anak tak bosan asyik duduk kat rumah ajer. Malam minggu, aku ngan asben dah bincang nak bawa anak-anak lepak kat Dataran Shah Alam. Tapi kena rahsiakan dahulu. Bukan apa, takut tetiba tak jadi pergi bising plak anak-anak. Pastu mulalah mereka akan menuntut janji. Sampai saat dan ketika, cuaca ok tak hujan kami pun bergeraklah ke lokasi. Siap bawa tikar untuk berkelah. Kasi anak-anak main sepuas hati. Makanlah apa sahaja yang nak, xpe. Ini malam ibu payung korang. Abah tak yah kuar duit. Sebab abah dah kempis sebelah siang tadi aku kerjakan. Seronok tengok 4 beradik berlari2 dengan agenda sendiri. Semoga kebahagiaan keluarga kita kekal selamanya.

24 Mei 2017

KEK RAMADHAN

Tetiba tekak aku ni rasa nak makan kek coklat moist plak. Sementara tak berpantang lagi ni, bolehlah aku tibai segala jenis makanan. Nak order rasa cam rugi plak. Sebab benda yang aku tau buat kan. Cuma nak tunggu waktu rajin aku datang dululah. Nak di jadikan cerita kebetulan aku cuti hari isnin baru ni dan tetiba plak kerajinan aku ada, maka itu terwujudlah KEK COKLAT MOIST versi aku. Masuk dapur, tengok bahan-bahan semua ada. On teruslah. Tak sabar nak makan. Bila ayuni balik sekolah jer, seperti biasa soklan dia ibu buat kek harijadi Yuni ke? Ewah2..!! kalau setiap kali buat kek mesti dia kata hari jadi dia. Untunglah... setiap bulan bday dia. Ibu buat sebab ibu nak makan n sambil2 tu nak kasi semangat untuk anak2 ibu sambut bulan Ramadhan. 

Seperti biasa nak aku yang habiskan sebiji kek ni, memang taklah. Bukannya nak makan banyak sangat pun. Sekadar nak merasa sebenarnya. So, aku potong 4 bahagian. Agihkan kepada jiran tetangga n tak lupa kepada mak mertua n ipar duai aku. deco lantaklah. walaupun tak segah mana, janji bab rasa not bad..

SIAKAP 3 RASA

Inilah hasil bila melayan orang yang mengidam. Orang lain yang mengandung, orang lain plak yang nak makan lebih-lebih. Nak mudah beli ajer. Tapi kalau beli korang faham-faham ajerlah. Seekor pun berapa dah... boleh kempis poket seluar di buatnya. Kata sepakat di ambil, kita masak sendiri ajerlah. Itu lebih jimat rasanya. Bukan setakat jimat, kebersihan sah2 kita tahu. Sambil2 tu boleh masak sama-sama saling tolong menolong. Kan lebih mesra gitu.


Pagi2 lagi sedang elok market bukak, aku ngan en asben dah terpacak untuk mencari ikan siakap ni. 2 ekor sudah memadai untuk kami 6 beranak. Siap beli bahan2 rencah sekali. Sat lagi kita operasi bersama k. Alhamdulilah terhasillah jua seperti yang diidamkan. Semoga lepaslah menigam tu.  

18 Mei 2017

PUDING PELANGI LAGI

Cantik tak? Jawablah cantik...Sejujurnya aku suka dengan kejadian puding roti aku kali ni. Sebab buat untuk makan2 sendiri, xdelah meriah sangat kalernya. Selalu kalau yg customer order aku akan buat 3 kaler. lagi cantik kejadiannya. Bab rasa tetap sama jer.. Tak manis sangat dan taklah sampai xde rasa langsung. Yang sedang-sedang sahaja. Kalau makan berulang pun xdelah sampai kena potong kaki korang. Kemanisan masih terkawal lagi.

Seperti biasa aku ni suka bab2 membuat puding ni. Nak tunggu isi rumah habiskan makan hari. Jadi aku akan agihkan kepada jiran tetangga. Sapa yang duduk sebelah kiri kanan depan belakang rumah aku merasalah sikit sorang. Yang penting mak mertua tak dilupakan. Kena bagilah. Biar merasa air tangan menantu ni.

17 Mei 2017

KEK KAREMAL PELANGI MOTHERS DAY

Nak kata kek dibuat sempena Hari Ibu tak jugak. Kebetulan jer masa buat kek karemal ni jatuh plak pada tarikh sambutan hari ibu. So sajer2lah menulis kat atas kek tu SELAMAT HARI IBU. Sebenarnya tekak tu tetiba teringin sangat nak makan kek ni. Lama dah tak buat kan. So kebetulan plak tengah ada kerajinan tahap gaban, maka itu masuk dapur membakinglah. Bagi aku kek ni sedap di makan selepas letak dalam peti ais sekejap. Kasi karemal di sejuk. Masa makan tu terasa sejuk jer kek tu lalu kat tekak. Pergh... korang bayangkan ajerlah yer.


Ada lebihan aku kasi en.asben bawa ke opis dia. Rezeki kekawan dia. Sambil2 promosilah tu. Mana tau ada yang nak tempah. 

16 Mei 2017

KUIH LAPIS

Taraa...
Alhamdulillah siap jugak projek aku belah petang cuti2 ni. Melapis plak di dapur. Ikhlas cakaplah, ini adalah first time aku buat kuih lapis. Mujur menjadi. Lepaslah untuk makan petang anak beranak. Cuma sejujurnya perlukan penambahbaikkan lagi ni. Aku ikut sebiji resepi kat FB. Tapi agak lembik. Agak bercinta bila nak memotongnya. Camne nak kasi keras sikit yer.? Perlu lebihkan tepung gandum atau apa yer??
En.asben kata sedap. Tak taulah nak sedapkan hati aku atau betul2 sedap. Tapi tengok dia habis jugak 3 ketul. Sedap betullah tu. Lepas ni boleh repeat buat lg ni. Anak2 pun suka terutama anak bujang aku. Kebetulan anak bujang memang kaki makan. tengok badanlah kan...Insyaallah ada masa nanti nak buat lagi