25 Mei 2017

SANTAI-SANTAI MALAM MINGGU


Sementara tengah larat ni, bawa jugaklah anak-anak jejalan. Bukan jauh mana pun. Janji anak-anak tak bosan asyik duduk kat rumah ajer. Malam minggu, aku ngan asben dah bincang nak bawa anak-anak lepak kat Dataran Shah Alam. Tapi kena rahsiakan dahulu. Bukan apa, takut tetiba tak jadi pergi bising plak anak-anak. Pastu mulalah mereka akan menuntut janji. Sampai saat dan ketika, cuaca ok tak hujan kami pun bergeraklah ke lokasi. Siap bawa tikar untuk berkelah. Kasi anak-anak main sepuas hati. Makanlah apa sahaja yang nak, xpe. Ini malam ibu payung korang. Abah tak yah kuar duit. Sebab abah dah kempis sebelah siang tadi aku kerjakan. Seronok tengok 4 beradik berlari2 dengan agenda sendiri. Semoga kebahagiaan keluarga kita kekal selamanya.

Tiada ulasan: