28 Mac 2014

SABARLAH HATI

CAMPAK

Ayooo yooo....baru nak baik demam selsema n batuk kalian anak2ku. Tup..tup..ayuni baru nak kena campak plak. Malam semalam aku dah perasan ada bintik2 berair kat badan dia. Hari ni tengok makin banyak plak kuarnyer. Cakap kat mr.hubby jomlah bawa ke klinik. Sudahnyer camnilah ayuni. Sabar yer yuni... dugaan yuni ni... silap2 minggu depan yuni tak sekolah lg...

27 Mac 2014

SANDRA PERFUME

Tq buat officemate mr.hubby yang baru balik dr UMRAH bagi perfume ni kat aku. memang wangi bau dia.. SANDRA perfume. Ni kalau ada yg nak pegi umrah lg, boleh kirim. Ni dalam botol kecil2. Yg pasti, mesti ada botol besar kan

26 Mac 2014

MEMANG POWERLAH

First time guna benda alah ni. Selalunyer spray pakai air paip jer. Ini kali member opis soh try. N Betullah... Mudah aku iron baju. Cepat jer kedut2 baju tu hilang. Mmg terasa sepasang baju sekejap jer aku settlekan.harga pun murah gak... Sudahnyer petang tadi gak WHATSAPP adik ipar order ngan dia. Asik ipar ahli cosway.pada korang2 kekawan2, trylah pakai ni. Confirm x akan nyesal punya...

TERSEDAK JER

kenapa 2,3 hari kebelakangan ni aku asyik tersedak jer....org tua2 kata lau kita tetiba tersedak tu mesti ada org sedang sebut nama @ sdg mengata hal kita. Tul ke hah? Lau betul sapalah plak. Rasa aku, aku xde wat salah ngan sesapa. Xde plak gaduh ngan sesapa pun.tp x taulah kan. Kadang2 tanpa kita sedar dengan perbuatan kita, org jadi x suka. Kepada kekawan yg membaca nurkilan ni, andai aku ada wat salah silap minta maaplah yer...aku insan biasa yg x lepas dr membuat salah.

PEJAMLAH MATA


Saat ini dah masuk jam 1.20 pg. Namun mata dia masih terkebil2 tak dapat melelapkan mata. Jemari masih rancak menari di hp. Rancak sungguh jemari itu berlari. Ke mana penghujungnyer dia sendiri tidak tahu. Mungkin akan terus berlari sampai mata terpejam lena. Lena di buai mimpi indah. Alangkah indah kehidupan itu when dream come true.

25 Mac 2014

USTAZ KAZIM PUNYA PENANGAN

sekali di ingat kembali cam lawak plak rasanyer situasi aku mlm kelmarin. Sambil aku dok lepak2 depan tv ngan anak2, tetiba aku dengar mr.hubby dok berdehem 3 kali (ehem ehem ehem). Aku yg x mengesyaki apa2 wat bodo jerlah... Ingatkan dia tersedak. Kebetulan plak memang dia tgh makan nasi masa tu.
Sekali lagi aku dengar mr.hubby berdehem. Pun sama 3 kali. Aku tenung mr.hubby jap n terus aku tersenyum n dah paham maksud dehem dia tu. Nak TEH O rupanyer. Aku plak camne boleh lupa nak wat air. Tu lah padahnyer bila fikiran jauh merentasi lautan. Barulah aku teringat. Ni penangan ceramah ustaz kazim lah. Ustaz tu kata kalau somi berdehem 3 kali (ehem ehem ehem) maksudnyer nak air. Hehehehhe. Kalau berdehem 2 kali (soh masuk tido) tp kalau berhehem sampai 4,5 kali knp yer... Anggap jeelah yg mr.hubby betul2 tersedaklah tu.

ADUH

bila tetiba jiwa tu agak kacau... jom join che rose layan lagu Ajai ni


KURSUS BLOG

2 hari mengabdikan diri di Bilik ICT Kursus Asas Penulisan dan Pembangunan Blog. Memang teruja sesangat. Selain untuk melengkapkan kursus tahunan sebanyak 7 hari, sedikit sebanyak aku dapat refresh balik kepala otak aku ni... dan mungkin juga ada penambahan ilmu baru.

24 Mac 2014

FAHAMILAH

Ada kala dan ada ketikanya agak susah untuk meminta orang lain memahami isi hati kita. Apa yg berada dalam hati kita tak akan sama dengan apa yg di tafsirkan oleh orang lain. Apapun terserahlah pada dia sebagaimana yg dia ingin tafsirkan pasal aku. Hanya aku dan Allah sahaja yg tahu apa yg berada dalam hati dan perasaan aku. Aku percaya, setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnyer kerna hanya Dia yg maha mengetahui setiap baik buruk kejadian itu. Doa dan harapan aku, moga dia menemui kebahagiaan yg dia cari selama ini. Insyaallah... Amin.....Apa saja yang berlaku,  hidup harus d teruskan walau baik atau buruk landasan di hadapan.

RINDUKAH

23 Mac 2014

SEMALAM, HARI INI & ESOK

KEK GULA HANGUS

hasil bertapa kat dapur che rose hari ni.. tetiba teringin nak makan kek gula hangus. fikir punya fikir, sempatlah buat sekejap. buat benda ni pun bukan ambil masa lama sangat. ni sblm d kukus 

nilah hasil tangan aku yg x seberapa. oklah utk wat makan petang nanti. sajer buat mini saiz. senang... 2 kali ngap selesai sudah...

secara detailnyer camnilah rupanyer... selamat cuci mata yer...

20 Mac 2014

KUKUR KELAPA

Kenal tak ngan benda alah ni. Kalau tanya pada generasi skrg, jawapannyer ada yg kenal n mungkin ada yg x kenal ngan benda ni. Mungkin org2 bandar n moden x tau benda alah ni. Org kampung cam aku ni dan yang seangkatan baya2 usia aku pasti kenal. Masa aku budak2 jarang jumpa mesin pemarut kelapa. Yg ada benda ni lah. Pernahlah jugak aku try parut kelapa pakai kukur ni. Ternyata sume ni ada value nyer...

NOKIA 3310

Masih ingat lagi tak pd tepon NOKIA 3310 ni? Dulu sapa pakai yg ni dah kira up to date lah. Aku sempat gak merasa hp ni. Ni salah satu game yg femes kat hp ni... Mesti korang pernah main gak kan?

19 Mac 2014

ANGAN2

benarkah cita-cita atau impian tu bermula ngan angan-angan?. aku rasa ada kebenarannyer jugak. kalau kita tak berangan kita x tau apa kita nak jadi. kpd sesiapa yg berjaya mencapai angan2 tu alhamdulillah. tp lau dah tua bangka ni nak berangan atau berimpian apa lg yer. aku impikan kebahagiaan hidup, kesejahteraan hidup, umur yg panjang, rezki yg murah dan segala yg baik2 jerlah. juga aku inginkan mereka yg berada d  sekeliling aku turut bahagia. kadang2 terlintas jugak impian yg x tau samaada  aku mampu miliki ataupun tidak. Aku sekadar merancang, hanya Allah yg menentukan dan mengatur kehidupan aku

JOM P PERLIS PLAK

seawal jam 4 pg aku dah bangun hari ni. janji ngan debar ambil kat rumah jam 5 pg. hari ni kena ke PERLIS plak bg urusan perasmian Jabatan MAQIS. Penat balik kursus x habis lg, kemas baju ke utara plak. janji plak ngan 2 biji keta lain kat R&R Rawang. aku yang sampai awal. so, subuh n sarapan terus lah. x pernah2 makan seawal 6 pg (melainkan bulan Ramadhan).

SUATU KETIKA DULU

suatu ketika dahulu inilah laluan balik dr sekolah.

18 Mac 2014

MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN

sharing is caring

Andaikan skrg sudah jam 1830 dan anda dlm perjalanan balik seorng diri selepas bekerja luar biasa sibuk nya. Anda benar2 penat, gelisah dan kecewa. Tiba2 anda rasa sakit yg menyucuk di bahagian dada yg mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka. Anda hanya 5 km drp hospital yg terdekat. Malangnya anda x pasti anda akn sempat sampai @ pun tidak ke hospital trsbt. Anda telah dilatih utk melakukn CPR, tetapi tidak diajar cara utk melakukn CPR ke atas diri sendiri...

BAGAIMANA MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN
Kebanyakan org berseorangan ketika diserang sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yg menghadapi masalah ini - jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mmpunyai masa 10 saat shja sebelum pengsan. Walau bgaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dgn batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dlm2 sblm batuk dan batuk mesti lah dlm dan berpanjangan spt semasa anda ingin membuang kahak yg ada jauh di dlm paru2. Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang l/kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan dtg @ sehingga jantung berdegup normal semula. Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dlm paru2 & mekanisma batuk mengepam jtg dan memastikn darah terus beredar. Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga mmbantu jantung berdegup dgn ritma yg normal semula. Dgn ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya utk ke hospital sendiri.

15 Mac 2014

KAMPUNGKU

KUALA LIPIS. Di sinilah tempat aku di lahirkan, di besarkan, mula mengenal huruf dan di sini jua tempat yg mengajar aku sehingga aku menjadi aku yg sekarang. Walau bukanlah sebuah bandar yg besar dan bukan bandar yg moden tp tetap ada daya tarikan d bandar Lipis ni. X percaya? Datanglah melawat walau sekali ke Lipis. Pasti tidak menghampakan.

6 Mac 2014

XCIDENT LAGI

Kuar awal lah dr opis hr ni. Tepat jam 5 ptg konon. Nak elak jem kononnyer. Tp itulah... Kdg2 apa yg kita rancang lain yg jadinyer... Lepas jer kuar tol nak masuk ELITE hway, tgk punyalah banyak kenderaan. Dlm kepala dah pk mesti ada xcident ni. Hway ni kalau jem, xde sbb lain. Sekali dengar info trafik kat SINAR FM ada xcident kat ELITE HWAY susur keluar ke Bandar Saujana Putra. Sahlah apa yg berada di fikiran aku. Nak sampai ke tempat kejadian tu hanya boleh layan gear 1 n gear 2 jee. Woooo... Tekanan aku. Tercabut lutut gayenye
So akhirnyer lambat gaklah sampai rumah.dlm pukul 8 mlm camtu. Sian kan..

5 Mac 2014

KU TAK MAMPU

walau dah lama ingin melupakan, namun apakan daya kerna hati ini tidak mampu untuk berbuat demikian.

4 Mac 2014

CARA NAK HILANGKAN STRES

Ada berani utk mencuba? X taulah stressss hilang sungguh atau makin stressss...

SESI PENAMBAHAN ILMU D DADA

D pagi selasa 4.3.2014 melapangkan sedikit masa menghadiri program penerapan nilai2 islam. Excited nak dengar ceramah dari Ustaz Don Dadiyal. Ceramah tajuk KESEMPURNAAN SOLAT MEMBENTUK INSAN CEMERLANG. Semoga keikhlasan aku hadir ke dewan ni, sedikit sebanyak dpt menambahkan ilmu d dada.
Yer... Walaupun usia kita ni dah banyak, tp kita masih ada masa belajar. Belum terlambat lg. Sampai mati pun kita masih dan tetap boleh belajar.

DIAKAH PELENGKAP ITU?

Yer... Kita d lahirkan dengan sedikit kesempurnaan juga kekurangan. Kita juga di anugerahkan pasangan yg akan saling melengkapi antara satu sama lain. Sama2 kita terima kelebihan dan kekurangannyer kerana itu yg telah di takdirkan utk kita.

2 Mac 2014

AIR KENA CATU


Tidaaaaakkkk....
Catuan air dah bermula kat area rumah aku ni. Start jam 10 pg air dah semakin kecil. Cepat2 masak utk makan tengahari....siap jgklah masak. Masak byk utk mlm sekali.  Masuk petang langsung x kuar setitik pun air dr paip. Huhuhuhu... Harap2 air yg aku simpan cukuplah selama 2 hari...

Anak2 pun aku catu mandi diaorang ptg tadi. Nasiblah yer anak2. Mandi sejimat mungkin. Jgn nak enjoy macam masa ada air k. 10 cebok sorang cukup. Yg penting air ada masa keadaan yg mendesak. Jgn sampai sapu pakai tisu sudah...hehehehhe

PANASNYER

Berita TV3 jam 1.30pm 1/3/14          
Penduduk malaysia d minta tdk trlalu mendedahkan diri d bawah cahaya matahari skrg ini kerana ia sngt panas berbanding tahun lalu dan di jangka akan berlanjutan smpai pertengahan mac ini...sekiranya berkerja di bawah cahaya matahari minum air sebanyak mungkin untk mengelakkan berlakunya "Strok Haba" yg berpunca drpd suhu cuaca sekarang ni.         

Tanda2 yg mngalami strok haba ialah:-      
   
1.pening,sakit kepala          
2.Muntah2         

Dan suhu bdn akan meningkat secara tiba2 smpy 40'c dan akan mengakibatkn maut.         

1 Mac 2014

UJIAN ALLAH

Kalau dah namanyer dugaan, mmglah kena hadapi jugak dugaan tu. Dugaan atau ujian tu dah lumrah dalam kehidupan kita sebagai manusia. Setiap dari kita ni x lepas dari ujian. Masing2 punya bahagian yang sendiri x kiralah berat ke... ringan ke... atau yg sedang2 saja. Bagi aku, Allah menguji kerana Dia nak tahu sejauh mana kita mampu hadapi n bagaimana cara kita nak atasi. Mungkin juga Dia rindu nak dengar rintihan hambanyer pada Dia. Allah menguji setakat mana yg kita mampu hadapi. Dia tahu tiap kejadian itu pasti ada baik buruknyer. Kita sebagai hamba ni, apa yg penting usaha, berdoa, tawakal dan berserah. Selebihnyer kita pasrah n redho ngan setiap kejadian....