26 Mei 2014

KISAH MENTADAK

Uolls kenal tak ngan serangga ni? Kalau masa aku kecik2 dulu kalau jumpa dia ni, mesti bercakap ngan dia."MENTADAK, MENTADAK...CAMNE  YUNI TIDO?" pastu mesti  mentadak tu buat aksi seolah-olah dia menjawab soalan kita. Hehehehe... entahlah.. betul2 dia paham atau sekadar kebetulan...

BOIKOT CADBURRY

Kasi tau kat sume kekawan, sedara mara n sesiapa sahaja muslimin di sekeliling kita.

KISAH AYUNI

Ibu,ibu.... ibu boleh tak wat cam yuni? Soal yuni pada aku. Hahahahaha... sekarang memanglah ibu tak boleh buat dah. Masa ibu umur macam yuni dulu boleh agaknyer. Tapi masa zaman bebudak ibu dulu, ibu boleh buat kepala ke bawah dan kaki ke atas....hehehehe

24 Mei 2014

ANTARA YANG DISAHKAN DNA KHINZIR

Sama2lah kita beringat dan saling mengingati semara mara, adik beradik, our femly, our pren n anyone yang berhampiran ngan kita. Sharing is caring kan.

Ya Allah..selama ini rupa2nyer...
Yang ini pun....subhanallah
Ampunkanlah segalanyer

HARI BELIA 2014

Waduhhh..waduhhh saban tahun ginilah gayenyer...boleh sesat di tempat sendiri di buatnyer..sebab apa? Sebab semua jalan sekitarnyer di tutup. Yang pasti kalau bawa keta tu pastikan minyak keta full tank, bateri hp full n kredit hp banyak.
inilah suasana sepanjang jalan event berlangsung. Sapa yg suka pergi tempat yang sesak2 ni bolehlah bawa anak beranak ke sini.

nota kaki:
#aku mmg yg tak suka reramai manusia ni. Sesak weh#

WARKAH CINTA BUATMU

Tersentuh jiwa raga aku bila baca surat cinta ni. Aku setuju ngan isi kandung surat ni. Inilah tulisan seorang OKU kepada pemandu kenderaan yang normal dan suka hati parking keta kat petak OKU. Bagi aku kalau orang ada otak dan boleh berfikir ngan waras, dia tak akan bertindak parking kat tempat yg di khaskan untuk OKU.

DNA KHINZIR DALAM COKLAT

LAPO SANGAT DAH

Alooo..  alooo..   
nampak sangat tahap kelaparan dia ni. Sampai tak dapat bezakan kuali ngan makanan. Dah tu camne dia nak hadamkan tu..cuba uollss tolong pikirkan.

nota kaki 
#ulo sawe ni bute gamoknyer#

23 Mei 2014

APAM GULA HANGUS

Walau penat, ku gagahkan jua tenaga untuk mengadap apam gula hangus ni. 200 biji harus aku siapkan. Mujur juga kejenyer taklah agak rumit. siap jer adunan sementara tunggu air kukusan panas, jom kita tuangkan dulu dalam acuan seperti kat atas. Ini hasil sebelum masuk kukusan.
Air dah panas, apa lg masukkanlah adunan apam tu tadi. Biarkan dalam 20 minit dan angkat. Ni hasil yang dah siap yer uolllssss...

Sementara nak packing, sejukkan dulu yer. Kasi apam tu relaks sikit.

Secomel ini jer hah apamnyer... 2 kali ngap jer, lesaplah dalam mulut. Kalau yang kontrol ayu makan, dalam 2~3 kali ngaplah...hehehe

Apam pun dah sejuk, sesuai sangat dah masa untuk packing. Inilah hasilnyer...sapa nak order just call me k. 100 biji RM35.

22 Mei 2014

ASAM KEPING MENGEMPISKAN PERUT

Teringin mendapatkan perut yang lebih cantik dan rata? Ramai yang akan nasihatkan anda untuk pergi bersenam agar perut idaman menjadi kenyataan. Tetapi tahukah anda dengan menggunakan petua tradisional, dapat membantu anda untuk mengatasi masalah yang anda alami. Petuanya adalah seperti berikut.

Ambil satu atau dua keping asam keping dan rendam dalam secawan air panas. Biarkan beberapa jam sehingga asam keping ini kembang dan air bertukar menjadi suam. Minumlah setiap pagi dan malam. Kesannya perut anda akan mulai kempis. Namun, perkara ini harus juga disertai oleh amalan pemakanan yang sihat, ya?

Sumber dari mingguan wanita

20 Mei 2014

HANTARAN PERKAHWINAN SIMPLE

Hantaran dalam sesebuah perkahwinan adalah salah satu perkara yang dah menjadi kewajiban zaman sekarang ni. Ia juga untuk memeriahkan majlis sebenarnyer. Bagi yang berkemampuan tak salah bagi hantaran yang mahal. Tapi kalau yang rasa2 tak mampu ikut camni ni pun orait...tetap cantik dan nampak kelainannyer. Buah anggur n apple di gantikan ngan petai...
Kasut crocodile di gantikan ngan selipar cam kat atas ni. Kelas uollsss...selipar ni hari2 pasti guna. jimat pun yer....
Sebab kawin ngan mat rempit sesuai sangat sebiji helmet untuk yang tersayang.
Persediaan untuk memulakan kehidupan baru. Nanti nak masak kan. Nahh!!!! Kuali utk ko

19 Mei 2014

DANISH YANG MANJA

Danish sayang.....danish dah besar tapi tetap nak landing atas ibu. Tak muat dah riba ibu ni. Ni lah di katakan anak bangsu ibu kan. Tidolah danish. mimpi indah hendaknyer

18 Mei 2014

ATOK DAN CUCU

Cucu atoklah katakan. Lantaklah korang

TEKSI PUNYA KES

Hahahahahha... lawak tahap gaban ni. Untung, dah untung pemandu teksi tu. Tambah untung dapat penampar free

17 Mei 2014

SAMBAL HITAM VERSI CHE ROSE

Taraaa.... tetiba tekak aku nak mamam sambal hitam plak. Minggu lepas dah beli sambal hitam ngan member sebekas. Dah habis pun aku bedal. Ini kali buat sendiri lagi bagus kot. Kebetulan belimbing buluh yang dah di rebus ada dalam peti (hasil aku rembat kat kampung aku). Hehehehe apa pun mekasih wat kakak ipar aku yang rajin merebus belimbing tu. Niat dia kasi tu nak soh aku wat niaga bulan pose nanti. Tengoklah, kalau aku rajin aku bisnes. Kalau penyakit malas yang lebih menguasai, hahahhaha sendiri mau ingatlah. Sebenarnyer seronok bisnes ni. Kepuasan lebih terasa bila kita dapat menikmati hasilnyer. Kita lebih tahu menilai dan menghargai setiap apa yang kita perolehi kerana itulah hasil dari titik peluh kita sendiri. Setiap sen yang kita dapat amat bernilai. Baru kita tahu camne susah senang dalam usaha mencari duit tu.

13 Mei 2014

LAWAK KING

Mesti uollss pernah gak wat camni kan.

DOA MAKAN PUNYA KES

Hehehehehe... ada gak kes cam ni.

MENU HARI WESAK

Daging black pepper.. menu hari wesak. Agak lama tak masak daging...
Pucuk paku goreng belacan.. wat kuah lebih sikit. X lah kering sangat. Jom uolls.. join aku makan.
Ikan tongkol masak kicap. Ikan goreng semalam ni. Hari ni aku tambah baik lagi menu ni. Wat masak kicap
Pencuci mulut... mangga

SEBELUM DAN SELEPAS

Ada sesapa yang berminat nak order krim ni? Hehehehe.. aron aziz tu. Kalau pompuan yang pakai x taulah jadi cam muka sapa plak...

JOM KE DAPUR

Betul3

BUAH KELUBI

Uolls kenal tak buah ni. Ni lah buah kelubi. Ingat lagi buah ni lah yang aku dok ngidam masa ngandungkan anak kedua 9 tahun dl. Puas mencari kat area rumah takde buah ni. Aku nak yang fresh camni. Kalau yang dah buat jeruk mudah nak dapat. Sudahnyer aku tepon abang aku kat kampung, mencarilah dia masuk hutan. Alhamdulillah rezki aku gamaknyer dapat gaklah merasa. Abang aku siap pos lagi. Sampai kat aku terus makan. Tapi tak silap aku 2 ulas jer aku makan. Pastu dah tak nak. Tengok pun bese jer...hehehehe tu lah penangan pembawakan baby aku. Sekali fikir wat sian kat abang aku jer, mencari bagai nak rak sudahnyer 2 ulas jer aku makan. Cam tak berbaloi kan.

11 Mei 2014

KAU PERGI JUA

Pagi tadi di saat aku nak sidai baju, terkedu sekejap bila melihat keadaan PAK TAM. Keadaannyer terbaring lemah. Cirit birit. Apalah yang PAK TAM makan agaknyer. Aku dekat kepadanyer. Ternyata PAK TAM dah tenat. Sepanjang aku di sisi mata dia sekalipun dah tak berkelip, namun masih ada pergerakan nafasnyer.. entah kenapa tetiba aku kalah. mengalir jua air mata aku membasah pipi saat ku pegang tangan PAK TAM. masih terasa cengkaman kukunyer seolah2 membalas gemgaman tangan aku. KEMAS sangat. Terasa camne saat2 dia bergurau ngan aku. Time tu Ya Allah... hanya kau yang tahu camne perasaan aku. Walau PAK TAM hanyalah seekor kucing, namun masih ada pertalian antara aku ngan dia. Bagi aku biarlah aku berada di saat dia nak menghembuskan nafas terakhirnyer. Sekurang2nyer PAK TAM tahu dia masih di sayangi. Aku belai kepala dan badannyer sebagai memberi semangat dan sokongan. mana tau masih panjang umurnyer..ternyata dia masih memberi respond yang baik. Boleh bangun, duduk sekejap dan beralih ke tempat lain lalu baring kembali. aku ambil minyak gamat sapukan di perutnyer. Sebelum kau pergi, inilah jasa terakhir aku padamu PAK TAM. Biar dia tahu yang dia juga disayangi.

Asalnyer ibu kepada PAK TAM ni kucing mendatang kat rumah aku. Tak di undang pun. PAK TAM ni kira generasi kedua yang ibu dia lahirkan kat rumah aku. Generasi pertama sumenyer mati. Nak di buang sume kucing2 ni, kesian jugak. Aku ni jenis manusia yang tak sampai hati. Walau ikutkan sepatutnyer kat rumah aku tak boleh ada kucing sebab anak aku astma. Orang kata bela kucing kat rumah, tuhan turunkan ujian untuk. Nak tengok kita ni bermurah rezki atau tidak dan ada plak yg kata pembawa rezki. mungkin ada kebenaran atau tidak aku tak pasti. Tapi sepanjang PAK TAM kat rumah, kami tetap bagi dia makan.

Sampai satu masa ibu PAK TAM ni bunting lagi untuk genarasi ketiga plak. Geram jugak aku, asyik bunting jer. comel sangat kot. Masa tu yang aku perasan, ibu PAK TAM selalu marah2 kat dia. Pembawakan baby kot. (cam manusia ngandung plak kan). Kalau time makan PAK TAM tak boleh makan sama. Bila PAK TAM dekat, mesti ibu dia tampar. sian PAK TAM. Sampailah saat PAK TAM menghembuskan nafas terakhir, ibu dia wat tak tahu jer. Sibuk ke hulu ke hilir. Rupanyer dah sampai masa nak beranak. Aku pun bantulah apa yang patut. Nak harap laki dia, huhhh!! entah kemana dah.aku pun tak tau mana satu laki dia. Aku pun ambillah kotak dan letak kain dalam kotak tu.

yerlah... setiap sesuatu yang terjadi itu sudah ketentuan dan sudah takdirnyer begitu. Sumenyer dengan izin Allah jugak. Yang pasti, yang pergi tu pasti berganti. Mungkin lebih baik. Itulah takdirnyer. Hari PAK TAM mati, hari itu jugalah ibu PAK TAM selamat melahirkan 4 ekor anak secara normal tanpa sebarang komplikasi dan tanpa kehadiran  suami di sisi. Sayangnyer.... sekor mati. Hari ni plak, aku balik keje aku jengok dalam kotak tengok tinggal sekor jer yang hidup. X taulah kenapa. Mungkin sepanjang bunting dia x dapatkan checkup bulanan ke. Atau mungkin juga kelahiran pra matang.

PAK TAM selamat di tanam lepas asar. Semoga kau damai di sana dan wat adik PAK TAM, welcome to the real world. 

SELAMAT HARI IBU 2014

~SELAMAT HARI IBU~
terharu hati ibu bila anak aku menghadiahkan keychain selamat hari ibu. Anak yang prihatin dengan hobi ibunyer..mana lagi aku nak gantung ni. Kat opis dah x leh. 5S lah kononnyer..anyway thanks a lot my darling. 

BAJU PLASTIK

Uolls pernah tak pakai baju camni masa zaman bebudak dulu2..jangan nak bohong. Mesti pernah kan. Hari ni bila ayuni pakai camni terus mengingatkan pada  zaman bebudak aku dulu. Hehehehe..

10 Mei 2014

CEKODOK SEDAP

Alhamdulillah dengan rezki petang sabtu ni. Cekodok jer yang mampu di buat sambil melayan jiwa nan kacau bilau ni...huhuhu

KASIHNYER IBU

Inilah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknyer. Apatah lagi kita yang manusia ni. Sentiasa inginkan anaknyer berada dalam keadaan yang baik walau ibu terpaksa bekorban segalanyer... demimu anak.

XDE AIR PUNYA PASAL

Kikikiki.... lawak tahap gaban aku layan gambar ni. Mujurlah masa rumah aku kena catuan air baru ni taklah sampai tahap camni. Hilang streesss jap...

TAKDIR DAN WAKTU

Ada ketika saat kita mengharapkan bulan jatuh ke riba,
Tetiba mentari terik muncul di atas kepala, lantas  menitik keringat ke bumi.
Ada kala kita berdoa agar pelangi muncul selepas gerimis, anehnya ribut dan petir datang menerbangkan segala apa yang ada. Sesungguhnya TAKDIR ALLAH ITU INDAH PADA SAATNYA,  TAPI MASIH BELUM WAKTUNYA UNTUKMU

9 Mei 2014

MY ETERNITY & SIGNORINA

Dah lama dalam simpanan aku perfume ni. bukan pe.. habiskan yang lama dulu. kedua-duanyer wangi...thanks a lot pada yang membeli...

6 Mei 2014

MANDI BUNGA

Mirul oh amirul.... dialog dia balik sekolah semalam. "Ibu, kawan aku kata kalau nak hilangkan parut chickenpop, kena mandi bunga. Aku nak mandilah. Nanti hilang sume parut aku."
Sudahnyer balik sekolah agama petang tadi, mirul terus cari beberapa jenis bunga. Yang pasti aku nampak ada bunga raya dan bunga kertas. Dia gunting dan masukkan dalam tangki air ni. 
Last sekali dia masuk berendam dalam tangki ni. Siap offer aku lagi, "ibu nak mandi bunga tak? Nanti parut jerawat ibu boleh hilang." Cehhhhh...hampureh punya anak. Layan jerlah mirul pasni ko nak mandi apa pun.