12 Apr 2017

24 MINGGU

Sekejap ajer rasenyer masa tu berlalu. Pejam celik pejam celik kandungan aku dah masuk 24 minggu. 6 bulan dah  baby yang berada dalam rahim aku, aku bawa ke mana sahaja aku pergi n lakukan bersama apa sahaja yang aku lakukan. Alhamdulillah aku melepasi trimester pertama dengan jayanya. Aku berjaya hadapi alahan. Aku berjaya harungi perangai ngader2 nak makan itu ini. Mujur jugaklah aku ni tak ngidam benda2 pelik ataupun benda2 yang agak susah nak dapat. Semua yang aku nak makan semua mampu aku masak sendiri. Oklah kan. Tak menyusahkan orang lain. Maklum ajerlah hidup PJJ ngan asben ni, kena banyak bersikari. Nak manja2, nak ngader2 agak susah sikit. Semua kena buat sendirilah. Tapi aku tak kisah. Jenis aku selagi mampu, apa sahaja akan aku lakukan sendiri. Di awal kandungan dahulu penyakit loya tu beselah. Semua pompuan yang peknan akan lalui. Kan.. camtu jugaklah ngan aku. Tapi kena kuatlah. X payah nak manja2kan sgt diri tu. Sebab bagi aku kalau kita layan loya tu, memamg melepek lah. Cuma yang aku perasan sepanjang trimester pertama, aku asyik nak baring ajer. Baring ajer tau. Tak semestinya tido. Asal balik keje sblm solat asar, aku take time baring jap. Walaupun balik rumah waktu lunch. Dapat baring dlm 20 minit pun dah memadai.

Tiada ulasan: