10 Mac 2017

GENAP 21 MINGGU

Image result for kandungan 21 minggu

Alhamduliilah, hari ni 10 Mac 2017 genaplah usia kandungan ku 21 minggu. 21 minggu berada dalam rahim aku. Kemana sahaja dan apa sahaja yang aku buat dia sentiasa ada bersama. Sudah ku terasa pergerakkan baby. Anak aku yang ke3 paling teruja bila tau dlm perut aku ada baby. Tak sabar nak tunggu baby keluar katanyer. Siap berdoa minta baby yang lahir nanti adalah pompuan. sama ngan dia. Alhamdulillah jugak aku telah melepasi trimester pertama. Alahan semakin kurang walau adakala masih terasa loya2 n nak muntah. 
Hasil pembacaan aku, pada usia kehamilan 21 minggu atau 5 bulan ini perkembangan janin dalam rahim aku telah mengalami perkembangan yang begitu pesat. Jika di minggu-minggu sebelumnya, ia masih bergelar janin, kini ia telah tumbuh dan berkembang menjadi seorang bayi, semua organ pada tubuhnya pun sudah mulai terbentuk dengan perlahan mendekati sempurna seperti seorang manusia kecil.
Selain itu, pada usia kehamilan ini kita dah boleh melakukan scan atau USG untuk mengetahui jenis kelamin baby tu. Untuk itu, esok aku plan nak pegi scan. Jantina bukanlah perkara pertama yang aku nak tau. Sebab aku dah ada 2 pasang cahaya mata. Bagi aku tak kisah lelaki mahupun perempuan. Yang penting kedudukn baby dan uri baik serta kesihatannyer. 

Perkembangan Janin Usia 21 Minggu

Bercakap mengenai perkembangan baby pada usia ke 21 minggu ini, tentunya sudah banyak perkembangan dan pertumbuhan yang telah dialaminya didalam perut. Semasa ini, baby sudah mampu berinteraksi dan melakukan pergerakan di dalam rahim. Sementara itu, berat  baby pada usia kehamilan 21 minggu sudah mencapai 0.34 kilogram dan ukuran panjang dari bahagian kepala hingga kebagian tumit kaki kini sudah mencapai 21.6 cm. Angka ukuran ini berbeza2 pada seseorang yer kerana dipengaruhi oleh berbagai faktor. 
Bulu kening dan kelopak matanya kini sudah terbentuk dengan penuh dan kuku pada jari-jarinya sudah mulai menutupi bahagian hujung jarinya. Rupanya kini, sudah seperti baby comel yang sedia untuk dilahirkan kedunia. Kelopak dan bulu matanya sudah mulai terbentuk dengan perlahan. Aku mengharapkan segalanyer berjalan dengan baik dan lancar sepanjang meniti ke minggu 40

Tiada ulasan: