5 Mac 2017

PREGNANT LAGI

Tahniah pada diri sendiri n tahniah kepada en.asben kerana telah berjaya mengandungkan aku sekali lagi. Mengandung untuk anak ke5. Wah... meriahlah femly kami pasni. Riuh rendah suasana dalam rumah aku. Alhamdulillah dengan rezeki dan amanah dari Allah kali ni. Setelah 7 tahun aku tak membawa perut, akhirnyer penghujung 2016 ditakdirkan sekali lagi aku mengandung. (mungkin juga ini yang terakhir, sebab dah tua). Banyak risiko mengandung di usia tua ni. Mula-mula dapat tahu aku peknan ni, asben yang perasan kelainan pada diri aku. Dia tegur kenapa badan aku cam naik mendadak sangat. Dulu2 kurus, dia soh cek mana tau kalau2 ada orang menumpang dalam perut aku. Aku dengan konfiden mengatakan x mungkin kot sebab aku tak rase apa2 alahan setakat ni. 
Tapi lepas ajer urine test di buat, aku punya terkezut umpama orang mengandung xde suami. Padahal kalau nak diikutkan watpe nak kisah kan. Bukan apa sebab kejadian itu tak dirancang. Terus kasitau suami, suami kata xpelah.. Allah nak kasi sorang lagi kat kita. Mungkin ada hikmah dan kebaikan untuk kami. Lepas pada tu dok pikir2 balik patutlah 2 minggu sudah aku ada teringin sangat nak makan tapai daun getah. Puas dok cari sampai aku post kat FB kat mana nak cari tapai tu. Sampai ke pasar kampung sebelah aku ngan laki pegi xde jual. Hampalah masa tu. Tapi bila dah tau aku peknan, senang plak ada depan mata aku.adusss..tapi bila dah tau ada orang menumpang dalam perut aku, xdelah aku berani nak makan tapai lagi, sebab setahu aku untuk awal kandungan tak bagus makan tapai sebab tajam kata orang tua. So pendekatan aku tengok ajerlah. Tahan dan pendam sajalah keinginan aku tu.
Alhamdulillah hingga hari ni 5.3.2016 kandungan aku telah mengjangkau 20 minggu. Doa dan harapan aku semoga sepanjang meniti hari ke 40 minggu, xde apa2 masalah dengan kandungan aku.

Tiada ulasan: