8 Mac 2017

KEK KAREMAL PELANGI

Setelah sekian lama menyimpan resepi, 3 hari sebelum terhasilnye kek ni aku dah pasasang niat betul2. Cuti hujung minggu ni walau apa terjadi aku kena realisasikan kek karemal pelangi ni. Maklum ajerlah tengah mak buyong ni selera bukan main. Pantang tengok orang post kat FB kalau terliur selagi aku boleh buat aku akan laksanakan. So hari yang dinanti2kan sampai dan alhamdulillah. Menjadi jugak.Kat atas tu adunan tepung yang telah di campur dengan maringue. Ringan ajer..

Adunan tadi dibahagikan kepada 3 warna. Suka hatilah korang nak letak kaler apa. Janji menarik dipandangan masing2 kan. Memandangkan kat rumah aku ini ajer kaler yang ada stok, belasah ajerlah. 
Langkah seterusnye, masukkan adunan tadi ke dalam loyang secara berselang seli hingga habis. mudah ajer
Sebelum tu sila panaskan oven lebih kurang 10 minit pada suhu 170 celcius. Pastu barulah masukkan adunan kek tadi yg telah diletakkan dalam dulang berisi air panas. Bakarlah selama 50 minit -1 jam mengikut oven masing dengan menggunakan api bawah.
ehem2... kek dah naik elok tu. Bau dah kuar dr oven. Sabar2...
Inilah hasilnye setelah kek masak n dikeluarkan dari loyang. Kek ni sedap makan sejuk2. Terasa keenakkan dan kesejukkan karemal saat melalui tekak aku.
Inilah hasil bedah siasat ke atas kek tadi. Cam bese kalau nak harap aku habiskan kek ni ngan anak2 memang tak habislah. So, buat amal sikit. Aku potong2 n kasilah kat jiran2 yang berhampiran. Merasalah sikit sorang sorang air tangan aku.
Confirm memang sedap korang. Trylah... 

Tiada ulasan: