28 Apr 2017

GENAP 7 BULAN

Alhamdulillah Ya Allah, 
hari ni 28 April 2017 genaplah kandungan aku 28 minggu atau 7 bulan. Terasa sekejap ajer masa berlalu. Rasanya baru lagi aku dok uwek2 melalui alahan. Pejam celik pejam celik dah masuk trimester 3. semalam seperti biasa pergi checkup di KKIA Presint 18, Putrajaya. Alhamdulillah semuanya normal daripada kesihatan aku dan juga kandungan. Peningkatan berat badan aku pun ok. Takdelah mendadak sangat bambamnya, walau hakikat bila aku tengok cermin mak aii!! gemuknya aku. Tetiba plak rindukan nak pakai seluar jeans aku. Sabar2... lepas bersalin nanti harap2 boleh masuk seluar2 aku tu. 
Sekarang ni pun segala pergerakan aku terbatas. Kalau dah duduk memang susahlah aku nak bangun. Yang menjadi mangsa adalah askar2 kat rumahlah. Semua aku kerah dan alhamdulillah semuanya bertindak mengikut arahan aku. Heheheehe..cayang uollss. Yang sulong aku selalu suruh dia masak nasi, keluarkan lauk dari peti dan angkat baju di ampaian. Jadi bila balik kerja aku tinggal masak lauk2 ajer. Dah jimat masa kat situ kan. bukan apa, kadang2 aku balik tak tentu masa (bergantung waktu asben sbb pergi n balik keje sekali. Tak berapa larat nak drive dah sekarang). Anak yang kedua tugasnya buang sampah dan sidai baju. En. asben plak memang tersangat ringan tulang membantu dalam setiap apa yang ingin aku lakukan. Gosok baju pun dia tolong. Bahagianya hidup camni. Hehehehe 

Image result for KANDUNGan 28 minggu

Bila dah 7 bulan ni, nurse pun dah nasihatkan aku supaya membuat persiapan2 yang sepatutnya. Dah boleh standby packing baju baby dan aku untuk ke spital sekiranya nak bersalin. 28 minggu, macam2 boleh jadi. buat ke baby nak keluar awal. Cuti minggu ni memang plan nak basuh baju2 baby n masuk bag, sumbat dlm kereta. Sama situasi dengan 4 kandungan aku sebelum ni. Masuk 7 bulan semua dah ada dalam kereta. 
Checkup pun dah start 2 minggu sekali dah. nurse rindu nak jumpa aku tu. Kikiki...setiap saat aku berdoa pada Allah supaya dipermudahkan proses kelahiran my last baby ni. (memang last, kuota gomen dah habis. kalau peknan lg, cuti tanpa gajilah aku.)

Tiada ulasan: