23 Okt 2014

PELAM ASAM BOI

semacam thunami melanda di media sosial sekarang ni. walau di Facebook mahupun di Instagram, rata² post jeruk asam boi ni. kalau kat wall aku, penuh ngan gambor jeruk mangga ni. siap ada yang wat bisness lagi. Alhamdulillah lah, itu rezki mereka yang berniaga. Sah² harga mangga naik mendadak kat pasor.
dek kerana teruja ngan post² member kat laman sosial yang kononnyer memang sedap hasilnyer, aku pun apa lagi terus pasang niat nak wat jugak. akhirnyer di hari depavali aku wat jugaklah. kebetulan depan rumah ada pokok mangga (mekasih wat x'boss yg belanja pokok mangga~hingga kini dah merasa hasilnyer), apa lagi petik ajerlah. wat sikit dulu. first time nak buat ni. 
buatnyer pun mmg mudah sangat. kupas mangga tu, basuh dan toskan. pastu masukkan gula, garam, xili padi dan asam boi. agak² ajerlah. kalau suka pedas, lebihkanlah cilinyer. kalau suka manis lebihkan gula.
bila dah siap gaul tu letak ajerlah dalam botol atau tak kisahlah nak letak dalam apapun, masuk.dalam peti. aku rasa selain mangga tak salah kalau nak cuba betik muda ke, kedondong ke atau apa sahaja yg sesuai untuk di buat jeruk. hasilnyer hari ni aku bawa pergi opis. licin uollss..harap² pujian yg member  berikan ikhlas dari hati mereka.

Tiada ulasan: