29 Okt 2014

TEAM BUILDING 2014

Ini adalah kali ketiga team kami berkursus kat BUKIT GAMBANG RESORT, Kuantan Pahang. semacam xde tempat lain dah nak wat kursus. Tapi xpe kalau sebelum ni tahun 2012 team aku diletakkan kat CARIBEAN Apartment tapi untuk tahun 2014 team aku diletakkan kat tempat baru ARABIAN Apartment. Tempat baru tu.ala2 ARAB gitu. Gambo atas tulah apartment yang aku lepak 3 hari 2 malam.
Aktiviti dalam hutan adalah antara aktiviti yang di tunggu2 oleh team kami. Agak mencabar jugaklah. Tapi tak sempat nak snap banyak gambar. Tak sempat ooooo... maklum ajerlah setiap cabaran di kira masa. So HP memasing yang canggih2 tu tersimpan ajeelah dalam poket.. ni pun sempat snap sebab dah habis tiap cabaran dan tengah melepaskan penat. Xtvt dalam air aku tak heran sangat. Sebab aku tak join.
BBQ time...
Setelah sume xtvt dah settle. Bagus team aku ni. Menetapi tema dinner gabungan MERAH HITAM. Bukan setakat baju, alas meja dan air pun turut menetapi tema. Klakor plok bila aku pikirkan kembali.
Seperti bese, xtvt mengedikz tak boleh dipisahkan. Layankan ajerlah
KAROK time.
Ni lagi satu kisah... asalnyer aku disuruh karok wakilkan grup aku. (Setiap grup wajib sumbangkan satu lagu). Rela dalam paksa aku turutkan. Bila dah habis satu lagu, tetiba perasaan malu tu dah hilang. Semangat plak dapat mic.. apa lagi . Layan sampai 4 buah lagu plak. Nasiblah yang mendengar. Sedap korang dengar. Kalau tak sedap dan agak2 mencairkan tahi telinga korang, sumbat ajer telinga tu atau abaikan ajer suara2 sumbang tu.yang penting lepas jugak meroyan aku malam tu.
Yeahhh...
sume dah habis. Debaran menunggu grup mana plak yang menjuarai untuk tahun ni. Adakah grup aku? Rasanyer dah wat yang terbaik. 
Sementara itu, seperti beselah...mula2 bertiga yang mengedikzzzz..
kemudian..
Aik... tetiba sudah tambah sorang lagi.. dan tetiba...
Wah meriahnyer....
inilah wajah2 kesayangan hamba
Senyum @ sengih. Pepandai koranglah nak wat yang mana satu

Alhamdulillah...
berakhir sudah TEAM BUILDING 2014. Kenangan tika bersama kekawan adalah satu kenangan yang amat manis. Suka duka hilai tawa bersama pasti akan terpahat dalam hati aku sampai hujung nyawa. Kalianlah sahabat yang terbaik bagi aku.ada di kala suka duka aku.moga ikatan yang terjalin akan kekal sepanjang usia kita. Walau perpisahan  yang melanda, kalian tetap berada dalam hati.

Tiada ulasan: