21 Jul 2012

DANISH OH DANISH

Andai inilah yang telah di takdirkan untukmu, 
Andai inilah yg tersurat untukmu,
Andai inilah perjalanan yang telah ditentukan untukmu
Aku pasrah Ya Allah
Hanya Engkau yg maha mengetahui setiap apa yg telah kau aturkan dalam hidup anak ku Danish. Mungkin ada hikmah di kemudian hari untukmu sayang. Doa ibu moga kau tabah n kuat anakku. Setiap detik aku tak pernah mengeluh untuk menemanimu sayang. Mungkin Allah jua sedang menguji aku. Adakah aku mampu hadapi n sabar mengharunginyer.. Insyaallah aku akan jadi kuat demi Danish. 
Biar ibu penat mendukungmu
Biar ibu tak lelap mata menjagamu
Biar ibu kehabisan wang untukmu
Biar cuti rehat ibu kehabisan pun
semuanyer ibu sangup demi mu Danish kerana 
kaulah permata hati ibu, 
kaulah suka duka ibu, 
kaulah segalanyer buat ibu.

Tiada ulasan: