31 Jul 2014

REZKI 3 SYAWAL 2014

Alhamdulillah dengan rezki mu Ya Allah. Rezki yang aku n anak2 buah dapat didatangkan melalui bapa saudara aku di kampung. Sedaya mungkin sepupu aku usaha memanjat n mengait buah2an ni untuk kami. Ternyata kehadiran kami ini amat menyeronokkan bagi sedara aku. Yer lah bukan selalu boleh datang. Uolss kenal tak dengan buah ni? Ni lah buah tampoi. Buah dalam hutan ni. Kat kampung masih senang nak dapat berbanding di bandar.
Ni lah hasil kaitan anak2 n anak2 buah aku. Mujur jugak pokok dia tak tinggi mana. Aku bayangkan kalau aku pergi pakai seluar, konpem aku panjat pokok manggis tu. Ingat kisah memanjat ni teringat nostalgia zaman kanak2. Aku membesar dalam suasana kampung. Jadi pokok2 ni sebahagian tempat permainan aku
Ingat masa kecik2 dulu. Abang aku selalu wat teka teki menipu aku. Mesti dia soh aku teka isi kat dalam buah manggis tu ada betapa. Puaslah aku teka. Selalunyer mmg salahlah. Tp aku pelik kenapa asyik dia betul ajer. Rupa2nyer rahsianyer adalah di bawah bahagian luar buah tu. Tengok kelopak dia. Kalau ada 5 kelopak, maksudnyer sah2 ada 5 isi kat dalam.
Ni lah sebahagian habuan yg aku dapat hasil balik kampung. Buah durian, cempedak, langsat, manggis, tampoi dan kuini. 

Tiada ulasan: