25 Jan 2014

BERPISAH JUA KITA

HEPI BEZDAY YG KE 60 UNCLE BALA. Pg jumaat 24.1.2014 opis aku adalah majlis kecil2 untuk persaraan u.bala pemandu di Admin. Sejak smlm lg aku menjangkakan akan ada yg menangis hr ni. Memang tepat jangkaan aku, x yah kata org lain. Air mata aku sendiri pun tak tertahan dek benteng. Gugur juga membasahi pipi. Mula2 majlis, sumenyer ok. Lepas big bos berucap, kasi peluang kat u.bala berucap. Adoooiii... syahdu jgk org tua ni. Tone suara sudah lari lah uncle. Aku tahan jer lg. Jenis aku ni bukannyer blh tgk org nangis. Mulalah aku secara automatik nak join membanjirkan lantai. Kena plak dlm ucapan dia mention nama aku plak. Yerlah... sbb aku yg jaga n mengatur job mereka. Settle dia punya part, bos minta kekawan seangkatan dia plak wat ucapan. A.saad di beri mandat tu. Aku ingat a.saad wat2 nangis, rupanyer nangis betul lah. Itulah nilai persahabatan sebenar bg aku. Walau berlainan kaum, walau berlainan agama namun bila d opis kita sume satu keluarga juga satu team. Sume tu bukan menjadi halangan dalam sebuah persahabatan. Mmg tersentuh hati aku bila melihat situasi ini. Settle jgk ucapan a.saad. Tetiba bos minta aku plak yg beri kata2 terakhir buat u.bala. Aku dah jangka bos pasti akan soh aku berucap sbb aku yg menyelia kerja2 u.bala. Aku terpaksa menolak sbb air mata dah kuar dulu. Nanti kalau aku ckp pun org x paham wat pe kan? "x pelah bos, sy ckp personal ngan uncle nanti." itu jer yg mampu aku ucapkan.
sebagai ingatan snap sekeping ngan hero tamil admin ni. Banyak kenangan ngan dia. Selalu OS ngan dia. Kursus sekali. Antara Kenangan manis bersama masa pegi RTC di Kelantan. Kita jejalan di WAKAF CHEYEH n makan ramai2 kat situ. Balik dr kelantan sempat singgah kat rumah aku di KUALA LIPIS. masa tu 3 bj keta kita gerak. Kemudian kita ke PD juga konvoi 4 biji kereta sempena MALAYSIA BEAUTIFUL DAY. turun ke KUANTAN sempena HPPNK 2013 peringkat negeri pahang. Ke PERLIS sempena pelancaran pejabat MAQIS. Yg paling best saat kita bekursus di Bukit Gambang Resot, Kuantan. D situ mmg byk kenangan. Ke Langkawi kursus fail meja dan yg terakhir d PULAU PANGKOR.dia yg ku kenali amat mudah bekerjasama ngan aku. Setiap arahan aku, boleh d katakan sume dia ikut. Cuma kalau ada hal dia akan ckp elok2 kat aku. Cara aku mudah jee dlm.menjaga 5 pemandu yg d bawh aku. Aku ckp kat mereka, anggaplah kita sume ni satu femly. (opis femly) aku nak kita bekerja ngan seronok n saling membantu. Kalau x puas hati ngan aku, ckp terus. Aku boleh terima. Alhamdulillah setakat hari ini, meka yg berada d bawah aku oklah...
salah sorang yg rapat ngan uncle bala. Teman bergurau n menyakat. ketiadaan BALASUPRAMANIAN A/L ARUMUGAM pasti akan d rasai oleh setiap orang. Dah tiba waktu rehat utk dia. 30 tahun berkhidmat. kalau ikutkan dia, masih nak keje. Tp nak wat camne dah syarat hya setakat umur 60 tahun jer boleh keje..

Tiada ulasan: