6 Dis 2013

INDAHNYER KENANGAN 1

Sume orang ada kenangan kan?.. Tak kiralah samaada kenangan itu manis ataupun pahit kan. Tp yg pastinyer kenangan manis akan tetap segar dalam ingatan. Yang pahit tu pasti akan cuba di lempar jauh dr ingatan. Tul ke?...setiap org x sama ngan pandangan kita. Cam aku sendiri pahit manis tu adalah rencah dalam kehidupan. "Setiap kenangan pahit yang d tinggalkan, pasti ada manisnyer utk di kenang. Mungkin kepahitan itu juga akan menjadi pengubat suatu ketika nanti." Cewah... Cam sama plak ngan tajuk blog aku kan.
Dlm banyak2 kenangan, yg mana satu korang x blh lupa? N yg mana satu paling menyentuh hati? Hanya diri sendiri yg tahu kan sbb kita sendiri yg lalui. Rasanyer majoriti org kita ni, sejak umur 6 tahun kita sume dah blh ingat kan. Kalau aku zaman umur 6 tahun tu teringat masa sekolah tadika n tinggal d kawasan yg memang kampunglah. Aku org susah...yg x punya apa. Rumah pun masa tu mana ada bekalan letrik n air paip lagi. Sume bergantung ngan pelita n air sungai jee. Aku ingat lagi dan mmg aku tak sangka dengan usia aku 6 tahun aku blh panjat pokok jambu tepi sungai rumah aku tu, sampai dahan yg paling atas sekali. Bayangkan.... Time tu xde plak rasa takut. jatuh ke, dahan patah ke dan segala bagailah yg negatif. cuba lau skrg anak aku yg wat camtu. Sah2 aku dah jadi tarzan menjerit kat bawah. Tp x lama aku dok kat kawasan kampung. Masa aku nak masuk darjah satu femly aku dah pindah ke BANDAR LIPIS. aku d sekolahkan di SKWI. ni lah tempat aku mula mengenal huruf selepas tamat ngan jayanyer tadika kat kampung dl. Dari A hingga Z. dari x pandai baca hingga pandai baca..sampailah aku tamat menduduki UPSR. zaman sekolah rendah bestnyer blh tahan gak. Dari darjah 1-3 aku x aktif sangat. Tp start darjah 4-6 aku mula aktifkan diri terutama dlm bidang sukan. Bukan masuk bakul n angkat sendiri tau. Tp hakikatnyer aku antara yg selalu akan mendapat no 3 teratas dlm acara lumba lari. Sepanjang 3 tahun pasti aku akan mewakili rumah sukan BIRU yg mmg hebat zaman tu. Lau blh sume pelajar nak masuk rumah BIRU. Memang berbaloi ngan usaha aku. Pingat mmg byklah. Cuma pesen aku masa tu lau lari, pasti toleh kat lawan d belakang. Sudahnyer aku akan masuk line org. (camtu punya orang pun ada kan?). lau kat rumah plak aku mmg heroinlah dlm apa2 permainan. Ini citer betul tau.  bukan reka2. seronok plak menaip ni sambil mengimbas kenangan dulu kala. main masak2 tu ada jugaklah. Namapun pompuan kan. Mana blh lau x main masak2. tp geng2 aku ni tak kira laki pompuan sume main sama2. Paling meninggalkan kenangan zaman kegemilangan masa main BALING SELIPARROUNDER. aku antara yg yg hebat2lah. Pernah terjadi kes bila undi geng aku sume yg terer2, sudahnyer geng lawan x nak main. Last2 undi balik semula.
Lau aku balik lipis, jumpa ngan member aku sorang ni pasti aku teringat kisah tragis ngan dia. Kan aku dah kata, aku ni cam jantan masa kecik2 dl. Rambut mmg x pernah panjang. Sentiasa pendek cam jantan. Projek kami bertiga panjat syiling surau. Aku, ila n sorang lg budak laki. X yah sebutlah nama dia. Nanti, andai dia terbaca marah plak dia kat aku.... Nak d jadikan citer, kami lepas dah naik n lepak kat atas syiling surau tetiba mak kawan aku ni jerit panggil nama ila. Oooo  no... Rupanyer ada budak lain yg pasan kami kat situ n kasi tau mak ila. Apa lg mak ila panggillah. Mula2 kami wat diam jee. Tp bila suara tu semakin dekat n nyaring kami ambil keputusan 'serah diri' lah.... Budak laki turun dl. selamat.... Turn ila plak. Entah apa nasib malang ila, dia terpijak syiling bukannyer pijak kayu. GEDEBUK dia jatuh kat lantai. Adalah dalam ketinggian 2 meter stgh. Adooiiii... mesti sakit giler bontot dia. Aku kat atas lg ni. Bila ila dah jatuh, ramailah org dtg kat tempat kejadian. Aku masih mendiamkan diri kat atas ni... Adalah satu pakcik ni "sapa lg kat atas tu!? Turun sekarang" Aku pun dgn ayu sopan santun turunlah. Mak ai...ramainyer org. "x padan ngan pompuan". Kedengaran pakcik berkata lg. Yg ila pandang kat aku sambil gosok2 bontot. Sian dia. Petang tu glamourlah kes kami kejap. Dok flat, habis satu flat dari tingkat 1-4 tahu...kenangan tul lah.
Tamat UPSR, aku melangkahkan kaki ke SMSW. Semakin remaja dah aku.... Tp masih main permainan seperti biasa. Cuma agak terbataslah sikit. Mak aku pun dah pesan jgn rapat sangat ngan bebudak lelaki. Aku dah remaja. Dah besar. Nanti apa kata jiran2... Di sekolah xde apa yg best sgt. Belajar seperti biasa. Sukan masih aktif... Acara yg aku suka adalah lumba lari, lompat jauh n netball. Mmg yg tu aku wakil rumah sukan aku. Alhamdulillah... Peningkatan pelajaran aku meningkat. Masa ting.1 aku kelas C. masuk ting.2 dapat kelas B dan masa ting.3 aku dpt kelas A. Masa ting.3 ni aku siap p merayu kat guru besar x nak masuk kelas A. Sbb apa? Sbb aku x nak berpecah ngan geng2 aku. Dlm geng, aku sorang yg terlepas kat kelas A. giler aku d buatnyer. Dahlah kelas ni, budak sume cerdik2. Aku kena keje keras. Rayuan aku x d terima. Sbb guru besar kata kedudukan keseluruhan aku adalah yg ke 16/1++ masa tu. Mmg layak kat kelas A. Nak tak nak aku redho jeelah. Tp sepanjang nak habiskan tingkatan 3 tu mmg aku x suka. Aku jeles ngan geng2 aku sblm ni.waaaaaaa.
Setahun berlalu. Berjaya gak aku habiskan sekolah aku sampai.menduduki PMR. tingkatan 4 sekolah plak SMC sbb kat SMSW xde tingkatan 4 & 5 masa tu. Skrg ni dah ada dah. Ting.4 aku langsung x aktif dlm sukan larian. Bukan apa bila kita dah semakin remaja n membesar rasa malu plak nak berlari depan org lain. Tau2 sajerlah kan. X perlulah aku nak detail kat sini... Cuma aku masih masuklah cam lompat jauh n netball. Mula2 masuk ting.4 ni aku d tempatkan kat kelas ekonomi... Terasing lg ngan geng2 masa ting.3 dl. Kelas ni chinise plak byk. Adooiiii... Camnelah nak wat. Last2 aku tekad aku p jumpa sorang cikgu ni. ( dulu dia ngajar aku kat SMSW. dpt tukar sekolah gak). Aku ckp aku nak ambil subjek ERT. lau aku kekal kat kelas ekonomi subjek tu xde. Akhirnyer usaha aku berjaya. Aku dapat tukar kelas PS. Oh yeah..!!! Syukur sgt2. Dpt kembali bersama ngan geng2 aku. Kadang2 semangat nak belajar ni dtgnyer dr sahabat gak. Bg pandangan aku lah.
Lau dah namanyer remaja, x lari dr pengalaman cinta monyet kan. Sian monyet tu. X pasal2 nama dia d selitkan dalam cinta bebudak remaja...member2 dah ada yg couple. Aku nekad kononnyer x nak pk lg cintan2 ni. Nak tumpukan sepenuh perhatian utk SPM. lgpun sapalah nak kat aku ni.bukannyer comel mana pun. Biarpun bg sesetgh ada yg kata, ting.4 adalah tahun bulan madu. Sebab dah lepas PMR. SPM tahun depan. Jadi tahun yg tgh2 ni enjoylahlah...enjoy yer... Tapi sume tu hya perancangan kan. Tuhan yg menentukan. Dlm menjalani tugas sebagai seorang pelajar, adalah sorang mamat ni bertukar sekolah dari Pekan. Geng2 aku tertanya2 kelas manalah agaknyer dia masuk. Emmm... Kelas ES bukan kelas aku. Xpelah. budak cerdiklah tu lau masuk kelas sains. Selang beberapa bulan rasa aku, member aku sampaikan salam. Katanyer budak baru tukar sekolah tu kirim salam. Biar betul... Ting tong punya ting tong aku rapatlah ngan dia (H). Hilang sudah tekad aku dl. Terasa gak. Sbnrnyer H ni dah try budak lain. Adalah dlm 2 orang kot. Tp budak yg dia try tu dah ada balak daaa... Permohonan H d rejectlah kiranyer. Sian dia. walau aku bukan pilihan pertama H, aku layankan jerlah. X salahkan. Ingat first date aku ngan H kat belakang toilet. Xde tempat lain ke? Hish hish hish  kalau d ingat balik bodoh rasanyer kan.. Tempat punya luas blkg toilet gak pilihan utama.
H adalah lelaki pertama dlm hidup aku. Dia yg mengajar aku erti sebuah rindu dan kasih sayang.dia juga yg mengajar aku erti kejujuran dan kesetiaan dalam perhubungan. Hubungan kami boleh d katakan ramai yg tahu. Selalu jgk kami ke library. Study bersama kononnyer. Blh caya ke? Taktik jer tu. Yg lebihnyer nak jumpa. Nak bertentang mata. Kah kah.kah... Ingat lagi satu mlm H ada tepon aku. Kebetulan plak line telefon kat rumah aku tu d share ke bilik arwah ayah aku. Sembang punya sembang sampai x ingat dunia. Yeelah.. Time tu H masuk duit 50sen kat public phone pun boleh ckp lama tau. Lebih dr stgh jam aku rasa. Tetiba "dah malam dah!. Cukup2lah. tido. esok sekolah" hah..rupanyer ayah aku dengar kat bilik sebalah. Adoii.. Kantoi lah plak.terus letak tepon. Bab surat x yah cakaplah. Mmg banyak giler. Lau selang setiap hari ada posmen tak bertauliah akan sampaikan surat utk aku. Kdg2 bukannyer tulis apepun. Sekadar lirik lagu....
Ok stop dulu sambung lg. Dah habis angsara utk tulis....

Tiada ulasan: