Memaparkan catatan dengan label DAPUR CHE ROSE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DAPUR CHE ROSE. Papar semua catatan

20 Mac 2018

BROWNIES

Bila di layan keinginan tekak n selera makan, maka terhasillah brownies ni. Simple jer. Yang penting rasanya sodap. Selalu buat topping nutela. Mmg sedaplah. Hargapun boleh tahan. Kali ni aku try letak peanut.  Mmmmm... tak berapa menyentap selera. Nutella juga yg menang. So pendek citer yg topping peanut lanbat sikit habis berbanding nutella. Ada yg order aku ambil tak mahal pun. Kalau camni rm45. Oklah kan.  Yang mana nak repeat boleh jer. Tapi bergantung pd scedule aku jugaklah. Maklum ajerlah sejak beranak kecik ni, masa agak mencemburui untuk aku membaking.

BUBBLE RICE COKLAT

Taraaa... bila keinginan anak sulong nak berniaga kat sekolah. Aku sokong n kasi semangat jer. Tolong ajarkan cara2 nak buat n carikan bahan2. Selebihnya anak sulong yang buat. Cam aku jugak minat berniaga. Awal2 dl, dia nak jual cheaskut, tapi aku cakap modal besar. Kalau setakat nak ambil order sebekas atau 2 bekas baik lupakan niat tu. Melainkan kalau kumpul order banyak, baru boleh buat. Sekali jalan kan.
Ni lah hasilnya.. 
Bubble rice coklat. Bagi penggemar coklat mesti suka. Semoga kau berjaya nak...

17 Sep 2017

KASWI

Jom kita berkaswi petang2 cegini. Pekena plak mgan kopi O panas. Perghhhg.. πŸ‘πŸ‘lah jawabnya. Buat seloyang jer. Itupun banyak sebenarnya. Tak habis pun. Cam beselah, buat agihan ke rumah jiran2. Ni kalau buat untuk jualan pun, ok jugak. Kuih ni mudah jer nak buat dan bahan2 pun orang kata yg sentiasa ada kat dapur. Ok aku kongsi resepinya yer..

BAHAN2
2 Cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan gula merah
5 cawan air
3/4 sudu air kapur makan
Kelapa parut (bhgn putih sahaja)
Sedikit garam

CARA2
Campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati dan larut. Tapis ke dalam loyang yg telah dileserkan dengan minyak. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana besar. Dah masak, sejukkan dulu baru potong dan gaul dalam kelapa yg telah digaul bersama sedikit garam.

Sekarang dah boleh makan. Jom  ngap. Tunggu apa lg

1 Ogo 2017

TRIFFLE VERSI DALAM PANTANG

Dah lama aku dok usha bahan2 nak wat triffle ni. Setiap kali aku masuk dapur terpandang aje kat buah-buahan dalam tin, serbuk jelly dll. Dok fikir jugak bila agaknya aku boleh buat triffle ni. Keinginan nak makan tu ada, tapi apakan daya aku masih dalam pantang. Masa open house baru ni aku ada buat jugak. Tak sempat nak makan banyak2. Bz sangatlah katakan. 
So hari ni gagahkan jugaklah. Aku nekad nak buat triffle sekaligus melenyapkan segala bahan dari pandangan aku setiap kali masuk dapur. Dah list siap2 kepada siapa akan aku agihkan untuk 5 bekas ni. 
1. Mak mertua
2. Adik ipar
3. Jiran belakang rumah
4. Asben bawa pejabat
5. Untuk anak2 makan

Buatnya senang sangat. Janji kerajinan tu ada. Aku tulis kat sinilah. Sebagai tatapan dan rujukan aku di masa akan datang. Manalah tau lain kali nak buat lagi, tetiba lupa.

BAHAN2
1 tin buah- buahan dalam tin
1 tin susu cair
1 tin air 
1/2 cawan gula
1/2 cawam tepung kastad
1/ 2 cawan jus air dari buah dalam tin
Kek roll
Sekotak jelly

CARA-CARA
Potong kek roll setebal 1 inci. Susun dalam bekas. Renjiskan jus buah-buahan sampai agak2 lembab. Ketepikan. Satukan susu cair, gula, air, jus buah-buahan dan tepung kastad. Masak atas api perlahan sehingga agak pekat. Tuangkan kastad di atas kek yg di susun tadi. Tabur buah-buahan campuran di atas kastad. 

Masak jelly mengikut arahan pada kotak. Tuang atas buah-buahan tadi. Letak dalam peti sejuk dlm 3 jam. Pastu baru boleh makan. Sedap beb..
Kalau nak nampak cantik, buat dalam bekas yg jernih. Boleh nampak dari sisi kejadiannya.Nampak setingkat-setingkat.

13 Jul 2017

BISKUT FAMOUS AMOS


Biskut ke3 dalam misi memenuhkan balang2 kuih raya rumah sendiri. First time mencuba ni. Resepi pakcik google jugak. Harap2 menjadilah. Time bakar yang bestnya. Semerbak bau dia. Tergugat Ayuni yang berpuasa tu. Asyik dok tanya bila boleh makan. Opkoslah lepas berbuka nanti bolehlah kalau nak rasa. 

Taraaaa... inilah hasilnya. Ayuni panggil chips more. Sudahnya Ayuni ngan Danish yang paling suka makan biskut ni. Asal malam jer buka balang ngadap. Mujur jugaklah sempat sampai raya biskut ni. Next year kita boleh buat lg. Untuk anak2 nanti ada masa free ibu buat lagi yer. untuk makan sajer2 sambil2 ngadap tv n santai2. kan

BUBUR BIJI NANGKA

Time sabtu ahad jer aku boleh memanjakan diri di dapur buat benda2 cam gini. Kalau harapkan hari bekerja, agak susah. Bukan apa masa tu x sempat nak kejar. Sampai rumah pun dah kul 6 lebih. Terhad sangat ngan waktu berbuka. Sejak2 peknan ni tekak aku ni, asyik minta macam2 je. Mujur jugak yang nak makan tu semua benda yang boleh aku hasilkan sendiri. Ni kes tengok kekawan dok post kat FB bubur biji nangka. Apa lagi. Kuar kedai cari bahanlah. Anak2 xde hal bila minta tolong gentelkan. Suka sangat Amirul. Hasilnya memang terbaekkk. Memenuhi tekak aku.

12 Jul 2017

NASI GORENG TOMYAM KONG SAWADIKAP & SPAGETI

Asyik berbuka nasi ngan lauk pauh jer. Hari ni asben minta buat kelainan sikit. Nak makan nasi goreng katanya. Kebetulan dalam peti ada pes tomyam, asben request nak nasi goreng tomyam sawadikap. Ok no problem. Aku suka memenuhi impian orang ni. Kena plak orang yang rapat ngan kita. My housemate merangkap my roommate, my sleeping patner dan orang yang berkongsi susah senang ngan aku. Satu kepuasan bila orang tersayang puas hati dan makan bertambah hasil air tangan aku. Anak2 lagilah. Sah2 anak yang no 2 tu memang kuat makan. Tak heran kalau dia makan bertambah berkali2. Sekarang si Danish plak semacam menjejaki  Amirul. Makan mesti bertambah. kalau tak bertambah terus pun, mesti selang dalam stgh jam kemudian dia minta nasi lagi. 

Kebetulan plak, tekak tengah teringin nak makan spageti. Jadi ajer... asal ada bahan2. Buat tak banyak pun. Lepaslah untuk anak beranak n sedekah jiran tetangga kiri kanan, emak mertua ngan ipar duai. 

BISKUT DAHLIA

Al kisahnya semangat sangat nak buat biskut dahlia ni. Dah terbayang hasilnya seperti biskut yang aku beli tahun lepas. Seperti biasa aku carilah resepi kat pakcik google. Dah dapat resepisimpan elok2. Sampai masa cari bahan maka rewanglah anak beranak menghasilkan biskut dahlia ni. Tapi hasilnya sedikit mengecewakan aku. Menjadi memang menjadi, cuma agak rapuh. Mungkin sebab resepi tu banyak sangat guna tepung kastard ngan tepung jagung kot. (cewahh...!! tetiba salahkan resepi kan). Bila nak angkat yg dah masak tu, mesti pecah. huhuhu sadis hati aku. Lagi satu, acuan dia tak cantik. Tahun depan kena beli acuan yang pecah 12 tu.


Tahun depan jugak kena cari resepi lain plak. Tak nak dah ikut resepi yang sama. Nanti frust lagi untuk sekian kalinya. 

BISKUT SUJI

Masih meneruskan tradisi seperti tahun2 sudah. Terus dan terus membuat biskut suji. Biskut paling mudah. Bahan pun mudah didapati. Semalam buat kuih gunting ngan siput. Hari ni (ahad) aku hadam biskut suji plak. Seperti biasalah, anak sulong tugasnya masuk dan keluarkan biskut dari aven. Yang kedua bergilir ngan ayuni letak ceri atas biskut. Jadi dalam keadaan aku camni, ringanlah sikit bebanan aku. Anak2 turut enjoy buat biskut ni.


Bila buat bersama2, keje tu jadi cepat jer siap. Sambil2 buat biskut sekurang2nya aku dapat eratkan hubungan sesama anak2 dan dapat pupukkan semangat tolong menolong antara adik beradik anak2 aku.

KUIH GUNTING VS KUIH SIPUT

Lambat upload gambar ni. Ni kisah 2 minggu sebelum raya. 2 minggu nak raya lagi kan? walau tengah2 sarat bawa perut, semangat nak membuat kuih raya sendiri tu tetap ada. Nak wat camne kalau dah minat hala ke situ kan. Asben cakap awal2 dah. Kalau tak larat x payahlah menyiksakan diri buat semua tu. Beli ajer.. Diam2 aku projek kan bersama anak2. Mereka pun turut excited bila aku tanya nak tolong ibu buat kuih raya tak? Yang sulong dan no 2 cepat jer angguk kepala tanda setuju aku buat kuih raya. Ok.. pagi sabtu kita operasi yer...

Untuk hari ni kita buat kuih siput ngan kuih gunting yer. Dari satu adunan yang sama jer pun. hehehehe.. mudah kan. Yang gunting tu aku serahkan pada anak sulong soh gunting2 ikutlah camne pun. Janji tergunting. So untuk hari ni dapat lg 2 balang.Alhamdulillah.

20 Jun 2017

SARANG SEMUT

Salah satu kuih febret aku sejak dari zaman kanak2 lagi. Ingat lagi masa sekolah menengah aku selalu tolong jiran aku buat kuih sarang semut ni. Mungkin dari situlah yang membuatkan aku semakin menggemari kuih ni. Tak mustahil sehingga sekarang zaman anak 4 ni aku still suka makan kuih ni. Nak buat pun xdelah susah n rumit mana. yang penting kena ada tahap kerajinan tu.

Kuih kedua yang aku buat dalam misi memenuhkan balang raya rumah sendiri. Mujur anak2 rajin membantu. Jadi ringanlah sikit kerja2 aku. Bagi arahan jer...


Tapi yang bestnya time buka pose anak2 dok buka balang jer. Aku risau gak. sempat ke kuih ni sampai ke raya. kalau habis memang tak buat dahlah..

19 Jun 2017

CORNFLAKES MADU

Dalam usia kandungan 34 minggu, alhamdulillah aku masih bertenaga untuk misi memenuhkan balang2 raya tahun 2017. Ini adalah kuih raya balang pertama raya 2017. CORNFLAKES MADU. Buat yang mudah2 ajer dulu.

Sebetulnya kalau diikutkan aku tak berapa larat dah, tapi kerana minat kerana anak2 dan kerana semangat berkobar2 nak buat jugak, maka masuk dapurlah akhirnya. Buat tak banyak pun. Dapat sebalang jer... janji adalah hasil tangan sendiri untuk tetamu yang datang ke rumah nanti. 
kita zoom sikit. 
sebalang yang ni cukuplah. Banyak2 nanti takut tak habis plak kan. 

8 Jun 2017

ESKREM LAGI

Tetiba tekak ni terasa nak makan eskrem. hari tu dah buat. Baru sangat lagi. Tak sampai seminggu lagi rasanya. Kali ni masih perisa yang sama. Coklat n vanila. Cuma kaler jer yang berlainan. Maklumlah cara membuatnya sangat mudah dan sekejap jer. Sambil2 tu aku dah dapat jimat dalam beringgit-ringgit dari aku sedekah kan kedai tu. Kali ni aku buat, aku lebihkan sedikit ovalett. Hasilnya ternyata lebih gebu dari sebelum ni. 

24 Mei 2017

KEK RAMADHAN

Tetiba tekak aku ni rasa nak makan kek coklat moist plak. Sementara tak berpantang lagi ni, bolehlah aku tibai segala jenis makanan. Nak order rasa cam rugi plak. Sebab benda yang aku tau buat kan. Cuma nak tunggu waktu rajin aku datang dululah. Nak di jadikan cerita kebetulan aku cuti hari isnin baru ni dan tetiba plak kerajinan aku ada, maka itu terwujudlah KEK COKLAT MOIST versi aku. Masuk dapur, tengok bahan-bahan semua ada. On teruslah. Tak sabar nak makan. Bila ayuni balik sekolah jer, seperti biasa soklan dia ibu buat kek harijadi Yuni ke? Ewah2..!! kalau setiap kali buat kek mesti dia kata hari jadi dia. Untunglah... setiap bulan bday dia. Ibu buat sebab ibu nak makan n sambil2 tu nak kasi semangat untuk anak2 ibu sambut bulan Ramadhan. 

Seperti biasa nak aku yang habiskan sebiji kek ni, memang taklah. Bukannya nak makan banyak sangat pun. Sekadar nak merasa sebenarnya. So, aku potong 4 bahagian. Agihkan kepada jiran tetangga n tak lupa kepada mak mertua n ipar duai aku. deco lantaklah. walaupun tak segah mana, janji bab rasa not bad..

SIAKAP 3 RASA

Inilah hasil bila melayan orang yang mengidam. Orang lain yang mengandung, orang lain plak yang nak makan lebih-lebih. Nak mudah beli ajer. Tapi kalau beli korang faham-faham ajerlah. Seekor pun berapa dah... boleh kempis poket seluar di buatnya. Kata sepakat di ambil, kita masak sendiri ajerlah. Itu lebih jimat rasanya. Bukan setakat jimat, kebersihan sah2 kita tahu. Sambil2 tu boleh masak sama-sama saling tolong menolong. Kan lebih mesra gitu.


Pagi2 lagi sedang elok market bukak, aku ngan en asben dah terpacak untuk mencari ikan siakap ni. 2 ekor sudah memadai untuk kami 6 beranak. Siap beli bahan2 rencah sekali. Sat lagi kita operasi bersama k. Alhamdulilah terhasillah jua seperti yang diidamkan. Semoga lepaslah menigam tu.  

18 Mei 2017

PUDING PELANGI LAGI

Cantik tak? Jawablah cantik...Sejujurnya aku suka dengan kejadian puding roti aku kali ni. Sebab buat untuk makan2 sendiri, xdelah meriah sangat kalernya. Selalu kalau yg customer order aku akan buat 3 kaler. lagi cantik kejadiannya. Bab rasa tetap sama jer.. Tak manis sangat dan taklah sampai xde rasa langsung. Yang sedang-sedang sahaja. Kalau makan berulang pun xdelah sampai kena potong kaki korang. Kemanisan masih terkawal lagi.

Seperti biasa aku ni suka bab2 membuat puding ni. Nak tunggu isi rumah habiskan makan hari. Jadi aku akan agihkan kepada jiran tetangga. Sapa yang duduk sebelah kiri kanan depan belakang rumah aku merasalah sikit sorang. Yang penting mak mertua tak dilupakan. Kena bagilah. Biar merasa air tangan menantu ni.

17 Mei 2017

KEK KAREMAL PELANGI MOTHERS DAY

Nak kata kek dibuat sempena Hari Ibu tak jugak. Kebetulan jer masa buat kek karemal ni jatuh plak pada tarikh sambutan hari ibu. So sajer2lah menulis kat atas kek tu SELAMAT HARI IBU. Sebenarnya tekak tu tetiba teringin sangat nak makan kek ni. Lama dah tak buat kan. So kebetulan plak tengah ada kerajinan tahap gaban, maka itu masuk dapur membakinglah. Bagi aku kek ni sedap di makan selepas letak dalam peti ais sekejap. Kasi karemal di sejuk. Masa makan tu terasa sejuk jer kek tu lalu kat tekak. Pergh... korang bayangkan ajerlah yer.


Ada lebihan aku kasi en.asben bawa ke opis dia. Rezeki kekawan dia. Sambil2 promosilah tu. Mana tau ada yang nak tempah. 

16 Mei 2017

KUIH LAPIS

Taraa...
Alhamdulillah siap jugak projek aku belah petang cuti2 ni. Melapis plak di dapur. Ikhlas cakaplah, ini adalah first time aku buat kuih lapis. Mujur menjadi. Lepaslah untuk makan petang anak beranak. Cuma sejujurnya perlukan penambahbaikkan lagi ni. Aku ikut sebiji resepi kat FB. Tapi agak lembik. Agak bercinta bila nak memotongnya. Camne nak kasi keras sikit yer.? Perlu lebihkan tepung gandum atau apa yer??
En.asben kata sedap. Tak taulah nak sedapkan hati aku atau betul2 sedap. Tapi tengok dia habis jugak 3 ketul. Sedap betullah tu. Lepas ni boleh repeat buat lg ni. Anak2 pun suka terutama anak bujang aku. Kebetulan anak bujang memang kaki makan. tengok badanlah kan...Insyaallah ada masa nanti nak buat lagi

8 Mac 2017

KEK KAREMAL PELANGI

Setelah sekian lama menyimpan resepi, 3 hari sebelum terhasilnye kek ni aku dah pasasang niat betul2. Cuti hujung minggu ni walau apa terjadi aku kena realisasikan kek karemal pelangi ni. Maklum ajerlah tengah mak buyong ni selera bukan main. Pantang tengok orang post kat FB kalau terliur selagi aku boleh buat aku akan laksanakan. So hari yang dinanti2kan sampai dan alhamdulillah. Menjadi jugak.Kat atas tu adunan tepung yang telah di campur dengan maringue. Ringan ajer..

Adunan tadi dibahagikan kepada 3 warna. Suka hatilah korang nak letak kaler apa. Janji menarik dipandangan masing2 kan. Memandangkan kat rumah aku ini ajer kaler yang ada stok, belasah ajerlah. 
Langkah seterusnye, masukkan adunan tadi ke dalam loyang secara berselang seli hingga habis. mudah ajer
Sebelum tu sila panaskan oven lebih kurang 10 minit pada suhu 170 celcius. Pastu barulah masukkan adunan kek tadi yg telah diletakkan dalam dulang berisi air panas. Bakarlah selama 50 minit -1 jam mengikut oven masing dengan menggunakan api bawah.
ehem2... kek dah naik elok tu. Bau dah kuar dr oven. Sabar2...
Inilah hasilnye setelah kek masak n dikeluarkan dari loyang. Kek ni sedap makan sejuk2. Terasa keenakkan dan kesejukkan karemal saat melalui tekak aku.
Inilah hasil bedah siasat ke atas kek tadi. Cam bese kalau nak harap aku habiskan kek ni ngan anak2 memang tak habislah. So, buat amal sikit. Aku potong2 n kasilah kat jiran2 yang berhampiran. Merasalah sikit sorang sorang air tangan aku.
Confirm memang sedap korang. Trylah... 

24 Feb 2017

POPIA NESTUM

Popia nestum yang menjadi kegemaran buat regular customer aku. Sekali dia order paling minima 10 botol. Berbaloi lah kan. Biasanya kalau ambil 10 botol dan ke atas aku akan kasi special price.. lagi permintaan dia mesti nak serbuk nestum tu lebih. Aku ok jer... sambil2 berniaga sambil2 bersedekah. 
Sebekas RM15
whatsapp 012-6341245


Selagi abang posmen bekerja keras, Insyaallah di mana sahaja korang duduk abang posmen akan tolong hantarkan. Selamat di pos yer...