Memaparkan catatan dengan label TERSENTUH EMOSIKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TERSENTUH EMOSIKU. Papar semua catatan

12 Mac 2018

HIDUP MENYUSAHKAN ORANG

Lama tak menulis ni....
Aku tau kau masih mengikuti blog aku ni. satu benda yang nak kasitau kat ko. Hidup kita ni kalau tak dapat restu dari insan yang bergelar IBU atau  EMAK atau UMI atau MAMA atau sebagainya yang sama erti, hidup ko pasti akan porak peranda. Hidup ko tak pernah tenang. Hidup ko tak pernah rukun damai. Walau ko bergaji ribuan ringgit, sekali ko membelakangkan ibu, xde makna weh..!! Ko mesti rasa duit tu sentiasa tak cukup. 
Orang macam ko ni memang betul2 menyusahkan orang lain. Nasihat aku sila mereput atau sila meninggal. Sila gali lubang kubur sendiri dan terjun dalam tu. Aku tolong kambuskan pun boleh. Tak berkawan manusia cam ko ni sikit pun aku tak heran.. 1 sen pun tak rugi.

27 Jul 2017

LAHIRNYA MY LAST HERO

Alhamdulillah, tepat jam 2.56 pagi 16.7.2017 (Ahad) aku selamat melahirkan seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Kelahiran sama seperti abang dan kakaknya di Hospital Putrajaya dengan berat 3.63 kg secara normal. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku agar dipermudahkan proses kelahiran anak aku tanpa sebarang komplikasi antara aku dan anak aku. 
Oklah kita flashback sebelum kelahiran hero aku ni yer. Sabtu 15.7.2017 majlis open house berjalan dengan lancar. Tetamu memang ramailah. Aku antara yang sibuk melayan tetamu sebab nak tolong angkat2 barang memang taklah. Ada makcik2 yg datang cakap muka aku macam muka menahan sakit tapi cuba semyum dengan tetamu. Hakikatnya memang betul. Sakit sebab baby dah masuk ke jalan dia nak keluar. Jadi bila aku nak bangun dari duduk memang slow sikitlah. Lebih kurang jam 7.30 malam majlis berakhir. Aku balik rumah mandi2 dl dan datang balik ke rumah mak mertua untuk bantu kemas mengemas. Lebih kurang jam 11 mlm aku balik ke rumah semula. Kira settle semua dah. Sampai rumah mandi sekali lagi dan bersiap nak tido. Masa ni lah dramanya bermula. Aku sempat tido lena lebih kurang sejam jer. Tetiba aku tersedar sebab terasa perut memulas2. Bukan nak memerut ni. Aku pusing kanan, tak hilang jugak sakitnya. Pusing kiri pun sama jugak sakitnya. Nak terlentang lagilah tak boleh. Sesak nafas aku dibuatnya. Sakit aemakin kerap ni. Perlu ke kejut asben. Kesian dia, dia penat setelah seharian jadi emcee open house tadi. Dalam aku dok tenung2 muka asben yg lena tu tetiba asben buka mata. Terkejut aku... dia tanya kenapa? Sakit dah ke? Aku hanya mampu anggukkan kepala. Asben ajak pergi hospital. Tanpa banyak soal jawab aku ikut aje. Dalam perjalanan ke Hospital, sakit tu datang lagi. Kerap dan semakin kerap. Yang aku ni berpegang selagi tak turun air ketuban atau darah aku malas nak pegi Hospital sebenarnya. Bukan apa, nanti asyik kena seluk jer (cek jalan bawah). Aku serik masa danish dl doktor lelaki yang seluk aku punya ehem2. Malulah aku. 

Sampai di Hospital terus buat pendaftaran dan aku di arahkan kencing terlebih dahulu pada sekeping kertas ujian. Nak tengok samaada baby aku dah berak atau belum kot. Siap kencing doktor suruh baring untuk cek jalan bawah. 2,3,4,5 cm. Itu yang keluar dari mulut doktor. Dalam hati aku Ya Allah dah buka 5 cm rupanya. Aku bayangkan baru dlm 2 cm.  Aku terus di cucuk dan di masukkan ubat. Tak pasti plak ubat apa. Doktor terus bagi arahan dekat nurse supaya aku d bawa ke labour room (LR). Sampai LR sekali lagi aku di cek. 9 cm. Ya Allah, cepatnya bukaan jalan. Nurse cakap kat aku kalau ada rasa nak teran, teran terus. Dah boleh n baby dah ready nak keluar. Sakitnya hanya Allah yang tahu. 3 kali aku teran tak berjaya lagi. Dalam hati aku tertanya2 jugak mana suami aku. Tak masuk2 lagi. Rupanya dia dok muntah kat luar. Pening kepala tak cukup tidurlah tu. Kali keempat aku meneran asben pun muncul sebelah aku untuk kasi support. Kepala baby dah nampak. Nurse semua kasi semangat kat aku soh teran. Tarik nafas dalam2 dan teran. Alhamdulillah Ya Allah, aku berjaya keluarkan my last hero tepat jam 2.56 pagi ahad. Masa baby keluar keadaan baby biru sebab terbelit tali pusat. Mujur dengan kecekapan nurse2 kat situ anak aku selamat. Dalam 5 anak, inilah yang paling cepat proses kelahirannya. Bayangkan kami sampai kat Hospital dalam 1.15 pg camtu. Dari pendaftaran, cek jalan dan proses kelahiran jam 3.15 siap semuanya. 2 jam shj. Betullah Allah makbulkan doa aku, doa asben dan doa ibu serta ibu mertuaku. Aku di hantar ke wad bersama hero aku. Aku tenung anak aku. Inilah yang selama 9 bulan aku bawa dlm rahim aku. Inilah yang sentiasa menendang perut ibu bila tak selesa ngan posisi aku. Siangnya aku dah dibenarkan pulang ke rumah. Tak sampai 12 jam aku di Hospital. Cepat benar rasanya. Tapi yang sedihnya baby kena tahan lagi. Gula kurang plak dalam darah. Aku minta stay kat hospital lagi untuk tgk anak aku. Doktor tak kasi, sebab anak aku akan di hantar ke NICU. Sedihnya x payah cakaplah. Orang lain keluar wad bawa baby memasing. Aku balik sendiri tanpa bany. Naluri seorang ibu saat aku pergi tengok baby kat NICU, mengalir air mata aku. Ibu terpaksa pulang tanpa kamu sayang. 
Balik rumah anak2 yang lain tertanya2 mana babynya. Kenapa x bawa balik? Kelihatan semua cam tak sabar nak jumpa baby.

10 Mac 2017

GENAP 21 MINGGU

Image result for kandungan 21 minggu

Alhamduliilah, hari ni 10 Mac 2017 genaplah usia kandungan ku 21 minggu. 21 minggu berada dalam rahim aku. Kemana sahaja dan apa sahaja yang aku buat dia sentiasa ada bersama. Sudah ku terasa pergerakkan baby. Anak aku yang ke3 paling teruja bila tau dlm perut aku ada baby. Tak sabar nak tunggu baby keluar katanyer. Siap berdoa minta baby yang lahir nanti adalah pompuan. sama ngan dia. Alhamdulillah jugak aku telah melepasi trimester pertama. Alahan semakin kurang walau adakala masih terasa loya2 n nak muntah. 
Hasil pembacaan aku, pada usia kehamilan 21 minggu atau 5 bulan ini perkembangan janin dalam rahim aku telah mengalami perkembangan yang begitu pesat. Jika di minggu-minggu sebelumnya, ia masih bergelar janin, kini ia telah tumbuh dan berkembang menjadi seorang bayi, semua organ pada tubuhnya pun sudah mulai terbentuk dengan perlahan mendekati sempurna seperti seorang manusia kecil.
Selain itu, pada usia kehamilan ini kita dah boleh melakukan scan atau USG untuk mengetahui jenis kelamin baby tu. Untuk itu, esok aku plan nak pegi scan. Jantina bukanlah perkara pertama yang aku nak tau. Sebab aku dah ada 2 pasang cahaya mata. Bagi aku tak kisah lelaki mahupun perempuan. Yang penting kedudukn baby dan uri baik serta kesihatannyer. 

Perkembangan Janin Usia 21 Minggu

Bercakap mengenai perkembangan baby pada usia ke 21 minggu ini, tentunya sudah banyak perkembangan dan pertumbuhan yang telah dialaminya didalam perut. Semasa ini, baby sudah mampu berinteraksi dan melakukan pergerakan di dalam rahim. Sementara itu, berat  baby pada usia kehamilan 21 minggu sudah mencapai 0.34 kilogram dan ukuran panjang dari bahagian kepala hingga kebagian tumit kaki kini sudah mencapai 21.6 cm. Angka ukuran ini berbeza2 pada seseorang yer kerana dipengaruhi oleh berbagai faktor. 
Bulu kening dan kelopak matanya kini sudah terbentuk dengan penuh dan kuku pada jari-jarinya sudah mulai menutupi bahagian hujung jarinya. Rupanya kini, sudah seperti baby comel yang sedia untuk dilahirkan kedunia. Kelopak dan bulu matanya sudah mulai terbentuk dengan perlahan. Aku mengharapkan segalanyer berjalan dengan baik dan lancar sepanjang meniti ke minggu 40

5 Mac 2017

PREGNANT LAGI

Tahniah pada diri sendiri n tahniah kepada en.asben kerana telah berjaya mengandungkan aku sekali lagi. Mengandung untuk anak ke5. Wah... meriahlah femly kami pasni. Riuh rendah suasana dalam rumah aku. Alhamdulillah dengan rezeki dan amanah dari Allah kali ni. Setelah 7 tahun aku tak membawa perut, akhirnyer penghujung 2016 ditakdirkan sekali lagi aku mengandung. (mungkin juga ini yang terakhir, sebab dah tua). Banyak risiko mengandung di usia tua ni. Mula-mula dapat tahu aku peknan ni, asben yang perasan kelainan pada diri aku. Dia tegur kenapa badan aku cam naik mendadak sangat. Dulu2 kurus, dia soh cek mana tau kalau2 ada orang menumpang dalam perut aku. Aku dengan konfiden mengatakan x mungkin kot sebab aku tak rase apa2 alahan setakat ni. 
Tapi lepas ajer urine test di buat, aku punya terkezut umpama orang mengandung xde suami. Padahal kalau nak diikutkan watpe nak kisah kan. Bukan apa sebab kejadian itu tak dirancang. Terus kasitau suami, suami kata xpelah.. Allah nak kasi sorang lagi kat kita. Mungkin ada hikmah dan kebaikan untuk kami. Lepas pada tu dok pikir2 balik patutlah 2 minggu sudah aku ada teringin sangat nak makan tapai daun getah. Puas dok cari sampai aku post kat FB kat mana nak cari tapai tu. Sampai ke pasar kampung sebelah aku ngan laki pegi xde jual. Hampalah masa tu. Tapi bila dah tau aku peknan, senang plak ada depan mata aku.adusss..tapi bila dah tau ada orang menumpang dalam perut aku, xdelah aku berani nak makan tapai lagi, sebab setahu aku untuk awal kandungan tak bagus makan tapai sebab tajam kata orang tua. So pendekatan aku tengok ajerlah. Tahan dan pendam sajalah keinginan aku tu.
Alhamdulillah hingga hari ni 5.3.2016 kandungan aku telah mengjangkau 20 minggu. Doa dan harapan aku semoga sepanjang meniti hari ke 40 minggu, xde apa2 masalah dengan kandungan aku.

23 Feb 2017

CHOCOLATE BOUQUET

Rupanyer ada bakat jugak aku ni. Ni masa pakatan ngan member seopis. Dia nak suprised kan asbennyer. Masalahnyer plak laki bini sepejabat. Acaner tu dan masa bila dia nak menggubah. So, dipendek kan citer dia minta bantuan akulah. Aku cakap aku taklah pandai sangat. Aku try sebaik mungkinlah. Maka hasilnyer camni ajerlah. Terlebih terkurang minta dimaafin ya.. Tapi alhamdulillah dia menyukai hasil kerja aku. makasih yaa...

26 Nov 2014

JOM BEKPES

Danish...danish
Agak2nyer bila kita boleh checkout dari KPJ ni yer. Jom kita fikirkan bersama..ibu dah rase ala2 bosan dah bertapa kat sini... sebenarnyer demam danish dah baik, cuma batuk ajer yg masih kuat tu pasal doktor tahan lagi.
Apapun kita bekpes dulu yer. Jap lg danish kena pose 2 jam sebab nak buat fisio. Kahak danish banyak sangat. Kalau danish pandai keluarkan lagi mudah. Tak perlulah nak buat fisio bagai...KOKO CRUNCH kegemaran danish...

28 Okt 2014

SSSSSHHHH....


Ada ketikanyer berdiam itu lebih baik dari berkata-kata..
daripada menyakitkan hati orang lain kan..
no whatsApp²
no calling²
no sms²
no FB²
no wechat²
and noooooo 4 everything

8 Sep 2014

KUATLAH HATI

Pagi2 lagi dah menyakitkan hati. Ingatkan datang opis di minggu baru dan hari baru bolehlah dengan mood baru. Ternyata harapan tinggal harapan. Meredah dan mencabar kesabaran hati aku. 
Sabarlah HATI
Kuatlah HATI
Cekallah HATI
Bertabahlah kau HATI
kerna ku tahu HATI itu masih mampu bertahan, masih mampu menghadapi.

12 Ogo 2014

WARISAN

Entah kenapa tetiba best plak layan lagi WARISAN ni. Bagi aku ia mempunyai maksud yang mendalam. Teringat masa zaman aku muda mudi dulu masuk koir opis. Lagu ni salah satu yang aku nyanyikan. Memang ngan penuh perasaanlah...

9 Ogo 2014

PECAYALAH PADA TAKDIR ALLAH

setiap apa yg berlaku dalam kehidupan kita ini  sumenyer perancangan Allah. kadang2 kita memang berkehendakan sangat akan sesuatu, tapi Allah tak kasi. ingat, Allah tak nak kasi kat kita sekarang, mungkin ada yang lebih baik untuk kita di depan sana. Dia dah atur segalanyer sebaik mungkin untuk kita. kalau kita masih sedang mencari kebahagiaan, kita dah nampak mungkin itu kebahagiaan yg kita nak, tp tak jugak dapat. Percayalah tuhan tu lebih mengetahui segalanyer....mungkin blom masanyer dia nak bagi kat kita... itu pandangan aku ajeelah..kalau tak setuju maafkan aku.

BATUK SI DANISH

kat rumah aku boleh dikatakan dah jadi mini klinik. dah banyak sangat ubat. mana tidaknyer tiap kali pegi klinik mesti dapat ubat. ni baru balik dari klinik bawa danish yg dah mula batuk. kena bertindak awal, jangan tunggu sampai danish semput. kalau tak, siap sedia untuk berkampung kat spital lah.
danish dapat neb sekali. doc bekalkan ubat makan n salbutamol soh continue kat rumah 4 jam sekali untuk hari ni. esok boleh wat 6 jam plak.
walau dimana sahaja, sempat ajer kita selfie kan danish.sekalipun sedang menanti ubat.yg penting anak ibu hepi tiap kali bersama ibu. jantung hati ibu..

25 Jun 2014

KURMA

Kan aku dah kata. Ni blom masuk Ramadhan lg. Dah ada 2 bekas atas meja aku. Murah rezki si pemberi dan murah jugak rezki aku. Stok sebulan Ramadhan ni. Anyway thanks pada yang bermurah hati k

24 Jun 2014

BODYGUARD

Hari ni danish kena checkup kat spital rentetan masuk wad hujung tahun lepas. Appoiment kul 11.30 pagi. Memandangkan rumah agak jauh, aku wat keputusan angkut jer danish ke tempat keje...sekali jalan ajerlah. Buang masa nak patah balik, pastu datang opis balik. Sementara tunggu jam 11.30 pagi, dok diam2 kat tempat ibu k. Kertas n pensil juga ibu sediakan. Sebotol talian hayat juga ready utk danish.
Selepas balik spital, Danish dah agak selesa ngan suasana sekeliling opis ibu kan? Tu pasal camni dah jadinyer. Watlah danish. Ibu kontrol jer ayu ibu ni. Kalau x sabar, ibu dah jadi tarzan menjerit2 pasal ko danish.
Akhirnyer tewas jugak danish. Tanpa sedar danish tidur dengan  bergayanyer... penat agaknyer ke hulu ke hilir dalam opos ibu. Lagi satu mungkin penat jalan kaki dari tempat  parking keta ke lobi spital tadi kot. Maafkan ibu sayang. Ibu dah cuba yg terbaik utk danish. 3 kali kita tawaf spital semata2 nak dapatkan parking yg dekat, yang tak perlu danish jalan jauh2. Namun, bukan rezki kita sayang. Tak ada sapa nak hantar kita. Tak apalah... selagi ibu mampu, ibu akan lakukan yang terbaik untuk danish. Tak perlu kita mengharapkan pertolongan orang lain sayang kerana yang nak menolong tu, belum tentu ikhlas peetolongannyer. Harap danish menjadi kuat seperti ibu yer sayang...kuat mental n fizikal. 

3 Jun 2014

JIWA NAN RAPUH


Ya Allah.... 
Kenapalah ngan hari ni? Entah kenapa tetiba jiwa aku terlalu rapuh untuk menahan segalanyer. Tetiba hati aku sayu, sedih dan sedikit pedih. Hati aku tetiba menjadi sensitif sekejap. Biarlah hati aku merajuk seketika dan biarlah aku sendiri yang memujuknyer. Aku tak perlukan sesiapa dan aku tak minta dipujuk. Biarkan ajer.Biarlah hati kembali normal sendiri. Benarlah kata pepatah... Setiap pertolongan yang kita pinta tak semestinyer sume orang mampu melakukan demi kita. Kalau buat pun mungkin dalam keterpaksaan dan bukan kerelaan hati. Walaupun kadang-kadang pertolongan yang dipinta bukanlah sebesar mana atau bukanlah memerlukan tenaga yang berat untuk melakukannyer... Hari ni aku belajar sesuatu dan pasti aku akan sentiasa ingatkan diri  aku. Selagi aku mampu lakukanlah sendiri, jangan mengharapkan pertolongan dan belas ihsan orang lain. ROSNANI... yakinlah kau. Yakinlah pada diri kau. KAU MAMPU LAKUKAN TANPA BANTUAN ORANG LAIN. U CAN DO IT. INSYAALLAH. Ya, selama ni memang aku tak pernah minta bantuan orang. Itu bukan sifat aku. Bagi aku watpe nak nyusahkan orang lain. Selagi aku mampu, aku akan usahakan sendiri sebab percaya atau tidak, kita akan lebih tahu menghargai dan lebih tahu nilai sesuatu yang atas usaha kita sendiri. Itu value sebenar... Apa sajer yang berlaku petang tadi aku mohon maaf, walau kecil di matamu tapi tanpa di sedari dia menusuk ke dalam hati aku....

24 Mei 2014

WARKAH CINTA BUATMU

Tersentuh jiwa raga aku bila baca surat cinta ni. Aku setuju ngan isi kandung surat ni. Inilah tulisan seorang OKU kepada pemandu kenderaan yang normal dan suka hati parking keta kat petak OKU. Bagi aku kalau orang ada otak dan boleh berfikir ngan waras, dia tak akan bertindak parking kat tempat yg di khaskan untuk OKU.

19 Mei 2014

DANISH YANG MANJA

Danish sayang.....danish dah besar tapi tetap nak landing atas ibu. Tak muat dah riba ibu ni. Ni lah di katakan anak bangsu ibu kan. Tidolah danish. mimpi indah hendaknyer

13 Mei 2014

BUAH KELUBI

Uolls kenal tak buah ni. Ni lah buah kelubi. Ingat lagi buah ni lah yang aku dok ngidam masa ngandungkan anak kedua 9 tahun dl. Puas mencari kat area rumah takde buah ni. Aku nak yang fresh camni. Kalau yang dah buat jeruk mudah nak dapat. Sudahnyer aku tepon abang aku kat kampung, mencarilah dia masuk hutan. Alhamdulillah rezki aku gamaknyer dapat gaklah merasa. Abang aku siap pos lagi. Sampai kat aku terus makan. Tapi tak silap aku 2 ulas jer aku makan. Pastu dah tak nak. Tengok pun bese jer...hehehehe tu lah penangan pembawakan baby aku. Sekali fikir wat sian kat abang aku jer, mencari bagai nak rak sudahnyer 2 ulas jer aku makan. Cam tak berbaloi kan.

11 Mei 2014

KAU PERGI JUA

Pagi tadi di saat aku nak sidai baju, terkedu sekejap bila melihat keadaan PAK TAM. Keadaannyer terbaring lemah. Cirit birit. Apalah yang PAK TAM makan agaknyer. Aku dekat kepadanyer. Ternyata PAK TAM dah tenat. Sepanjang aku di sisi mata dia sekalipun dah tak berkelip, namun masih ada pergerakan nafasnyer.. entah kenapa tetiba aku kalah. mengalir jua air mata aku membasah pipi saat ku pegang tangan PAK TAM. masih terasa cengkaman kukunyer seolah2 membalas gemgaman tangan aku. KEMAS sangat. Terasa camne saat2 dia bergurau ngan aku. Time tu Ya Allah... hanya kau yang tahu camne perasaan aku. Walau PAK TAM hanyalah seekor kucing, namun masih ada pertalian antara aku ngan dia. Bagi aku biarlah aku berada di saat dia nak menghembuskan nafas terakhirnyer. Sekurang2nyer PAK TAM tahu dia masih di sayangi. Aku belai kepala dan badannyer sebagai memberi semangat dan sokongan. mana tau masih panjang umurnyer..ternyata dia masih memberi respond yang baik. Boleh bangun, duduk sekejap dan beralih ke tempat lain lalu baring kembali. aku ambil minyak gamat sapukan di perutnyer. Sebelum kau pergi, inilah jasa terakhir aku padamu PAK TAM. Biar dia tahu yang dia juga disayangi.

Asalnyer ibu kepada PAK TAM ni kucing mendatang kat rumah aku. Tak di undang pun. PAK TAM ni kira generasi kedua yang ibu dia lahirkan kat rumah aku. Generasi pertama sumenyer mati. Nak di buang sume kucing2 ni, kesian jugak. Aku ni jenis manusia yang tak sampai hati. Walau ikutkan sepatutnyer kat rumah aku tak boleh ada kucing sebab anak aku astma. Orang kata bela kucing kat rumah, tuhan turunkan ujian untuk. Nak tengok kita ni bermurah rezki atau tidak dan ada plak yg kata pembawa rezki. mungkin ada kebenaran atau tidak aku tak pasti. Tapi sepanjang PAK TAM kat rumah, kami tetap bagi dia makan.

Sampai satu masa ibu PAK TAM ni bunting lagi untuk genarasi ketiga plak. Geram jugak aku, asyik bunting jer. comel sangat kot. Masa tu yang aku perasan, ibu PAK TAM selalu marah2 kat dia. Pembawakan baby kot. (cam manusia ngandung plak kan). Kalau time makan PAK TAM tak boleh makan sama. Bila PAK TAM dekat, mesti ibu dia tampar. sian PAK TAM. Sampailah saat PAK TAM menghembuskan nafas terakhir, ibu dia wat tak tahu jer. Sibuk ke hulu ke hilir. Rupanyer dah sampai masa nak beranak. Aku pun bantulah apa yang patut. Nak harap laki dia, huhhh!! entah kemana dah.aku pun tak tau mana satu laki dia. Aku pun ambillah kotak dan letak kain dalam kotak tu.

yerlah... setiap sesuatu yang terjadi itu sudah ketentuan dan sudah takdirnyer begitu. Sumenyer dengan izin Allah jugak. Yang pasti, yang pergi tu pasti berganti. Mungkin lebih baik. Itulah takdirnyer. Hari PAK TAM mati, hari itu jugalah ibu PAK TAM selamat melahirkan 4 ekor anak secara normal tanpa sebarang komplikasi dan tanpa kehadiran  suami di sisi. Sayangnyer.... sekor mati. Hari ni plak, aku balik keje aku jengok dalam kotak tengok tinggal sekor jer yang hidup. X taulah kenapa. Mungkin sepanjang bunting dia x dapatkan checkup bulanan ke. Atau mungkin juga kelahiran pra matang.

PAK TAM selamat di tanam lepas asar. Semoga kau damai di sana dan wat adik PAK TAM, welcome to the real world. 

SELAMAT HARI IBU 2014

~SELAMAT HARI IBU~
terharu hati ibu bila anak aku menghadiahkan keychain selamat hari ibu. Anak yang prihatin dengan hobi ibunyer..mana lagi aku nak gantung ni. Kat opis dah x leh. 5S lah kononnyer..anyway thanks a lot my darling. 

10 Mei 2014

KASIHNYER IBU

Inilah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknyer. Apatah lagi kita yang manusia ni. Sentiasa inginkan anaknyer berada dalam keadaan yang baik walau ibu terpaksa bekorban segalanyer... demimu anak.