Memaparkan catatan dengan label APA-APA JERLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APA-APA JERLAH. Papar semua catatan

21 Jun 2018

MARHABAN YA RAMADAN

Alhamdulillah...
Panjang umur murah rezeki bertemu lagi aku dengan Ramadan 2018/1439H. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelum2 ni. Semoga aku ngan femly dapat menjalani ibadat dengan sempurna. 

8 Mac 2017

KHASIAT BUAH MENGKUDU

Buah durian belanda ke? Bukan yer.. yang tak kenal inilah buah mengkudu. Tumbuhnyer betul2 depan rumah aku. Rendah pokoknyer. Kalau nak petik memang mudah sangat. Tak perlu panjat2 pokok, tak perlu kait2 pakai galah sampai sakit leher sebab mendongak ajer dan tak perlu nak pakai lastik. 
Hidupnya subur. Hasilnyer memang banyak. Yang aku snap ni baru sedahan, blom dahan2 lain lg. Tengok ke buah tu geram aje. Tapi x tau nak buat apa. Google punya google jumpalah apa kelebihan buah mengkudu ni. Kalau pucuk dia boleh wat ulam. Sedap tak sedap x taulah. Tak mencuba pun lagi. Tapi yang buah tu,  baru2 ni try buat jugak. Aku ambil buah yang dah agak2 nak masak tu, buang kulit n blender buat jus. Campur ngan buah epal hijau. Campur sedikit gula atau madu. Katanyer buah mengkudu ni memiliki keseimbangan sempurna dari vitamin, mineral, asam amino, peptida dan enzim yang dianggap sebagai tonik yang baik untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Daunnyer plak, berguna untuk ibu2 yang berpantang. Boleh buat alas tungku semasa bertungku. Banyak kan fingsi dia. Sebetulnyer masih banyak yang saya tak tulis. Korang rajin2lah google cari sendiri yer...

OSTEMATRIX SHAKLEE

Hari ni nak citer pasal produk Shaklee ni. Terus terang aku tak pernah guna Ostematrix ni. Ini adalah percubaan kali pertama aku. Aku nak try produk ni sebab mengandung kali ni aku rase lenguh2 badan waktu nak bangun pepagi pegi kerja. Mungkin disebabkan faktor usia jugak aku rase. Kebetulan member aku sorang ni, Noraida merupakan agen SHAKLEE. Ternampak dia promote kat FB, aku pun tertarik untuk mecuba setelah study serba sedikit khasiat produk ni untuk ibu2 mengandung cam aku. Alhamdulillah 2 malam aku makan, esok paginya aku mudah bangun. Bandan pun xdelah lenguh2 sangat seperti sebelum ni. Maklumlah mengandung anak ke5 dalam usia nak masuk 4 series ni kena banyak berjaga2. Tak naklah apa2 komplikasi terjadi kat aku kan. 
Image result for khasiat ostematrix
Ni, serba sedikit khasiat produk yang sempat aku ambil kat pakcik google. Kalau korang nak detail silalah khatam sendiri yer...

18 Jun 2015

MERAJUK

MERAJUK

Apa yang korang faham dengan istilah MERAJUK.? Apa bestnyer MERAJUK ni? Adakah sekadar nak menunjukkan perasaan?, melepaskan perasaan? atau mungkinkan nak menarik perhatian dengan orang yang dirajuk? Adakah MERAJUK sejenis penyakit yang dibuat-buat? (sebab nak kan perhatian seseorang) atau MERAJUK itu memang dah ada secara semulajadi dalam diri? Pening tak kepala dengan apa yang aku cuba sampaikan? 

Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud atau makna bagi MERAJUK ialah "menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul)." Betul ke? Betullah tu kalau dah Kamus Dewan yang menterjemahkan sebegitu.

Sesetengah orang merajuk yg sikit2 tu ada seronoknyer... sesekali merajuk oklah.adatlah kan. Nak maja-manja. Tapi kalau yg kuat merajuk tu, (ala-ala budak yg hyperaktif) penatlah nak melayan. Kalau tukang pujuk ni terer memujuk oklah. Kalau memang dilahirkan tanpa bakat memujuk, camne nak buat? Aku orang yang kuat merajuk ni kalau selalu sangat merajuk biarkan ajer.. sekali bolehlah dipujuk. Tapi bila masuk berkali-kali, lama-lama boleh jadi giler dan bosan. Pendekatan aku biarkan dia sendiri dulu melayan perasaan dia. Lama-lama hilanglah merajuk dia tu kerana aku bukan dilahirkan sebagai seorang pemujuk yang hebat... itulah kesimpulannyer...

28 Apr 2015

HUJAN STRAWBERRY

Hujan strawberry kat opis. meriah sangat bila sesekali kekawan balik OS bawa buah tangan camni. kekawan yang sentiasa mengingati kekawan di pejabat. Apapun mekasih team seksyen kualiti & majlis.

Sebesen gitu. Makanlah sampai kentut bau strawberry.

4 Jan 2015

INGAT JUGAK

Tetiba ada atas meja.. sapa plak yang bagi ni. Apapun tak kisahlah sapa yg bagi. Bermaksud orang yang memberi ni memang tahu aku suka koleksi keychain. Mekasih banyak2.

24 Nov 2014

BELUT

Sebetulnyer banyak kelebihan belut ni. Budak asma pun kalau yang serasi insyaallah boleh baik. Untuk anak aku pun pernah try, tapi tak serasi kot. Melihat kepada kepala belut ni aku membayangkan ular.. sebab tu kalau beli belut ni aku soh potong siap2 terus kepala dia. Geli weh dibuatnyer...

23 Nov 2014

IKAN BENDA NI

sapa terer dan sapa tau ikan benda ni? ikan sungai ni... dulu mase aku kecik² selalu gak mancing dpt ikan ni. kalau dpt ikan ni agok payoh nok kuarkan mata kailnyer..

15 Ogo 2014

SO CUTE

masa en.somi dok tebas pokok bunga depan rumah, terjumpalah 2 beradik ni dalam rumah mereka. aku pun  ambillah... jap lagi aku akan alihkan ke tempat lain k.
keadaan burung2 ni memang lapar. mak dia xde. mungkin kuar cari makan kot. sedang dok kemas2 depan rumah aku dongak ke atas terpandanglah seekor burung yg dimulutnyer ada sesuatu. aku syak yg itu adalah ibu kepada anak2 burung yg aku alihkan tadi.
so dengan rasa belas aku letakkan kembali sarang tu kat pokok bunga yg lain dengan harapan ibunyer dapat mencari anak2 dia.

sehari selepas aku letak kembali, balik keje saje aku jengok. sekali tengok tinggal sarang ajer. penghuninyer dah xde. mak aku kata mungkin anak2 burung tu dah terbang.

MAK AI! MAHALNYER

mak aiii..
mahalnyer rege untuk 2 batang bunga kantan ni. macam ni susahlah sapa nak wat open house menu laksa. dulu2 aku rajin gak wat menu laksa bila wat open house.. tp yg rumit sikit bila nak asingkan isi ikan tu. selebihnyer mudah jer...

kalau camni rege ada baiknyer tanam sendiri kat tepi2 rumah.

10 Ogo 2014

BISKUT JARI

untuk raya tahun depan sapa nak order boleh rojer2 aku k. tebaekkk punya aku wat. tergamak ke nak makan?

18 Jun 2014

SALAH KE?

Huhuhu.... salahkah jawapan ni? Terang2 salah dik non oiii....cikgu tak ajar rupa kambing camni. Ini juga sebahagian mungkin pernah terjadi di zaman sekolah uolss kan

PANDAI DANISH

Adussss... danish oiii...tokojut ibu balik rumah tengokkan kepala ekau ni. Dari jauh dok tengok kenapa tetiba ada 3 pusar plak kat kepala danish ni. Setahu aku sejak lahir ada 1 jer pusar. Hari ni dah ada 3. Selidik punya selidik, my mummy cakap gunting kat dapur dah sorok. Masa my mummy solat zohor, pandai plak danish masuk bilik kakak dia ambil gunting sekolah n buka saloon sendiri. Ni lah hasilnyer....adoiii macam2lah kisah bebudak ni dalam nak membesarkan anak2 macam2 ragam akan aku lalui. Ada suka duka.. yang lawak memang banyaklah... sume tu akan menjadi kenangan terindah buat aku sebagai seorang ibu.

15 Jun 2014

SUNDAY XTVT

Wah.... ingatkan kat opis jer penjimatan. Sebaliknyer kat rumah pun masih amalkan penjimatan. Baguih sungguhlah... dah jimat RM kan. Kalau dah 2 keta anto kedai, terbang dah RM25. sekarang ayuni dan danish tolong abahnyer cuci van. Anak buah aku plak tolong cucikan Myvi. Aku jadi mandor  n buatkan teh O ajee. Dalam kasi vakum sekali k. Itu carpet kasi cuci bersih2. Mekasihlah... nak claim ke RM10? 

7 Jun 2014

REZKI RAMBUTAN

Alhamdulillah...rambutan belakang rumah dah mula masak. Ni ubat batuk anak2 aku ni. Awal pagi yuni dah soh ambil buah rambutan. Nampak cam lebat gak. Rezki kekawan kat opis jugak ni. Pada rosak kat pokok,  agih2kanlah pada jiran sekeliling..

6 Jun 2014

MONOPOD SPECIAL EDITION

Hehehehhe....lawok nengok gambo neh!
Masuk raja lawok best gok ni

26 Mei 2014

BOIKOT CADBURRY

Kasi tau kat sume kekawan, sedara mara n sesiapa sahaja muslimin di sekeliling kita.

KISAH AYUNI

Ibu,ibu.... ibu boleh tak wat cam yuni? Soal yuni pada aku. Hahahahaha... sekarang memanglah ibu tak boleh buat dah. Masa ibu umur macam yuni dulu boleh agaknyer. Tapi masa zaman bebudak ibu dulu, ibu boleh buat kepala ke bawah dan kaki ke atas....hehehehe