18 Jun 2015

MERAJUK

MERAJUK

Apa yang korang faham dengan istilah MERAJUK.? Apa bestnyer MERAJUK ni? Adakah sekadar nak menunjukkan perasaan?, melepaskan perasaan? atau mungkinkan nak menarik perhatian dengan orang yang dirajuk? Adakah MERAJUK sejenis penyakit yang dibuat-buat? (sebab nak kan perhatian seseorang) atau MERAJUK itu memang dah ada secara semulajadi dalam diri? Pening tak kepala dengan apa yang aku cuba sampaikan? 

Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud atau makna bagi MERAJUK ialah "menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul)." Betul ke? Betullah tu kalau dah Kamus Dewan yang menterjemahkan sebegitu.

Sesetengah orang merajuk yg sikit2 tu ada seronoknyer... sesekali merajuk oklah.adatlah kan. Nak maja-manja. Tapi kalau yg kuat merajuk tu, (ala-ala budak yg hyperaktif) penatlah nak melayan. Kalau tukang pujuk ni terer memujuk oklah. Kalau memang dilahirkan tanpa bakat memujuk, camne nak buat? Aku orang yang kuat merajuk ni kalau selalu sangat merajuk biarkan ajer.. sekali bolehlah dipujuk. Tapi bila masuk berkali-kali, lama-lama boleh jadi giler dan bosan. Pendekatan aku biarkan dia sendiri dulu melayan perasaan dia. Lama-lama hilanglah merajuk dia tu kerana aku bukan dilahirkan sebagai seorang pemujuk yang hebat... itulah kesimpulannyer...

Tiada ulasan: