8 Jun 2015

SELAMAT HARI GURU

Oh ayuni ku sayang. Balik sekolah "ibu,ibu... yuni nak belikan hadiah untuk cikgu. Yuni nak kasi cikgu esok". Beria2 ayuni nak beli hadiah sempena HARI GURU untuk guru kelasnyer. Untuk tidak menghampakan harapannyer, pergilah beli sekejap. Mug ajerpun. Jadilah daripada tiada apa2 kan. 
"Ibu, ibu tolong yuni tulis kad boleh?"
"Mana boleh, kalau ibu yg tulis kad, itu bermakna ibu yg kasi kat cikgu. Yunilah kena tulis sendiri. Nanti ibu tolong yuni yer."
Bukan aku x nak tolong ayuni menulis, sekadar nak mengajar dia supaya pandai mengeja. Alhamdulillah hasilnyer tidaklah mengecewakan aku. Aku sebut sebiji2 sukukatanyer dan ayuni tulis. Terhasillah seperti gambo kat atas. (Biar gambar yg berbicara).

Tiada ulasan: