Memaparkan catatan dengan label DUGAANKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUGAANKU. Papar semua catatan

8 Mac 2017

TEWAS AKHIRNYA

Huhuhuhu...
Akhirnye tewas jugak anak teruna aku kali ni. Balik dari Shah Alam, terus bawa Danish melawat Doktor Afendy kat Klinik Sulaiman. Hasil penyiasatan doktor suruh Danish ambil neb dulu. Semput katanyer. So tanpa ada bantahan, kita neb dulu yer sayang. Ibu akan sentiasa menemani Danish. Jangan takut yer. Kan dah biasa ambil2 neb ni. Sebelum balik doktor bekalkan sebiji gula2, ubat-ubatan dan sijil cuti sakit selama 2 hari. So danish berehatlah 2 hari ni yer...

27 Nov 2014

TQ DATANG MELAWAT DANISH

Mekasih wat kekawan pejabat yang sudi datang melawat danish hari ni khamis 27.11.14. Kehadiran kalian amatlah dihargai.

CHECK IN KPJ SELANGOR

Baru bangun dari tido, kena pose 2 jam sebab jap lagi nak ke buat fisio. Sambil2 tunggu layan call amirul (abang) dulu lah. Sebenarnyer aku tahu. Danish rindu kat abang ngan kakak dia ni. Dapat cakap sikit pun ok lah. Lepas jugak rindu hati tu kan.
It's time ambil neb plak. Mujur danish tak banyak ragam. Utk sihat jugak kan sayang
Ni lah untungnyer masuk wad. Macam2 danish dapat. Keta 3 buah. Kalau keta betul kan best...
Ada kisah ngan otomen ni. 
Ibu : otomen nenek dah beli. Raksasanyer mana danish?
Danish : ibulah (sambil tangan tunjuk kat aku)
Ibu : tidaaaaakkkkk...

24 Nov 2014

CHECK IN KPJ

Hari pertama di KPJ dah manpu senyum danish. Senyum sbb ibunyer ada. Cuba kalau ibu xde.. mujur jugak kali ni masuk KPJ, xdelah cucuk jarum kat tangan. Sekadar pantau demam ajer. Suhu plak dok on off. Kejap 36.5
kejap2 naik sampai 38
pastu turun balik.
sampai bila camni danish. Bila kita nak checkout danish.
Bab makan oklah jugak. Boleh telanlah.can hari pertama ni nasi putih +sayur sawi +ayam masak hailam. Licin aku ngan danish kejekan.
Tambah lagi sup makaroni carrot.  Tengok danish bukan main dia hirup kuahnyer...
Ni kira sihat dah... dah lalu makan, dah lalu angkat sudu tu, esok lusa bolehlah kita balik eumah yer danish. 
Suasana dari KPJ. Baru lepas hujan. Kat sinilah aku COD coklat customer aku dulu...

7 Nov 2014

UJIAN


Ketahuilah olehmu, setiap yang mendatang itu adalah ujian buatmu.
Allah menguji semampu hambanyer menghadapi...

28 Jun 2014

DEMAM

Semalam lagi aku dah rasa lain macam badan aku ni. Seram sejuk ajer. Cam nak demam. Ni mesti kes berjangkit ngan laki aku. Pagi tadi bangun2 tido jer confirm aku demam ni. Kepala dah pening. Tapi aku lawan juga, kuatkan semangat sebab pagi ni aku kena pergi servis keta. Dah wat appoinment kul 8.30 pagi. Aku pergi jugak. Percaya tak aku bawa keta dengan cermin keta sume tutup dan aku tak pasang aircond. Aku bersauna kat dalam keta tu. Badan aku walau suhu panas, tapi aku rasa sejuk sangat. Sementara menunggu keta di servis aku siap bersila bagai sebab sejuk sangat. Sabar2.. aku kena kuat. Siap servis keta, sempat lg aku ke pasar beli barang dapur. Pening x yah cakaplah. Aku tahan jugak. Siap sume aku balik rumah sekali lg aku bersauna dalam keta. Bestnyer aku rasa. Sampai rumah aku angkat barang2, letak kat dapur terus masuk bilik aku landing baik punya. Percaya tak aku boleh golek2 dari kul 10 pg sampai kul 8.45 mlm. Bangun kul 3 ptg pun sekadar makan biskut n ubat demam. Pastu aku sambung golek2 sampai malam.hari ni dalam sejarah bagi aku. Malam pun bangun makan biskut n makan ubat demam jer. Pening tu masih terasa. Seharian jugak aku tak memasak. Mujur mak aku ada ambil alih tugas aku hari ni. Bukan apa aku nak berdiri lama pun x mampu rasanyer. Takut gak tetiba tumbang kes lain plak jadinyer...

2 Jun 2014

SELSEMA

Perubahan cuacakah yang menyebabkan aku kena melangkah ke klinik ni. Tak larat asyik dok bersin ajer pastu risau gak takut melarat kat anak aku plak, tu pasal aku pegi ambil ubat.
Sian amirul. Peliklah aku ngan klinik yang satu ni (nama klinik cam kat ubat aku kat ats tu). Klinik buka, aku bawalah mirul nak ambil neb, boleh dia ckp nak jumpa doktor ke? Of couse lah nak ambil neb wajib jumpa doktor dulu. Pekerja tu cakap doktor xde. Cuti. Isnin baru ada. Adoiii... bengong punya klinik. Harap nama ajer gah... sudahnyer aku ambil ubat selsema aku dan blah ke klinik yang lain. Ada satu klinik baru buka. Ok jugaklah service dia. Janji mirul dapat neb.legalah sikit batuk n astma dia.

24 Mei 2014

ANTARA YANG DISAHKAN DNA KHINZIR

Sama2lah kita beringat dan saling mengingati semara mara, adik beradik, our femly, our pren n anyone yang berhampiran ngan kita. Sharing is caring kan.

Ya Allah..selama ini rupa2nyer...
Yang ini pun....subhanallah
Ampunkanlah segalanyer

29 Apr 2014

CERMIN PECAH

Adoohaiii... dugaan apakah kali ini? Atau adakah ini ada petanda yg kurang baik dalam sesuatu perkara. 
Mujur kaca cermin ni tak berderai. Kalau tak, confirm akan mencederakan pemandu. Kejadian berlaku masa nak pergi kerja, baru melepasi tol tetiba cermin hadapan meletup. 
Rezki tokey bengkel lab hari ni..huhuhuhu

24 Apr 2014

AIR NAIK

Ni lah padahnyer kalau hujan lebat sikit. Mesti air sungai depan rumah aku naik. Habis semua sampah sarap di hanyutkan bersama. Seriau plak aku tengok. Kena plak kalau ada bebudak yg bermain kat sini. 
Ayuni... danish...
Jangan ke depan lagi sayang. Bahaya nak oii... air dah mencecah tanaman. Malam ni kalau air naik, memang tido2 ayamlah aku...ingat lg masa hujung tahun lepas, air naik camnilah jugak. Eh..  tinggi lg. Sampai kat tempat danish berdiri tu. Tinggak kalau melebihi tebing tu, mmg habislah rumah aku. Apa yg di selamatkan dulu hantar kereta ke tempat tinggi dulu.

10 Apr 2014

NASIB WARGA LEMBAH KLANG

Adoiiii.... masaklah camni nasib warga lembah klang. Catuan air di teruskan sampai Julai. Bila air xde macam2 xtvt yang terbekanglai x dapat dilakukan.

28 Mac 2014

CAMPAK

Ayooo yooo....baru nak baik demam selsema n batuk kalian anak2ku. Tup..tup..ayuni baru nak kena campak plak. Malam semalam aku dah perasan ada bintik2 berair kat badan dia. Hari ni tengok makin banyak plak kuarnyer. Cakap kat mr.hubby jomlah bawa ke klinik. Sudahnyer camnilah ayuni. Sabar yer yuni... dugaan yuni ni... silap2 minggu depan yuni tak sekolah lg...

6 Mac 2014

XCIDENT LAGI

Kuar awal lah dr opis hr ni. Tepat jam 5 ptg konon. Nak elak jem kononnyer. Tp itulah... Kdg2 apa yg kita rancang lain yg jadinyer... Lepas jer kuar tol nak masuk ELITE hway, tgk punyalah banyak kenderaan. Dlm kepala dah pk mesti ada xcident ni. Hway ni kalau jem, xde sbb lain. Sekali dengar info trafik kat SINAR FM ada xcident kat ELITE HWAY susur keluar ke Bandar Saujana Putra. Sahlah apa yg berada di fikiran aku. Nak sampai ke tempat kejadian tu hanya boleh layan gear 1 n gear 2 jee. Woooo... Tekanan aku. Tercabut lutut gayenye
So akhirnyer lambat gaklah sampai rumah.dlm pukul 8 mlm camtu. Sian kan..

5 Mac 2014

KU TAK MAMPU

walau dah lama ingin melupakan, namun apakan daya kerna hati ini tidak mampu untuk berbuat demikian.

2 Mac 2014

AIR KENA CATU


Tidaaaaakkkk....
Catuan air dah bermula kat area rumah aku ni. Start jam 10 pg air dah semakin kecil. Cepat2 masak utk makan tengahari....siap jgklah masak. Masak byk utk mlm sekali.  Masuk petang langsung x kuar setitik pun air dr paip. Huhuhuhu... Harap2 air yg aku simpan cukuplah selama 2 hari...

Anak2 pun aku catu mandi diaorang ptg tadi. Nasiblah yer anak2. Mandi sejimat mungkin. Jgn nak enjoy macam masa ada air k. 10 cebok sorang cukup. Yg penting air ada masa keadaan yg mendesak. Jgn sampai sapu pakai tisu sudah...hehehehhe

PANASNYER

Berita TV3 jam 1.30pm 1/3/14          
Penduduk malaysia d minta tdk trlalu mendedahkan diri d bawah cahaya matahari skrg ini kerana ia sngt panas berbanding tahun lalu dan di jangka akan berlanjutan smpai pertengahan mac ini...sekiranya berkerja di bawah cahaya matahari minum air sebanyak mungkin untk mengelakkan berlakunya "Strok Haba" yg berpunca drpd suhu cuaca sekarang ni.         

Tanda2 yg mngalami strok haba ialah:-      
   
1.pening,sakit kepala          
2.Muntah2         

Dan suhu bdn akan meningkat secara tiba2 smpy 40'c dan akan mengakibatkn maut.         

1 Mac 2014

UJIAN ALLAH

Kalau dah namanyer dugaan, mmglah kena hadapi jugak dugaan tu. Dugaan atau ujian tu dah lumrah dalam kehidupan kita sebagai manusia. Setiap dari kita ni x lepas dari ujian. Masing2 punya bahagian yang sendiri x kiralah berat ke... ringan ke... atau yg sedang2 saja. Bagi aku, Allah menguji kerana Dia nak tahu sejauh mana kita mampu hadapi n bagaimana cara kita nak atasi. Mungkin juga Dia rindu nak dengar rintihan hambanyer pada Dia. Allah menguji setakat mana yg kita mampu hadapi. Dia tahu tiap kejadian itu pasti ada baik buruknyer. Kita sebagai hamba ni, apa yg penting usaha, berdoa, tawakal dan berserah. Selebihnyer kita pasrah n redho ngan setiap kejadian....

15 Feb 2014

HILANG TAHAP KESABARAN AKU

huhuhu hari sabtu yg amat menguji kesabaran aku. Bermula ngan en.somi ajak pegi MINES SHOPPING COMPLEKS. nak beli barang katanyer.. Oklah aku setuju teman dia. Mula2 rasa seronok dah ni. Agak lama dah x pegi mines sejak pindah dr Putrajaya... Sampai jer dah nak masuk simpang MINES tu tengok jem giler... Lama gaklah x gerak keta aku. Nampak plak kat tempat masuk parking dah singboard full parking. Alamak... Tengok sume dah u-turn. Somi tanya nak teruskan atau nak pegi ke kedai pilihan kedua. Aku yg wat keputusan jomlah kita p subang jaya plak.... Nak sampaikan ke subang jaya tu.sama gak jemnyer jalan. Adooiiii... Aku cukup hangin kalau jalan jem yg x bergerak ni. Sakit jiwa d watnyer...last2 sampai gaklah ke SS15 dengan sedikit kesabaran yang masih berbaki ni. Masuk kedai yg di tuju.. Mak aiii... Sekali lagi aku terkejut tahap tapir ala2 tenuk ni. Punyalah ramai manusia. Apa x reti dok rumah ke meka ni. Hampehhh.. tul lah. Masuk jugaklah kejap. Aku ckp kat somi, kalau camni kita guna plan C lah. Jomlah kita pegi kedai yg dekat rumah kita. Kononnyer nak ke mines, untung2 dpt murah sikit barang yg d cari tu. Sudahnyer dari nak jimat RM, langsung rugi n buang masa. yerlah rugi duit minyak keta. Rugi masa lagi. Xpelah benda dah nak jadi. Masuk keta aku layan SNICKERS dulu. Kasi hilang menggelegak kat kepala dl. Somi aku nak x nak kena layan stereng ketalah.hihihi

17 Nov 2013

MENUNGGU PUNYA KES

Adoiiiii Inilah yg paling aku x suka dalam kehidupan seharian aku. Menunggu dan menunggu. Lau setakat 5-10 minit, aku ok lg. Ni dah hampir sejam x muncul2 jgk. Jgn katakan orang, bayang n batang hidungpun x.nampak lg. Al-kisah aku menemankan en.somi berjumpa client dia utk funtionnyer. PA kenalah ikut.hehehe Sementara tunggu sempatlah order teh n sepotong cake. Sampai licin akhirnyer barulah mamat ni.muncul....apapun SABAR rose

13 Okt 2013

UMOBILE vs MAXIS

aku angin jer ngan umobile ni. line internet mmg slow. laju lagi siput b**i aku rasa. promote bukan main. kadang2 nak wat call pun lmbt tau tak. apatah lg intenet. bayangkan aku dok kat dlm dewan kat opis aku, blh xde line. ini benar2 menimbulkan kemarahan aku.  cuma yg bagusnyer umobile ni kalau buat call, jimatlah sbb aku  di beri 50 minit free talk. kena plak aku ni bukan selalu wat call. lau wat pun sah2 aku guna pejabat punya.hahahaha...
sblm aku pakai umobile aku guna maxis for intenet. tp agak mahal pekej dia.tu yg aku try umobile.kekawan dok kata baguih2. tp khabar x seindah rupa...yg MAXIS ni aku puji intenet sia laju. best. blom tekan pe2 lg dah sampai tmpat yg kita nak cari ( hehehe nmpk sgt pembohong kan)