17 Jun 2015

TINGGAL KENANGAN

Setiap kali melihat gambar ni, pelbagai perasaan yang datang. Gembira ada, sedih pun ada. Hampir 4 tahun aku bermastautin di Seksyen 28. Sebuah tempat yang lengkap dengan segala kemudahan yang aku nak. Dari segi pendidikan, perubatan dan sebagainyer lah.. Anak demam atau lelah (maklum ajerlah anak2 aku boleh dikatakan kerap lelah). Bawa saja ke KPJ Selangor. Tak sampai 15 minit sampailah ke KPJ tu. Klinik2 biasa pun berlambak kat area sini. 24 jam lagi. Kalau setakat nak perabih duit dan nak kempiskan wallet tu tak payah citerlah... pilih ajer nak ke mana. 

nak ke giant ke? 
nak ke HERO ke? 
nak ke LINAS atau 
nak ke KARNIVAL 

pilihan di tangan masing2. Yang paling best bagi aku kat kawasan ni sebab ada gudang yang menjual segala jenis barang yang kita perlukan. harga yang berpatutan. Tapi kini semua ini adalah tinggal kenangan. sweet memori ajerlah....

Tiada ulasan: