18 Jun 2015

MAJLIS BERSARA BIG BOSSS

Sempena Majlis persaraan Big Boss kami berkumpullah di PICC. Nak jimatkan kos sambut sekali pegawai yang akan bertukar ke jabatan lain (Tahniah buat En. Rafie yang telah dinaikkan pangkat ke M48)  juga CC Nuranhar yang turut sama bersara.
Sebahagian hadiah untuk pegawai yang diraikan hari ni. Sebelum itu aku nak ceritakan sedikit pasal Kafe kat PICC ni. Bukan nak beli jiwa atau nak kipas mahupun nak bodek tau. Aku memang puji kesedapan masakan kat sini. Kenalah ngan selera kampung aku ni. Kalau nak pergi lunch dalam grup yang kecil pun boleh walk in ajer dengan bayaran serendah RM20 seorang. Makanlah sampau muntah hijau. Memang best. Aku paling suka bila dapat menyedut siput sedut masak lemak cili api. Perghhhh... tobat memang terbaiklah. 
Snap dulu... ini adalah sebahagian yang wajib dilakukan walau dimana sahaja berada. Kenangan dengan En. Rafie bos Seksyen Penyelenggaraan, Aset & Keselamatan. Bersama mereka banyak mengajar aku nak buat kerja bagaimana. Mekasih semua.
Suka aku tengok benda alah ni. Hasil kekreatifan sebahagian staff Bahagian aku. Cantik bila BOSS berada dalam frame. hehehehe...

Selain siput sedut main menunyer, ini adalah pencuci mulut yang aku suka. tak ingat dah apa namanyer... yang pasti bahan asasnyer adalah roti. berkali aku menambah. kalau tanya sekarang memang aku nak makan lagi.Bila lagilah aku boleh menikmati benda ni.

Tiada ulasan: