Buah durian belanda ke? Bukan yer.. yang tak kenal inilah buah mengkudu. Tumbuhnyer betul2 depan rumah aku. Rendah pokoknyer. Kalau nak petik memang mudah sangat. Tak perlu panjat2 pokok, tak perlu kait2 pakai galah sampai sakit leher sebab mendongak ajer dan tak perlu nak pakai lastik.
Hidupnya subur. Hasilnyer memang banyak. Yang aku snap ni baru sedahan, blom dahan2 lain lg. Tengok ke buah tu geram aje. Tapi x tau nak buat apa. Google punya google jumpalah apa kelebihan buah mengkudu ni. Kalau pucuk dia boleh wat ulam. Sedap tak sedap x taulah. Tak mencuba pun lagi. Tapi yang buah tu, baru2 ni try buat jugak. Aku ambil buah yang dah agak2 nak masak tu, buang kulit n blender buat jus. Campur ngan buah epal hijau. Campur sedikit gula atau madu. Katanyer buah mengkudu ni memiliki keseimbangan sempurna dari vitamin, mineral, asam amino, peptida dan enzim yang dianggap sebagai tonik yang baik untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Daunnyer plak, berguna untuk ibu2 yang berpantang. Boleh buat alas tungku semasa bertungku. Banyak kan fingsi dia. Sebetulnyer masih banyak yang saya tak tulis. Korang rajin2lah google cari sendiri yer...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan