24 Mei 2017

SIAKAP 3 RASA

Inilah hasil bila melayan orang yang mengidam. Orang lain yang mengandung, orang lain plak yang nak makan lebih-lebih. Nak mudah beli ajer. Tapi kalau beli korang faham-faham ajerlah. Seekor pun berapa dah... boleh kempis poket seluar di buatnya. Kata sepakat di ambil, kita masak sendiri ajerlah. Itu lebih jimat rasanya. Bukan setakat jimat, kebersihan sah2 kita tahu. Sambil2 tu boleh masak sama-sama saling tolong menolong. Kan lebih mesra gitu.


Pagi2 lagi sedang elok market bukak, aku ngan en asben dah terpacak untuk mencari ikan siakap ni. 2 ekor sudah memadai untuk kami 6 beranak. Siap beli bahan2 rencah sekali. Sat lagi kita operasi bersama k. Alhamdulilah terhasillah jua seperti yang diidamkan. Semoga lepaslah menigam tu.  

Tiada ulasan: