Tetiba tekak aku ni rasa nak makan kek coklat moist plak. Sementara tak berpantang lagi ni, bolehlah aku tibai segala jenis makanan. Nak order rasa cam rugi plak. Sebab benda yang aku tau buat kan. Cuma nak tunggu waktu rajin aku datang dululah. Nak di jadikan cerita kebetulan aku cuti hari isnin baru ni dan tetiba plak kerajinan aku ada, maka itu terwujudlah KEK COKLAT MOIST versi aku. Masuk dapur, tengok bahan-bahan semua ada. On teruslah. Tak sabar nak makan. Bila ayuni balik sekolah jer, seperti biasa soklan dia ibu buat kek harijadi Yuni ke? Ewah2..!! kalau setiap kali buat kek mesti dia kata hari jadi dia. Untunglah... setiap bulan bday dia. Ibu buat sebab ibu nak makan n sambil2 tu nak kasi semangat untuk anak2 ibu sambut bulan Ramadhan.
Seperti biasa nak aku yang habiskan sebiji kek ni, memang taklah. Bukannya nak makan banyak sangat pun. Sekadar nak merasa sebenarnya. So, aku potong 4 bahagian. Agihkan kepada jiran tetangga n tak lupa kepada mak mertua n ipar duai aku. deco lantaklah. walaupun tak segah mana, janji bab rasa not bad..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan