Cantik tak? Jawablah cantik...Sejujurnya aku suka dengan kejadian puding roti aku kali ni. Sebab buat untuk makan2 sendiri, xdelah meriah sangat kalernya. Selalu kalau yg customer order aku akan buat 3 kaler. lagi cantik kejadiannya. Bab rasa tetap sama jer.. Tak manis sangat dan taklah sampai xde rasa langsung. Yang sedang-sedang sahaja. Kalau makan berulang pun xdelah sampai kena potong kaki korang. Kemanisan masih terkawal lagi.
Seperti biasa aku ni suka bab2 membuat puding ni. Nak tunggu isi rumah habiskan makan hari. Jadi aku akan agihkan kepada jiran tetangga. Sapa yang duduk sebelah kiri kanan depan belakang rumah aku merasalah sikit sorang. Yang penting mak mertua tak dilupakan. Kena bagilah. Biar merasa air tangan menantu ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan