Nak kata kek dibuat sempena Hari Ibu tak jugak. Kebetulan jer masa buat kek karemal ni jatuh plak pada tarikh sambutan hari ibu. So sajer2lah menulis kat atas kek tu SELAMAT HARI IBU. Sebenarnya tekak tu tetiba teringin sangat nak makan kek ni. Lama dah tak buat kan. So kebetulan plak tengah ada kerajinan tahap gaban, maka itu masuk dapur membakinglah. Bagi aku kek ni sedap di makan selepas letak dalam peti ais sekejap. Kasi karemal di sejuk. Masa makan tu terasa sejuk jer kek tu lalu kat tekak. Pergh... korang bayangkan ajerlah yer.
Ada lebihan aku kasi en.asben bawa ke opis dia. Rezeki kekawan dia. Sambil2 promosilah tu. Mana tau ada yang nak tempah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan