19 Jun 2017

CORNFLAKES MADU

Dalam usia kandungan 34 minggu, alhamdulillah aku masih bertenaga untuk misi memenuhkan balang2 raya tahun 2017. Ini adalah kuih raya balang pertama raya 2017. CORNFLAKES MADU. Buat yang mudah2 ajer dulu.

Sebetulnya kalau diikutkan aku tak berapa larat dah, tapi kerana minat kerana anak2 dan kerana semangat berkobar2 nak buat jugak, maka masuk dapurlah akhirnya. Buat tak banyak pun. Dapat sebalang jer... janji adalah hasil tangan sendiri untuk tetamu yang datang ke rumah nanti. 
kita zoom sikit. 
sebalang yang ni cukuplah. Banyak2 nanti takut tak habis plak kan. 

Tiada ulasan: