18 Jun 2015

PUDING ROTI


Bila kerajinan itu datang maka terhasilah puding roti poyo ni. Nak buatnyer memang amat mudah ajer, tp bila tahap kemalasan tu yang menebal tidak akan terhasil puding ni. Makan puding ni time sejuk2 best. Sekali lagi aku terliur plok saat ni (first day pose 2015). Dugaan pose ni namanyer... Petang ni kalau buat best jugak... kalau sempat akan aku usahakan.







17 Jun 2015

TINGGAL KENANGAN

Setiap kali melihat gambar ni, pelbagai perasaan yang datang. Gembira ada, sedih pun ada. Hampir 4 tahun aku bermastautin di Seksyen 28. Sebuah tempat yang lengkap dengan segala kemudahan yang aku nak. Dari segi pendidikan, perubatan dan sebagainyer lah.. Anak demam atau lelah (maklum ajerlah anak2 aku boleh dikatakan kerap lelah). Bawa saja ke KPJ Selangor. Tak sampai 15 minit sampailah ke KPJ tu. Klinik2 biasa pun berlambak kat area sini. 24 jam lagi. Kalau setakat nak perabih duit dan nak kempiskan wallet tu tak payah citerlah... pilih ajer nak ke mana. 

nak ke giant ke? 
nak ke HERO ke? 
nak ke LINAS atau 
nak ke KARNIVAL 

pilihan di tangan masing2. Yang paling best bagi aku kat kawasan ni sebab ada gudang yang menjual segala jenis barang yang kita perlukan. harga yang berpatutan. Tapi kini semua ini adalah tinggal kenangan. sweet memori ajerlah....

10 Jun 2015

SELURUH CINTA

Lagu yg banyak meninggalkan kenangan dalam hidupku...sedih dengar lagu ni...

POTRET - AKIM & MAJISTRET


apa yg dapat aku katakan....lagu yg best dan sedap didengar. 

8 Jun 2015

MATI HATI MATI-EZAD


Lagu yang semakin sedap didengar di halwa telinga aku. Bermacam perasaan yg tidak dapat digambarkan bola dengar lagu ni

SELAMAT HARI GURU

Oh ayuni ku sayang. Balik sekolah "ibu,ibu... yuni nak belikan hadiah untuk cikgu. Yuni nak kasi cikgu esok". Beria2 ayuni nak beli hadiah sempena HARI GURU untuk guru kelasnyer. Untuk tidak menghampakan harapannyer, pergilah beli sekejap. Mug ajerpun. Jadilah daripada tiada apa2 kan. 
"Ibu, ibu tolong yuni tulis kad boleh?"
"Mana boleh, kalau ibu yg tulis kad, itu bermakna ibu yg kasi kat cikgu. Yunilah kena tulis sendiri. Nanti ibu tolong yuni yer."
Bukan aku x nak tolong ayuni menulis, sekadar nak mengajar dia supaya pandai mengeja. Alhamdulillah hasilnyer tidaklah mengecewakan aku. Aku sebut sebiji2 sukukatanyer dan ayuni tulis. Terhasillah seperti gambo kat atas. (Biar gambar yg berbicara).

20 Mei 2015

KOREA MARI

Mekasih kepada kawan yang ingat jugak kat aku. mesti seronok kan jejalan kat korea. Bilalah agaknyer aku nak sampai kat sana. Anyway tq yer sahabat...

14 Mei 2015

NYICAH MANGGA

It's the time cicah-cicah. Ambil buah mangga kat rumah omak mertua den. Bawa opis apa lagi. Pakat rewang lah ramai-ramai. Kejap ajer bila ramai yang kerumun. Cam semut yang kerumun gula jadinyer. 2 pinggan lesap sekelip mata ajee...
See.... licin.. memang terbaiklah buah mangga n cicah mak iti buat.