Nampak tak? sekarang (13.7.2017 ) dah 38 minggu 6 hari. Huhuhuhu... semakin hampir dah nak deliver. Kalau ditanya apa perasaan aku saat ni. Ada 2 perasaan yang aku rasa saat ni.
nombor 1.
Perasaan yang tak sabar2 nak bersalin sebab aku dah tak larat membawa perut. Perut walau xdelah sebesar kandungan aku sebelum ni, tp mungkin sebab faktor usia, aku tak segagah kandungan dulu dah. Setiap pergerakan aku terbatas. Jalan tak leh kayuh laju2 dah. Kena sopan2 gitu. Nak tidur pun x leh terlentang. kena tidur mengiring. Sakit belakang tak yah cakaplah. dah hujung2 ni lagilah. Bila kedudukan baby dah masuk ke laluan dia, aku sakit pangkal peha.
nombor 2.
Perasaan takut bercampur seriau nak masuk Labour Room sebab dah 7 tahun pengalaman tu aku tinggalkan. Kandungan sekarang umpama nak bersalin anak sulong kembali. Aku dah terbayangkan camne sakit masa nak keluarkan baby tu, saat kena gunting n yang paling aku gerun bila nak jahit anu aku. adoiiii... Tu yang aku mengharapkan kali ni biarlah baby kecil n dpt keluarkan tanpa kena gunting. Yang bab2 lain insyaallah aku boleh hadap lagi dengan adanya sokongan dan kata2 semangat dari mr. asben.
21 Julai 2017 tarikh yang diberi. Rasa2 sempat sampai atau tak kita tunggu dan lihat ajerlah. Ikutkan sekarang perut aku dah semakin kerap mengeras. Terasa kepala baby dah turun sangat. Sakit belakang semakin terasa. Cuma kaki xdelah bengkak2 sangat. Tanda yang paling nyata iaitu keluar air ketuban n keluar darah belum ada lagi. Tapi doktor dah pesan kalau 21 Julai 2017 aku still tak bersalin, aku kena serah diri ke Hospital sebab aku ada kencing manis. Huhuhu... yang ni lagilah sadis. Apa akan jadi anak2 aku yang 4 org lagi bila duduk ngan ayah mereka. Tapi aku percaya dan yakin, asben aku boleh harap. Menjaga anak sendiri mesti buat yang terbaik kan.
Sepanjang hari aku cuba banyakan membaca doa nabi Yunus ni dengan harapan, dapat mempermudahkan segala proses kelahiran my last hero nanti dengan selamat tanpa sebarang komplikasi antara aku dan zuriatku amanah dari Allah buat aku dan asben. Selain tu setiap hari aku amalkan bacaan surah Maryam yang juga supaya aku dipermudahkan bersalin. Aku tak lupa mohon asben setiap kali lepas solat doakan untuk aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan